FAKTA OMEGA-3

minyak-ikan

OMEGA-3

Juga dikenali sebagai makanan otak dan juadah minda.

Ikan mengandungi asid docosaexaenoic (DHA), yang penting untuk fungsi normal neuron. Memakan ikan, walau bagaimanapun, selalunya boleh menjadi satu kebimbangan kesihatan yang disebabkan toksid yang tinggi. Ikan kaya dengan Omega-3 asid lemak, yang bkn saja membantu jantung, tetapi juga alat bantuan utk meningkatkan daya ingatan.

Omega-3 asid lemak adalah komponen otak, jadi ia boleh membantu dalam meningkatkan fungsi sel otak secara keseluruhan, selain masalah kemurungan dan gangguan otak seperti skizofrenia.

Beberapa spesies ikan seperti herring, salmon, tuna, tenggiri, ikan bilis dan sardin mengandungi asid Omega-3 lemak tertinggi. Kajian Universiti California, Amerika Syarikat ke atas 1,575 responden berusia 58 hingga 76 tahun yang turut menjalani ujian imbasan otak, menunjukkan kaitan antara kepentingan pengambilan ikan dengan fungsi otak.

10491131_10152468124046938_5272371961053073325_n

“Semakin rendah atau sedikit kandungan Omega-3 dalam tubuh seseorang, semakin rendah atau kurangnya daya ingatannya,” kata ketua penyelidik, Dr Zaldy Tan.

Kajian terdahulu oleh penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Rush di Chicago, yang mengikuti kehidupan lebih 3,000 lelaki dan wanita selama enam tahun bagi mencatatkan kesan pengambilan ikan dengan tahap atau daya ingatan mereka.

Responden yang makan ikan sekurang-kurangnya sekali seminggu, terbukti kurang berdepan masalah daya ingatan iaitu sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak makan ikan langsung. Malah, perbezaan itu memberikan kelebihan kepada pemakan ikan itu memiliki daya ingatan kuat sama seperti mereka yang tiga tahun lebih muda.

Sumber artikel : Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

993 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation