HERBAL BLEND SHAKLEE SESUAI UNTUK MASALAH KULIT

Krim yang dingin dan tidak berminyak ini diperbuat daripada bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary. Ianya 100% organik, bebas steroid dan paraben dan sangat sesuai untuk kulit sensitif.

Image18754714

Antara kegunaan Herbal Blend:

  • Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
  • Menyelesaikan masalah kulit gatal
  • Menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox
  • Menghilangkan ruam pada bayi
  • Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
  • Sebagai losyen untuk kegunaan harian

Setakat ini anak saya tidaklah diisytiharkan sebagai mempunyai eczema, cuma kulitnya sejak lahir memang agak sensitive. Mudah bertanda mcm ibu Nye jugak.. pantang kena gigit nyamuk or gatal-gatal sikit, mesti akan meninggalkan tanda parut..

Dah beberapa kali juge saya refer pada paeds, tapi katanya kalau mcm kulit si nasuha ni, ia cuma allergi – sensitive skin. tidak sampai ke tahap eczema atau masalah kulit lain yang serius.. pernah dia diberi krim ezerra, tapi saya ni jenis yg tak rajin juga nak sapu..sebab sbnrnya kulitnya tidaklah teruk sampai berdarah atau berkuping, cuma tidaklah begitu cantik gebu seperti baby gurl lain yg mungil-mungil montel..

Kata orang, krim ezerra ni adalah untuk menangani masalah eczema ye? Menurut doctor lagi, bagi ibu bapa yang terlalu risau terhadap kesan steroid yang sering diberikan kepada anak-anak mereka yang mengalami eczema, ezerra cream adalah alternatif yang baik kerana ia tidak mengandungi steroid.. Ini juga adalah diantara sebab lain kenapa krim ini tidak memberi kesan segera seperti yang diingini.. Tapi, itulah saya, sekejap bila ingat, sapu..dan bila lupa tak sapu dahh.. hehehe..

Setakat ini, saya dah beberapa kali gunakan multi-purpose cream Herbal Blend pada Iman Nasuha.. biasanya kalau ada rashes pada sekitar peha, atau pernah sekali timbul ruam kecil di sekeliling leher, mungkin sebab lebihan peluh akibat cauaca yang terlalu panas.

Alhamdulillah, ia sangat serasi pada beliau dan dengan kehendak Maha Pencipta, kesan ruam tersebut terus hilang pada keesokan harinya.. :)

Iman Nasuha menggunakan Nappy rash Cream (Krim Pencegah Ruam Lampin) hanya sewaktu di awal-awal usia nya. Dia tidak mempunyai banyak masalah setiap kali memproses bahan kumuh. Tak perlu utk disapu krim lampin setiap kali proses pertukaran pampers pakai buang. Melainkan, ada kelihatan ciri-ciri kegatalan atau jangkitan. Kali terakhir saya menggunakan krim ini juga adalah sebelum dia mula diletakkan di bawah asuhan Taska Al-Humaira. Yang selebihnya selepas itu adalah di luar pengetahuan saya..hehehe.. cukup-cukup stok yg ada utk kegunaan di rumah sekali sekala.. Yang saya tahu, yuran Infaq untuk peralatan mandi semua selesai di bawah tanggungjawab dan kebijaksanaan Maknah, owner yang arif dan professor serba tahu.. :)

Jadi, sebagai seorang ibu yang sentiasa suka memenuhkan koleksi peti FIRST AID KIT nya, saya standby kan satu tube krim Herbal Blend ini utk saat-saat kecederaan seperti ini.

Harganya juga sangat berpatutan iaitu cuma RM27.50 sebotol.

Sekiranya berminat, cepat-cepat hubungi saya ya!

Nusaybah Anuwar – 019.383.2656

1,905 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation