HIGH NEED BABY YANG BUAT KAMI MAKIN PAKAR JADI MAK AYAH

#littlesharing #repostfrommyfb

Sedikit update dan sharing buat ibu-ibu baru dan bakal ibu.
Bismillah. Lama tak menaip panjang-panjang kat sini.
41 day of life, Ain Sufi Bt Mohamad Khairi.

Kisah Adik Baby

Anak saya yg kedua ni agak kuat dan kerap menangis. Selalu sampai muka jadi merah, keras kejung segala. Pucat-pucat abi dan ibu dia nak kasi setel dgn keadaan atuk dan wan yg masih bermisi haji.
Pernah sekali, kami sampai terpaksa tinggalkan meja, bungkus makanan tapau bawak balik sebab dia menangis non-stop kat kedai makan. Laki bini stress sebab semua orang kat situ duk usha siap ada yg buat muka.
Penat memang toksah cerita. Fizikal mental semua goyang. Rasa diuji betul kali ni. Kurang sikit je daripada si Ahmad Albab dalam cerita P.Ramlee tu. Itu sawan tangis.
And selalu kami rasa dia ada colic yg melampau. Atau mungkin jugak sakit perut. Tapi bila fikir, poo ok, pee ok, weight gain semua ok, so dah jadi macam tak mungkin apa yang kami fikir tu. Sembelit lagi lah tak logik. Yang pasti bukan sebab lapar, sebab dia sampai dah termuntah-muntah akibat over feeding. Memang dah terlebih kenyang kot!
Sentiasa redha jadi human pacifier sebab kami tak ada pilihan lain. Failed betul rasa. Tak tahu apa yg sebenarnya dia mahu. Selalu saje nak ibu dekat-dekat. Ibu bangun, dia pun celik mata. Tak lalu la ibu asik nak baring and tido aje syg, ibu tak ada bibik nak bereskan kerja rumah. Penat!
Tangisan dia pun bukan biasa-biasa. Tangis dgn airmata ok! Kuat, nyaring dan lama. Terutamanya waktu petang nak ke malam. Macam sakit dicubit-cubit, dipukul-pukul. Kalau orang dengar pun suspen kata ada kes penderaan. Entah sampai ke rumah jiran yg mana boleh dengar. Hisy gerun mak, nak. Sampai hilang suara.
Jenuh dah macam-macam jenis minyak kasi gosok. Macam-macam skill urut dah prektis. Tapi masih sama, malah makin teruk. Puas saya kaji pemakanan dan behave berpantang walau ia sangat-sangat sukar dengan ketiadaan orang tua. Letih, penat, capek bangat tapi kami bersyukur dgn amanah ini. Saham akhirat kami kelak.

Pendapat pakar

Selepas merujuk kpd yg lebih pakar, kami akhirnya dapat jawapan. She’s a high need baby actually. Bkn easygoing macam kakak, tapi taklah sampai kategori sawan tangis. Karakter baby. Tak ada yg membimbangkan, cuma perlu sedikit lagi tambahan parenting knowledge. Crying is the only medium of communication for babies. No such thing as “terlalu memanjakan anak” di usia nya yg sebegitu. 4th trimester yg hilang.

“Crying is a normal developmental behavior for babies and this includes prolonged bouts of crying. Most babies who cry a great deal are healthy. Studies have shown that there will be increased crying around the age of 2 -3 weeks, it will be the most frequent at the peak age of 6 to 8 weeks and then taper off after 4 months.” – Dr.Foo (doktorbudak.com)

Output Parenting Class

Day 1
Balik dari kelas bertungkus lumus laki bini buat ulangkaji. Teruja sangat nih! First, selongkar wardrobe cari kain segi empat yg besar tapi kuciwa. Kain yg ada semua kecik, comel, cenonet. Tak sempat nak berenti nangis bedung dah tanggal. Baru nak belajar bedung budak betul-betul kan. Padan muka!
And jangan tak percaya, sekali buat menjadi, 2 kali jadi lagi, masuk kali ketiga pun masih menjadi.. :) “Ini memang bukan kebetulan!”, ujar saya pada abi. Inilah “rahsia” yang kami betul-betul baru tahu walaupun dah kali kedua ada baby kecil.
Bukan bedung yang menjadi, tapi teknik cuddle cure yg berjaya stopkan tangis adik, tenangkan adik dan dengan mudahnya tidurkan adik! Tak susah, tapi bukan senang juga kalau tak tahu teknik yang betul.

Day 2 –

Misi diteruskan lagi. Dah macam pertama kali beranak. Hihihi. Yang si kakak pun seronok join sama. Lucu! Slowly kami dapat rhytm. Suka! Guna selimut pon boleh. This time pakai je apa yg ada, sebab tu keluar rupa aneh tapi unik gini. Sekali tengok macam sarang tebuan, 2 kali tengok dah mcm ulat mulong gergasi. Hahaha…

Day 3 –

Gigih mencari kain bedung yg mengikut piawaian dekat manjaku and finally jumpa. Last pack yang tinggal! Terus lipat dan simpan bedung moden. Babai. Kasi bukak pintu biar bunyi air dari kolam ikan tokwan jadi lullaby songs adik.. 3-4 jam tido. Hah amik! Rekod lena paling lama sejak pertama kali dibersalinkan.

 

She loves swaddle so much!

Swaddling helps a lot! Calming reflex turns on within 2 minutes.. Terima kasih mak-mak, nenek-nenek dan onyang-onyang terdahulu sebab memperkenalkan bedung. Semuanya bersebab.. Its really like mom’s womb.. :)
Tak pernah saya sangka akan terjebak dengan course macam ni. Kelakar kan, pergi belajar macam mana nak stop kan baby menangis But, sangat worth it. Tak rugi, malah pengisiannya sangat bagus dengan konsep yg santai. Teori dan praktikal pun seiring. Siap ada demo lagi dalam kelas. Puas hati sebab faham.
Again, learning is a non-stop process. Ada juga yg datang sekadar utk tambah ilmu, tak guna sekarang, esok boleh praktis untuk anak cucu pulak.. Bagus kan?

 

5S – Swaddling, Side/Stomach, Shushing, Swinging, Sucking.

Kelas psl the missing 4th trimester, the “Calming” Reflex; the extraordinary “off switch” for crying (calming your crying baby), cuddle cure technique; the effective 5 S’s, the joys and challenges of becoming a new parent and of course it starts with swaddling your baby correctly!

Ucapan penghargaan buat da only Baby Language Sifu in Malaysia

Terima kasih sekali lagi Amizamzuri N Uswatun, Konsultan Tangisan Bayi Malaysia.

Memang berbaloi-baloi!

‪#‎highneedbaby‬ ‪#‎thehappiestbabyontheblocks‬ ‪#‎practicemakesperfect‬ ‪#‎calmingreflex‬ ‪#‎drharveykarpinthemaking‬

P/S : It works best to baby from 0-5 months. Kalau yg dah masuk umur setahun ke atas tapi masih juga pasrah jadi human pacifier atau seumpamanya, itu dah sebati jadi habit budak tu. Benda sedap, dok?

Nangis – sumbat. So jawabnya sedap – giant. Nak tak nak, kena cari kaedah lain pulak untuk jadi alat bantu tidur dia.
Semoga berjaya. All da best mommies!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation