SELAMAT DATANG!

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA…

SELAMAT DATANG KE FARMASIMAYA.COM – FARMASI ONLINE PRODUK SHAKLEE.

Harap maklum, Produk SHAKLEE tidak terdapat di Farmasi-farmasi seperti Guardian atau Watson kerana kualitinya yang terlalu unik, hebat dan setanding dengan pasaran antarabangsa. SHAKLEE diwariskan kepada distributor-distributor nya yang bertauliah dalam memberikan khidmat sokongan dan konsultasi percuma yang eksklusif dan berterusan yang sama sekali tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana ahli-ahli farmasi terkemuka sekalipun.

Saya NUSAYBAH. A.K.A ibu kepada IMAN NASUHA BT. MOHAMAD KHAIRI. Menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor. Seorang ibu yang masih lagi bekerja di salah sebuah badan berkanun di Cyberjaya. Bercita-cita untuk menjadi Work At Home Mom (WAHM) yang Berjaya menggenggam pendapatan sendiri, serta mendidik dan membesarkan anak-anaknya sendiri dengan kebaikan susu ibu.

Di blog ini, banyak perkongsian mengenai kehidupan, perkahwinan, penyusuan, kesihatan dan keibubaapaan. Di sini juga merupakan tapak perkongsian bagaimana manisnya hari-hari yang kami sekeluarga lalui dengan mengamalkan Vitamin SHAKLEE pilihan kami sekeluarga.

Salam perkenalan kepada anda semua yang singgah di blog Nasuha Vita Life-Farmasimaya.com. Kehidupan saya lengkap disamping suami tersayang dan seorang anak dara yang sedang membesar dan kini menginjak ke usia 2 tahun.
kerana dia         1524662_10151891641646938_1846953295_n
Pengalaman pertama saya menggunakan produk SHAKLEE ialah ketika kehamilan pertama di mana ketika itu saya mengalami masalah kekurangan kalsium. Waktu itu, saya diperkenalkan dengan Ostematrix SHAKLEE yang bukan hanya sekadar kalsium. Ternyata SHAKLEE benar-benar menawarkan fomula yang terbaik di mana masalah saya beransur lupus, malah saya dapat kembali menikmati tidur lena sepanjang malam. Alhamdulillah.. Sebelum itu juga, saya ada mengambil segelas susu anmum dan sebiji tablet calcium lactate yang dibekalkan oleh gynae sebelum tidur, tetapi masalah saya tetap berlarutan terutama ketika kehamilan masuk ke trimester ketiga. Saya sejak kecil memang tidak menggemari susu dan tidak hairanlah jika disusun secara beratur kami adik-beradik yang seramai 9 orang ini, sayalah yang paling kecil, halus dan pendek sekali!
Confinement
Akibat terlalu berpuas hati dengan kesan optimum yang saya dapat melalui Otematrix, saya mengambil keputusan untuk megambil SET BERPANTANG SHAKLEE pula. Kerana keputusan ini, pengalaman berpantang saya menjadi sangat seronok dan mengujakan. Secara jujurnya, saya berasa sungguh bahagia meniti 40 hari tempoh berpantang sambil menyusukan si buah hati. Berkat semangat, usaha dan sedikit ilmu yang saya perolehi melalui pembacaan, perjalanan penyusuan saya agak lancar. Walaupun baru pertama kali bergelar ibu, saya tidak mengalami masalah yang serius dalam penghasilan susu badan. Syukur sekali lagi dengan rezeki yang telah Allah kurniakan kepada saya dan bayi. Saya juga masih mampu bangun secara rutin di tengah malam untuk mengepam dan mula mengenali istilah power-pumping sejak dalam pantang juga! Saya seolah-olah telah mendapat rentak, bagaimana untuk terus berjaya dalam penyusuan.
1509234_10151891171436938_208482402_n
Rangkaian Vitamin SHAKLEE yang saya ambil seperti B-Complex, Vitalea, Vita-C, Zinc dan Ostematrix benar-benar membantu saya untuk kekal bertenaga, mengelak stress dan berfungsi sebagai ibu baru secara optimum! Seperti yang kita sedia maklum, tubuh kita telah kehilangan banyak zat semasa mengandung dan selepas melahirkan. Pemakanan seharian kita pula belum tentu cukup semua zat yang di perlukan tubuh terutamanya ketika berpantang. Selain itu, saya juga yakin bahawa pengambilan vitamin ini sangat penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita sendiri disamping dapat membekalkan susu yang berkhasiat pada bayi.
13
Alhamdulillah..selepas mengikuti jadual pengambilan yang ditetapkan, dengan tidak mengabaikan prinsip asas penyusuan kualiti dan kuantiti susu cukup menggembirakan.. Jika sesuatu produk yang kita gunakan mampu membuat kita menikmati hidup seharian dengan lebih baik, kenapa tidak kita terus menjadikannya sebagai amalan? Sehingga kini, kami sekeluarga masih tegar menggunakan SHAKLEE.
11284738-healthy-home-shaklee_full
KENAPA DAN MENGAPA SAYA PILIH SHAKLEE ?
1. SHAKLEE – HALAL
sijil halal
Ini adalah sangat penting untuk kita yang beragama islam. Isu halal atau haram sesuatu produk memang WAJIB dititik beratkan.
shaklee-terbaik
2. SHAKLEE – Syarikat Vitamin yang  STABIL dan sudah BERTAHAN LAMA di Pasaran. Penghasilan produk SHAKLEE adalah dengan menggunakan produk semulajadi yang sememangnya selamat, berkesan dan mesra alam untuk pengguna. Nutrisi terbaik dari SHAKLEE telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun.
66395_572548666096393_951854008_n_zpsfd2b40ad
3. SHAKLEE – Menawarkan Harga Patut, Setanding dengan Kualiti. Bagi anda yang sangat mementingkan kualiti, ini adalah produk terbaik untuk anda. Pada asalnya kita akan rasa produk ini mahal. Tetapi, jika kita sudah mula mengamalkan vitamin SHAKLEE dan menikmati kesan yang memang memuaskan hati, kita akan rasa harga vitamin ini sangat murah jika nak di bandingkan dengan kualiti serta manfaat yang kita perolehi.
#PENULIS

1,666 total views, 1 views today

One Thought on “SELAMAT DATANG!

  1. Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in and view the post's comments. There you will have the option to edit or delete them.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation