FAQ : SEGALANYA TENTANG ESP SHAKLEE

SHAKLEE – Syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan berupa protein berasaskan kacang soya. Pengasingan protein yang pertama dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Protein soya adalah factor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

KEPENTINGAN PROTEIN

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormone manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam system imun untuk melawan penyakit, masalah kelebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, pertumbuhan yang terbantut, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormone dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh menjejaskan fungsi normal tubuh, seterusnya mengakibatkan kematian.

3640

Q : APAKAH ESP SHAKLEE ?

A : ESP Shaklee adalah serbuk protein berasaskan kacang soya yang yang dihasilkan daripada 30 kg kacang soya Non-Gmo. Dipasarkan dalam bentuk satu canister (850 gram). ESP Shaklee berperasa mild/raw soya, tiada perasa, pemanis, pewarna mahupun pengawet tiruan.

Q : APAKAH KANDUNGAN DI DALAM PROTEIN KACANG SOYA ESP SHAKLEE ?

A : ESP Shaklee diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Satu hidangan Shaklee ESP adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Q : BAGAIMANAKAH CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE ?

A : Sukatan 1 sudu besar/2 sudu kecil untuk setiap kali bancuhan. Boleh diambil begitu sahaja, dibancuh bersama air sejuk/suam atau dicampur dengan minuman/jus kegemaran. Cadangan pengambilan : 2 – 3 kali sehari, maksima 3 sudu besar/6 sudu kecil sehari. * Pengambilan protein yang berlebihan dikhuatiri akan membebankan dan menjejaskan fungsi buah pinggang.

Q : KENAPA MESTI ESP SHAKLEE ?

A : SHAKLEE – Syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan berupa protein berasaskan kacang soya. Energizing Soy Protein – ESP Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan  menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetic, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Q : APAKAH PERBEZAAN SHAKLEE DENGAN PROTEIN SOYA YANG LAIN ?

A : ESP Shaklee diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi Non-Gmo (Non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang sangat rendah, memberikan sumber tenaga segera yang berpanjangan dan boleh bertahan lama. Kacang soya juga adalah merupakan tumbuhan yang kaya  dalam isoflavon yang sama dengan  fungsi hormon wanita. Kandungan indeks glisemik (G.I) yang rendah menjadikan ia sangat sesuai untuk penghidap kencing manis yang sentiasa perlu mengehadkan pengambilan nasi yang juga terkandung jumlah glukos yang tinggi.

Q : PANTANG LARANG PENGAMBILAN ESP SHAKLEE ?

A : Tidak boleh dibancuh dengan air panas (dikhuatiri akan merosakkan khasiat protein dan nutrient di dalamnya)

Q : BERAPA LAMA BOLEH DIGUNAKAN/BERTAHAN 1 CANISTER ESP SHAKLEE INI ?

A : Sebaik sahaja seal pada canister dibuka, ESP Shaklee biasanya boleh digunakan dalam tempoh 1-2 tahun (rujuk tarikh luput) dan untuk pengambilan pada kadar biasa – maksima 3 sudu sehari, ia boleh bertahan sehingga 1 bulan setengah penggunaan.

Q : SIAPAKAH YANG BOLEH DAN SESUAI MENGAMBIL ESP SHAKLEE ?

A : ESP Shaklee adalah sesuai untuk semua peringkat umur (remaja-dewasa). Bagi kanak-kanak, umur paling sesuai yang dicadangkan adalah bermula pada 13 tahun ke atas. Untuk golongan kanak-kanak yang di bawah umur tersebut, pengambilan Protein Mealshakes Shaklee adalah lebih sesuai untuk diambil (dicampur ke dalam susu). Individu yang mempunyai masalah buang pinggang dan kesukaran memproses protein adalah tidak digalakkan mengambil ESP Shaklee.

  • IBU MENGANDUNG – makanan nutrisi yg terbaik, menyokong kehamilan dan perkembangan fetus (asid amino membantu pertumbuhan otot, kuku, rambut, darah, organ, dan kulit) fetus di dalam kandungan dengan lebih baik
  • IBU MENYUSU – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihat
  • PENGHIDAP KENCING MANIS
  • MEREKA YANG INGIN BERDIET SIHAT
  • MEREKA YANG INGIN MENGURUSKAN BADAN
  • MEREKA YANG SELALU SIBUK

Q : BERAPAKAH HARGA 1 CANISTER ESP SHAKLEE ?

A : Harga pasaran bagi 1 canister (850 gram) ESP Shaklee ialah RM 150. Hubungi saya untuk PANDUAN PEMAKANAN dan KONSULTASI PERCUMA!

 

818 total views, 2 views today

One Thought on “FAQ : SEGALANYA TENTANG ESP SHAKLEE

  1. Pingback: 15 RESEPI MUDAH ESP SHAKLEE YANG MESTI DICUBA | Nasuha Vita Life

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation