HILANGKAN PARUT CHIKEN POX DENGAN CEPAT DAN ELAK JANGKITAN KALI KEDUA

Runsing pulak aih nengok dua orang buah hati kat rumah ni yang penuh bintik-bintik cacar kat seluruh muka. Sedih pun ye jugak, dah takde rupa masing-masing.

Kenali Cacar Air atau Chicken Pox

Cacar atau orang kita panggil chicken pox adalah lepuh-lepuh gelembung mengandungi cecair yang timbul di permukaan kulit. Sekali tengok dah macam rupa kena percikan minyak panas yang meletup masa menggoreng, cuma ianya banyak dan ada di seluruh bahagian kulit dan anggota badan mereka yang dijangkiti virus ini.

Apa yang membimbangkan apabila dijangkiti virus ini selain demam dan bintik gatal ialah komplikasi yang serius terutamanya pada mereka yang kekurangan zat makanan dan mempunyai sistem imun yang lemah.

Antara komplikasi lain yang sering terjadi adalah cirit-birit, jangkitan pada telinga, jangkitan paru-paru (pneumonia) dan yang lebih teruk ialah jangkitan pada saraf otak (encephalitis). Seriau bila ingat tang jangkitan-jangkitan semua tu kan. Bahaya juga rupanya ciken pox ni, bukan setakat meninggalkan kenangan parut hodoh saja.

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian dan turut menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang jika ia menjangkiti ibu mengandung.

Risau kan bila dah tua-tua ni baru terkena. Nak baik dan pulih semula seperti sediakala tu bukannya senang. Tak mudah macam masa kita kecik dulu. Kulit dan tua, kan.

Macam tu jugalah dengan orang kat rumah ni. Cuak-cuak dah dia takut kalau parut tu kekal sampai bila-bila. Ngeri!

Mujur ada Shaklee. Kami sedang berikhtiar, dan nampaknya progress sangat-sangatlah memberansangkan. Perasaannya tentu sama macam abang yang berkongsi dalam video ini. Jom layan!

Testimoni Visual

Diserang jangkitan penyakit cacar atau lebih dikenali sebagai chickenpox atau pelentong ketika sudah dewasa adalah sesuatu yang menyakitkan lagi meresahkan.

Begitulah kisah yang dihadapi oleh Pensyarah senior Dr. Zamri Rosli yang menceritakan pengalaman beliau diserang penyakit chickenpox yang sangat teruk…

Beliau yang sebelum ini memiliki pandangan yang skeptikal terhadap keperluan makanan tambahan akhirnya mengubah tanggapan beliau tentang keperluan makanan tambahan seperti vitamin apabila diperkenalkan dengan produk Shaklee oleh isteri beliau.. Ikuti kisah beliau selanjutnya..

Perbezaan Chicken Pox dan Campak (Measles)

Mula-mula tu confuse jugak yang mana satu sebab ramai kawan-kawan yang duk tanya “anak kau dah ambil vaksin ke belum?”. Terus saya teringat dekat buku imunisasi budak berdua ni, tapi rasanya kat dalam tu yang ada vaksin 3-serangkai MMR untuk campak, bukan chicken pox.

Diorang duk kata boleh ambil suntikan supaya dapat elak daripada kena atau berjangkit. herm.. Berbeza sebenarnya campak dan cacar air ni. Campak atau rubeola adalah sejenis jangkitan yang biasanya berlaku pada kanak-kanak yang disebabkan oleh virus measles. Yes, yang kita ambil suntikan MMR tu – Measles, Mumps and Rubella.

Manakala kalau cacar air atau chicken pox, penyebabnya ialah virus varicella. Virus sama yang menyebabkan terjadinya kayap. Biasa berlaku kepada kanak-kanak dan sangat senang berjangkit kepada orang lain. Boleh menjangkiti lebih daripada sekali mengikut tahap imun seseorang.

Untuk kakak Iman Nasuha, selain sapukan calamine lotion untuk hilangkan gatal-gatal dan bantu kuping mengering dengan cepat, saya turut letakkan herbal blend cream pada kesan cacar supaya kupingnya segera tertanggal. Cikgu kata, kena tunggu luruh dulu baru boleh habis tempoh kuarantin dan pergi sekolah macam biasa. Katanya lagi, waktu-waktu beginilah ia mudah berjangkit.

Saya juga berikan dia nutriferon dan chewable vitamin C Shaklee untuk elakkan terjadinya parut dan semoga sistem imunnya kembali kuat. Orang tua-tua kata, kalau dah kena sekali, nanti tak kena dah.. tapi doktor pulak kata ia boleh terjadi lebih daripada sekali, bergantung kepada sejauh mana kuat atau lemahnya sistem pertahanan badan seseorang.

Lebih menakutkan lagi, kalau-kalau virus yang terpendam tu suka duduk dalam badan kita sampai mula attack sistem saraf dan terjadi pulak kayap. Nauzubillah!

Alhamdulillah, makyong sorang di rumah ni masih bertahan sihat lagi. Haru jugak kalau semuanya terjangkit kan. Kalau saya pun sekali terjebak, siapa pulak yang nak jaga budak-budak dan urusan rumahtangga yang tak pernah settle ni. Gigih hari-hari menelan vitamin C dan nutriferon tanpa gagal.

 

Buat yang takpernah tahu atau baru tahu, penyakit kayap ini berpunca daripada virus yang sama yang menyebabkan cacar air atau chicken pox.

Ia dengan mudahnya boleh menjangkiti dari seorang ke seseorang yang lain dengan pengaktifan semula virus bernama “varicella coaster” yang masih berada di dalam tubuh kita sekalipun dari luaran dan fizikalnya kita kelihatan sudah sihat sepenuhnya.

Kebanyakan kes yang berlaku adalah di kalangan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Haaa… penting tau untuk pastikan sistem imun kita ni supaya selalu kuat. Jangan ingat cacar air hanya akan terjadi sekali seumur hidup ye.

Memang susah hati kalau tiba-tiba di umur sekarang ni baru nak kena chicken pox atau cacar air ni kan. Parut yang tinggal memang ada yang dalam sampai berlubang-lubang kesannya.

Macam abang yang di atas ni. Mujurlah ada Shaklee. :)

testimoni-chicken-pox-dan-shaklee

Order sekarang !

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi, Kajang dan pengeposan ke seluruh kawasan.

Nusaybah Anuwar 019-3832656

6,327 total views, 1 views today

One Thought on “HILANGKAN PARUT CHIKEN POX DENGAN CEPAT DAN ELAK JANGKITAN KALI KEDUA

  1. YaAllah takut nye tengok muka dia yg banyak parut tu. Syukur lah dah ok kan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation