HOMEMADE SOLID FOOD : SAFARI CHICKEN PASTA

Ini backdate entry merangkap entry pertama utk tahun baru ni.
Entry pembukaan 2014. Sepatut post semalam tp tak sempat..
Mangkuk ketiga utk hari ini..
Ms 8 bln stars.pasta, setahun alphabet.pasta..sekarang safari.pasta pulakk..
Minat sungguh dia dgn pasta. Masaklah versi apa pun. Tapi yg paling dia suka sup pasta lah..buh kentang, karot, isi ayam skit & pecahkan telur sebiji. Iman nasuha mmg mudah bab2 mkn ni, kakak2 kat taska pun akui yg dia sgt berselera mkn.. tp kdg2 tu kena lah pelbagaikan menu, sbb dia ni jenis cpt jemu, mcm anak2 org lain jgk..
Harini ada lebih 40 ekor dia dah mkn.. Boleh tahan besar2 jgk setiap sekeping..senang nak suap..1 ekor, 1 sudu.. setiap kali nak suap kena sebut dlu binatang apa..br luas nganga mulut dia. Gajah, harimau, singa, dinosaur pun agaknya ada dlm tu.. nasib lah ada maksu aisyah anuwa sanggup melayan dia seharian..hihihi…

Omega Guard, Organic Olive Oil, Virgin Coconut Oil & Homemade Chicken Stock adalah antara yg wajib ada utk siapkan makanan anak dara sy ni.. walopun resepi taklah grand tp dah buat sy cukup puas hati..
Di usia 16 bulan ini.. iman nasuha selalu buat ibu & abi rasa hidup ini sungguh bermakna walau kadangkala perangai suka menggelupur tiap kali ada org usik kepunyaan kamu dan kuat menjerit bila ada dikejar dan kamu rasa tak sempat lari.. sesungguhnya, ibu benar2 bahagia, anak..

Tak ada yg lebih menggembirakan ibu melainkan bila dpt lihat kamu ketawa,
membesar dgn sihat & gembira sayang….

#sayangsayangsayangNasuha#

#homadesolid

 

1,489 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation