FOLLOW TIPS SENANG SIHAT NI, INSHAALLAH TAK BUAT OPERATION PUN CYST TAKUT NAK DEKAT DAH !

Ovarian Cyst. Makin terkenal pulak dia sejak akhir-akhir ni.

Bukanlah suatu penyakit, dan kebiasaannya dihidapi oleh gadis remaja dan wanita muda (masih subur) dan belum putus haid.

95% kes adalah tidak merbahaya dan bukanlah kanser. Statistik kajian menunjukkan 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid. So, basically it’s normal.

Ramai yang tak sedar pun mereka sebenarnya ada cyst. Sehinggalah timbul isu sukar hamil, haid tidak teratur, sakit senggugut yang teruk dan pendarahan yang panjang apabila datang haid semula. But now, it’s not normal anymore.

Doktor akan melakukan pemeriksaan lanjut untuk mengenalpasti sejauh mana kewujudan cyst tersebut membahayakan bergantung kepada berapa banyak yang ada, berapa besar saiz dan samada ianya mempunyai ciri-ciri kanser.

Ia ikhuatiri boleh mendatangkan mudarat dan mengganggu struktor anatomi organ pembiakan wanita terutamanya yang jika penghidapnya masih muda dan belum berkahwin atau mempunyai zuriat.

Di peringkat tertentu, hanya pembedahan menjadi jalan terakhir terutamanya jika ia disahkan tergolong dalam kategori kanser.

cyst coklat bunyi sedap tapi mampu merosakkan kilang telur

cyst coklat antara yang biasa terjadi (gambar sekadar hiasan)

Tips Sihat & cadangan untuk rawatan alternatif cyst/fibroid selain pembedahan

 

1. Amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman dan aktiviti fizikal secara rutin yang boleh mengeluarkan peluh sekitar 30 minit sehari.

 

2. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan cyst atau fibroid seperti produk berasaskan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan bergula, makanan tinggi garam, kafein dan alkohol

 

3. Lebihkan pengambilan ikan berbanding ayam dan makanan segera termasuk yang diproses serta makanan dalam tin yang mengandungi pewarna tiruan, bahan perasa tambahan dan tinggi kandungan garam yang tidak baik untuk kesihatan

4. Ambil banyak buah-buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen yang boleh membantu kestabilan hormon estogen dalam badan

5. Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat supaya dapat membantu mengurangkan paras estrogen berlebihan di dalam tubuh supaya sentiasa seimbang (salah satu punca cyst ialah paras hormon estrogen yang terlalu tinggi)

membaca alquran adalah terapi jiwa

6. Tangani stress dengan terapi zikir, membaca Al-Quran dan amalan rohani lain dengan istiqamah

 

7. Tidak merokok atau terdedah kepada asap rokok serta pencemaran udara

 

8. Kawal berat badan dengan menerapkan tabiat pemakanan sihat dan kaya dengan nutrisi

 

9. Minum banyak air masak supaya toksin yang terkumpul dapat dikeluarkan dengan lancar dan mengurangkan krisis penyembuhan (healing crisis)

Kes csyt dan fibroid yang sering berulang

Teringat satu topik yang dibincangkan oleh ustazah masa kuliah zohor di ofis baru-baru ini.

Makan dengan 7 perut yang jadi punca macam-macam penyakit.

Kita selalu akan cenderung untuk lupa diri kalau bab-bab makan, tanpa sedar makananlah sebenarnya yang paling banyak menyumbang kepada risiko-risiko yang kesemuanya menakutkan.

So, part ni seboleh-bolehnya jagalah sebaik mungkin supaya kita boleh benteng diri daripada terdedah dengan cyst dan fibroid yang degil dan suka sangat dekat kita ni. Tips dah share kan, boleh ikut je dengan istiqamah dan doalah hari-hari moga iman kukuh. :)

Sekalipun dan ambil suplemen, gaya hidup sihat terutamanya pemakanan adalah sangat-sangat penting. Bukanlah sampai kena stricly pantang macam orang lepas bersalin, tapi janganlah asyik pantang nampak aje ye. :)

But kalau boleh tinggalkan terus tabiat makan yang tak sihat tu why not kan? Laaagi bagus. Saya suka nak share quote kegemaran pengetua taska kakak Iman ni, “betulkan yang biasa, lepas tu biasakan yang betul”. :)

Itu belum dikira lagi radikal bebas di sekeliling kita seperti pencemaran air, udara, asap rokok, makanan segera yang tidak sihat.

Salah satu tabiat yang sukar dielak ialah penggunaan berulang minyak masak. Semasa menggoreng, minyak masak akan melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang boleh mencemarkan udara dan masuk ke dalam sistem pernafasan kita.

Sisa gorengan haiwan berdarah seperti ikan atau ayam pula akan meningkatkan kandungan karbon yang mengubah struktur asid lemak sihat di dalam minyak kepada minyak beracun.

Sisa toksik yang tertinggal ini pula akan diserap oleh makanan seterusnya yang digoreng menggunakan minyak yang sama.

Dengan kata lain, semakin kerap minyak masak digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik aldehydes yang terkumpul dan percampuran ini menyebabkan semakin kurang pula khasiat yang tinggal pada makanan tersebut.

Hah, itu baru bab makanan yang digoreng. Kalau diri sendiri tak buat, macamana dengan restoran dan kedai makan yang rata-ratanya mengambil pendekatan ingin berjimat?

Suplemen sesuai yang dicadangkan

Pengambilan suplemen yang tinggi anti-oksidan, vitamin ACE boleh membantu merencatkan tindakbalas radikal bebas yang boleh mengganas dan menyerang sel-sel sihat dalam tubuh kita.

Set suplemen ini juga sangat membantu untuk melawan sel kanser, mengurangkan komplikasi sekaligus mengelakkan penempelan cyst, fibroid atau tumor di bahagian organ wanita yang tidak diingini..

Vitamin A

sumber vitamin A untuk antioksidan

Vitamin B 

sumber vitamin B lengkap

Vitamin C :

sumber vitamin C untuk antioksidan

Vitamin E :

assortment of tasty nuts with leaves, isolated on white

Omega-6

sumber omega 6

Vitamin ACE menghalang kehadiran semula cyst dan fibroid yang sangat sinonim dengan kaum wanita. GLA Complex pula berfungsi menstabilkan hormon dalam badan dan mengelakkan memendapan. Kehadiran hormon estrogen yang berlebihan adalah faktor yang paling mempengaruhi.

Saya juga mencadangkan pengambilan vitamin B-Complex yang berupaya merangsang hormon gembira seterusnya akan dapat menstabilkan emosi. Terdapat kes dan kebarangkalian yang tinggi bahawa stress boleh menjadi antara punca kehadiran cyst dan fibroid.

Hormon stabil, emosi stabil inshaAllah anasir-anasir luar pun takut nak dekat. :)

Ada yang sebaik sahaja selesai masalah cyst ni terus mengandung tau! :) Biiznillah..

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya

Hubungi Nusaybah Anuwar 019-3832656

935 total views, 1 views today

One Thought on “FOLLOW TIPS SENANG SIHAT NI, INSHAALLAH TAK BUAT OPERATION PUN CYST TAKUT NAK DEKAT DAH !

  1. Pingback: PERLUKAH OVARIAN CYST CDIBEDAH UNTUK HAMIL | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation