HOMEMADE KUAH ROJAK YANG SUPER SEDAP DAN OHSEM

Sejak dah ada anak dua ni (baru anak dua), saya selalu terkocoh-kocoh dengan rutin sehari-hari. Nak manjakan diri sendiri pun kadang-kadang tak sempat. Nak mandi lama-lama sikit pun kadang-kadang tak dan. Apa lagi nak bersolek tempek bedak atau sembur wangi-wangi. So, tak hairanlah jika mak-mak yang ada geng batalion selalu tudung senget-senget, herot dan berkedut. (Saya lah tu, walaupun belum lagi berbatalion).

Again, baru dua orang. Perempuan pulak tu. :)

Betul. Time management saya yang bermasalah sebenarnya ni. Masih sedang transform diri jadi lebih patuh pada daily schedule dan To Do List. Hari-hari kena kasi clear semua task yang dah tulis. Kena sentiasa improve lagi dan lagi.. Tak ada banyak pilihan. Mahu lakukan atau tidak. Itu saja.

Nak cakap pasal resepi sebenarnya ni. Menu yang selalu dipilih untuk potluck di abad ini. hehehe.. Menu bidan terjun yang menjilat jari. Asal sempat je.

Sebelum ni saya dah banyak kali saya share verbally resepi dan cara buat homemade kuah rojak yang senang gila ni. Memang sangat senang ok. Senang dan sedap dan puas hati. Tapi, masih ada juga yang nak mintak order dan tanya full resepi lagi dan lagi.

Sejak jumpa resepi ni, dah berapa kali buat. Setiap kali buat, setiap kali tu jugak saya improvised untuk kualiti yang lebih baik. Semakin kerap buat, semakin handal saya rasa. Semakin mantop juga rasanya. Betul la pepatah kata “practice makes perfect”. Jadi, pada sesiapa yang nak jadi macam Mak Bee, kena rajin buat dan belajar “sesuatu” setiap kali buat untuk hasil yang lebih baik.

Jadi, kali ni kita save dalam blog entri ni dulu. Bila-bila rasa nak menikmati rojak buah yang super sedap, nak repeat makan sampai puas hati, boleh lah cuba. Ada juga yang panggil otak udang sebab resepi nya berasaskan kepala udang yang dah dikisar, tapi saya tidak.

Macam dah tak sabar kan nak tau cara-cara buat. Jom kita layan dulu.

Resepi Homemade Kuah Rojak “Mak Bah”

homemade kuah rojak sedap

homemade kuah rojak sedap

BAHAN-BAHAN :

  1. Satu botol (kecil) kicap manis (saya guna cap kipas udang)
  2. Satu botol (kecil) sos cili (saya guna cap maggi/life)
  3. 1/2 keping (kecil) belacan madu
  4. 1 senduk cili boh
  5. 10 tangkai cili padi (boleh tambah jika nak lebih pedas)
  6. 1 ketul gula kabung
  7. 1/2 paket gula batu
  8. 1 cawan gula pasir
  9. bancuhan tepung jagung secukupnya (saya bubuh 1-2 sudu besar)
  10. bijan dan kacang tanah tumbuk untuk hiasan

CARA-CARA :

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali (kecuali tepung jagung, bijan dan kacang tumbuk)
  2. Masak sehingga mendidih dan kuah agak pekat
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung
  4. Tutup api dan biarkan sejuk
  5. Hiris buah-buahan tempatan seperti jambu, mangga, betik muda, sengkuang, nenas, dan timun.
  6. Curahkan kuah ke atas buah-buahan tadi
  7. Taburkan bijan dan kacang tumbuk di atasnya
  8. Sedia dinikmati!

Siap. Haaa… lepas ni dah boleh buat dah. Mesti janji buat tau, penat ai taip satu-satu dengan penuh keikhlasan ni. :)

Layan gambar sikit. Nah!

Homemade Rojak Buah Mak Bah

Homemade Rojak Buah Mak Bah

Buat sesiapa yang dah banyak kali tanya, boleh copy paste resepi ni. Saya dengan besar hati share dan dedahkan resepi best ni sebab masih belum fikir nak dipatenkan macam vitamin Shaklee yang ada saintis sendiri, lab sendiri dan ujian klinikal sendiri tuh. Boleh tiru dan takde saman punya. :) Memang tak dapat kat tempat lain sebab saya dah modified kasi jadi lagi kawwww!!!

Abi siap suruh jual tapi saya belum terfikir sampai ke tahap itu. Lebih seronok rasanya berkongsi resepi yang tak seberapa ni. Moga dengan sedikit perkongsian yang tak seberapa ni saya dapat gembirakan ramai orang yang favourite sangat dengan rojak begini. Doakan saya murah rezeki ya!

Atau kalau rasa-rasa nak kongsi rezeki yang lebih tu dengan saya pulak, boleh order vitamin semulajadi yang semestinya selamat, berkesan dan terbaik! :)

Psstttt.. ada yang tertanya-tanya apa agaknya rahsia kuah rojak yang best dan lain daripada yang lain ni. Saya memang baik hati nak share.

Of course lah sebab ini. Kalau berminat nak tahu di mana lubuknya, boleh hello hello yer.

belacan madu original

belacan madu original

Ada juga yang personal message saya tentang tips-tips mendapatkan kuah rojak yang best ini sebab katanya kurang menjadi lah, terlebih masin lah.. macam-macam.. termasuklah jugak yang nak beli belacan madu yang best ni.

Boleh tinggalkan komen beserta email address kat bawah untuk itu ya! Untung-untung boleh dapat gift belacan madu ni daripada saya kan. While stock last! :)

Sesuai juga untuk dibuat di majlis keraian. Nak beli kuah rojak berbotol-botol memang kena spent banyak jugak ni. Banyak spent tapi yg dapatnya tak banyak mana. Lagi sedih kalau rasanya so so aje.

Kalau dapat buat sendiri macam ni memang jimat kos dan ofkos lagi berganda-ganda sedapnya!

Semoga puas hati!

171,136 total views, 4 views today

6 Thoughts on “HOMEMADE KUAH ROJAK YANG SUPER SEDAP DAN OHSEM

  1. Mimi on 26/09/2016 at 6:29 AM said:

    Nak tnya mna leh dpt blcn mdu ni?

  2. Susanti allan oxley on 13/03/2017 at 6:22 PM said:

    Salam…di mana nak dpt belacan madu?
    Terima kasih…

  3. What’s up,I read your blogs named “HOMEMADE KUAH ROJAK YANG SUPER SEDAP DAN OHSEM | Life is a Story” on a regular basis.Your story-telling style is witty, keep doing what you’re doing! And you can look our website about تحميل اغانى.

  4. Lynda hassan on 20/05/2017 at 7:43 PM said:

    Assalam.tqvm sbb sudi share resepi kuah rojak mak bah..☺..jika x keberatan bleh share dimana nak dapatkan belacan madu?

    • nasuha on 05/06/2017 at 5:02 AM said:

      wsalam.

      Belacan madu ni saya beli di kuala perlis. rasanya memang lain, bau pun harum dan kurang masin compare dengan belacan lain. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation