ESP SHAKLEE TAK SEDAP, BETUL KE?

serbuk protein yang baik adalah diproses dengan menggunakan air bukannya alkohol

 

 

 

 

 

 

Energizing Soy Protein atau lebih dikenali dengan nama glemernya ESP adalah salah satu suplemen keluaran Shaklee berbentuk serbuk, macam susu formula yang diminum oleh anakanda. Ia sebenarnya adalah ekstrak soya bergred premium dan berkualiti tinggi yang mengandungi asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia secara semulajadi.

Kisah saya dan ESP

Kalau diikutkan saya mula-mula kenal dengan ESP secara dekat masa dalam pantang, selepas bersalinkan kakak Nasuha 3 tahun dulu. Masa tu saya ambil Set Menyusu Basic Shaklee yang dilengkapi dengan ESP dan Alfalfa. Teruja juga kan bila dengar orang asyik sebut pasal ESP yang sedap dan best ni. Maka, saya pun taknak berlengah lagi untuk mencuba. Benarkah seperti yang dikatakan?

Pengalaman Sendiri

Selepas membelanjakan RM150 untuk satu canister serbuk soya Shaklee, saya pun memulakan langkah pertama membancuh serbuk putih ini.

Tapi.. apa yang saya sangkakan meleset sama sekali. Rasa kecewa betul sebab ianya tidak seperti yang diwar-warkan. Tak sedap lansung! Berbeza sangat dengan soya kotak atau tin yang saya pernah beli di kedai.

Waktu ini saya belum lagi menjadi ahli. Memang terasa lah beza sebab agak banyak beza harga ahli dan pasaran. Tak ada niat pun nak jadi ahli masa tu sebab baru nak cuba-cuba tambah produk. Rugi pula rasanya beli sebab tergoda dengan cakap-cakap geng Shaklee yang ofcourse nak lakukan produk mereka. Siap mendengus dalam hati, sama je diorang ni, macam MLM-MLM lain yang suka overclaim produk nak suruh orang beli.

Macam bengang pun ada, sebab serius rasa tertipu. Harga seratus lebih bukan murah OK. Saya dah dipesan untuk bancuh ESP tu hanya menggunakan air suam atau air sejuk dan jangan sekali-kali gunakan air panas sebab dikatakan suhu yang tinggi akan merosakkan protein soya dan zat-zat yang terkandung di dalamnya akan mudah musnah.

Kali pertama minum, saya bancuh 3 sudu besar dengan air biasa, tak sejuk dan tak panas. Particular sangat takut rosak nutrien. Buweekk, memang saya tak dapat telan. Bukan separuh, tapi cuma seteguk. Rasa soya raw, macam tepung pun ada. Dahlah tak hancur, berketul-ketul. Loya! Kesudahannya saya, bancuhan pertama tu saya buang begitu saja.

Ianya berlarutan sehingga sebulan, 2-bulan, 3 bulan dan sehinggakan saya lupa terus. Tak sedar ianya sudah hampir tamat tempoh.

Kalau difikir-fikirkan balik, memang kurang cerdik lah saya waktu tu sebab tak ada inisiatif lansung untuk campurkan tepung ESP tu dengan favourite drinks yang lain. Marah dan frust sangatlah kononnya. Yang jadi masalahnya ialah, saya memang jenis tak gemar minuman manis. Boleh kata tak ada minuman kegemaran lah, macam orang lain yang suka teh tarik, sirap bandung, fresh oren semua tu. Sekilo gula dekat rumah pun jenuh berbulan baru habis. Itupun sampai bersemut dan jadi ketulan gula batu dah. hehehe…

Tapi..hari demi hari saya tengok makin ramai yang share pasal bestnya ESP Shaklee ni, sampai ada yang wajib minum tiap-tiap hari, rasa tak lengkap kalau tak shake ESP, siap tak boleh tinggal even pergi travel lagi. Ehh..hebat sangat pulak bunyi nya tu. Tercabar, berkobar-kobar rasa dalam hati ni .

Kemudian, dalam diam-diam dan keegoan, saya cari balik canister ESP dalam almari dapur. Nak terbuntang jugalah bijik mata sebab lebih kurang sebulan je lagi tempoh tamat. Beli dan simpan sampai dah nak expired. Memang membazir!

Percubaan kedua selepas berbulan-bulan beli. Memandangkan saya memang anti-susu, jadi saya decide nak minum dengan air sejuk pulak untuk elakkan rasa seakan-akan susu jika dibancuh dengan air suam. Kali ini saya shake kan bersama pati oren sunquick yang memang selalu ada dalam fridge kalau ada tetamu datang. Wahhh!! sedapnyaaa.. rasa menyegarkan. Ada orang cakap, dia suka kalau shake dengan tropicana twister, and saya sendiri pun dah try… dengan pulpa sari-sari buah tu..nyumssss sangatt!!

Betullah, lain orang lain tekak. Samalah macam makanan atau minuman lain jugak. Ada orang suka manis-manis, ada orang kuat masin, ada orang nak masam-masam, ada pulak yang hantu cili, asal masak je mesti pedas gila!

Sedap tu sesuatu yang subjektif, mungkin sedap bagi tekak kita, tapi tidak pada tekak dia. Orang Kelantan suka yang manis-manis macam cekmek molek dan lompat tikam, orang nesmilan gemor yang pedas-pedas tahap sape pun tak berani lawan betapa sedapnya masak lomak cili api dia.

Rasa nak ketuk kepala sendiri je sebab tak explore dari awal, sebab beli sekadar beli, tak cukup ilmu lepastu kondem-kondem. hahaha…typical malay sangat saya ni kan.

Agak panjang juga sebenarnya kisah saya dengan ESP Shaklee ni. Long story cut short. Sehinggalah saya mula mencuba resepi-resepi kreatif membancuh ESP melalui kenalan-kenalan Shaklee yang kebanyakannya juga ibu-ibu menyusu yang ingin memberikan yang terbaik buat keluarga mereka. Saya katakan yang terbaik buat keluarga kerana ESP bukan sahaja dapat membekalkan sumber protein yang terbaik, malah juga dapat memberi tenaga lebih lama untuk ibu kekal cergas untuk mengendalikan urusan rumahtangga, memasak, mencucuci serta menguruskan anak-anak dan suami.

Lepas dah dapat resepi pun masih culas-culas lagi minum sebab taktau pasal betapa pentingnya protein untuk badan kita, betapa bagusnya ESP, betapa banyaknya manfaat dia. Ohhh.. Sebab tu penting sangat kita ambil tahu tentang apa yang kita ambil dan makan termasuk kesan kekurangannya supaya ada disipilin sikit.

ESP Shaklee ni dikatakan antara Hot Item dan Best Seller yang menjadi kegemaran. Sehinggakan ada ketikanya sampai Sold-Out di Home Office. Kenapa? 

Tak lain dan tak bukan kerana ia menjadi pilihan mereka-mereka ini :

keperluan protein ibu mengandung untuk perkembangan dan tumbesaran bayi

 

 

 

 

 

1. Wanita hamil yang mahukan kehamilan yang sihat, untuk pertumbuhan dan tumbesaran janin di dalam kandungan. ESP mengandungi asid amino yang penting untuk membina otot, kuku, rambut, dan organ.

YAA059000003.jpg

 

 

 

 

 

 

2. Wanita dewasa yang ingin kekal cantik dan awet muda. Kacang soya satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones yang fungsinya bersamaan dengan hormon wanita, memperbaiki masalah pigmentasi, kedutan, kesan tua dan rambut beruban. Kulit yang cantik dengan tona yang sekata dan payudara yang anjal pasti menjadi idaman setiap wanita kan? :)

ibu menyusu memerlukan protein untuk tenaga dan kelancaran susu

 

 

 

 

 

 

3. Ibu menyusu yang memerlukan protein yang cukup untuk keperluan tenaga dan nutrisi seharian. ESP bukan sahaja mengandungi protein yang berkualiti tinggi malah juga lengkap dengan zat yang bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak yang membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu ibu.

Bukan kaum wanita dan ibu-ibu sahaja yang sukakan ESP ni, semua orang pun suka dan boleh amalkan ESP dalam diet termasuklah orang lelaki jugak tau!

esp sangat bagus dan sesuai untuk kesihatan prostat kaum lelaki

 

 

 

 

 

 

 

Kandungan genisten yang terdapat dalam kacang soya ESP terbukti berupaya menghalang pertumbuhan dan perebakan sel-sel kanser dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel bada sebelum menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia baik untuk kesihatan prostat, pemulihan uterus, ovari serta masalah hati.

esp shaklee sesuai untuk semua peringkat umur termasuk golongan remaja yang sering mengabaikan pengambilan nutrisi seimbang

 

 

 

 

 

 

Buat golongan remaja dan dewasa baik lelaki atau perempuan, ESP bertindak sebagai pembekal tenaga segera (energy booster) untuk menjalankan rutin seharian yang kadang-kadang hectic sangat sampai tak sempat makan, takdan ambil breakfast.

Bukan itu sahaja, ESP juga sangat bagus untuk penghidap diabetis atau kencing manis yang perlu mengawal paras gula dalam darah dan sentiasa berjaga-jaga dengan pengambilan karbohidrat, yang berbahaya kalau dah terlebih.

Tahap indeks glisemik yang rendah daripada apa yang kita makan ini dapat memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam akan membuatkan perut kita kenyang dengan lebih lama .

Ia penting untuk penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang dan sangat membantu dalam pengurangan berat badan. Jangan taktau, kalau ada yang berhajat nak kurus pun, ESP boleh tolong tau!

Pendek kata, ia sesuai untuk semua peringkat umur lah. :) Lelaki ke, perempuan ke, student ke, orang gemuk ke, bakal pengantin ke, semua orang patut minum ESP ni. Tambah pulak bila dah tau resepi-resepi bancuhan yang memang sedap dan sesuai dengan selera tekak masing-masing kan.. Takde dah isu ESP tak sedap, meloyakan semua. Kena cuba dulu baru tau. Jangan sombong-sombong tau, nanti menyesal kemudian hari.. hihihi..

Ni ada satu testimoni yang dulu-dulu sama dengan saya jugak.. hehehe..

Saya bukanlah penggemar ESP pada permulaan mengenalinya. Kali pertama amalkan ESP ketika hamil. Sepanjang tempoh hamil 9 bulan, hanya 2 tin sahaja yang mampu dihabiskan. Orang kata waktu hamil kalau minum susu soya kulit anak cantik. Saya kata ‘MITOS’ je tu… sebab tu saya ON OFF consume ESP.

TAPI… selepas melahirkan anak nombor 2, NUR QAISARA SYAURAH… nurse semua puji… GEBUnya… CANTIKnya kulit baby ni. Eh, serius ker? Memang betul… Kulit Qaisara lebih mulus dan cantik. Tiada alahan. Kalau boleh hari-hari rasa nak gigit lengan dan paha dia. 

Saya pernah bawa Qaisara ke Shaklee Branch Ipoh… wah bulat mata Eunice dan Nutrisionist Ili… geram-geram nak peluk Qaisara. 

Arghhh.. mula rasa menyesal tak consume betul-betul sepanjang tempoh hamil tu. 
Alhamdulillah sekarang consume ESP untuk susu yang meriah dan pekat. Semoga Qaisara dapat manfaat..

 

click to enlarge

click to enlarge

 

 

 

 

 

 

 

Oh, rasa nak pergi minum ESP sekarang lah! Shake dengan sirap merah vivix yang baru restock masa promo last month. Sesambil menaip ni, rasa rindu pulak dah! hihihi..

2,699 total views, 1 views today

2 Thoughts on “ESP SHAKLEE TAK SEDAP, BETUL KE?

  1. Pingback: 15 RESEPI MUDAH ESP SHAKLEE YANG MESTI DICUBA | Nasuha Vita Life

  2. Pingback: 5 PETANDA PROTEIN TAK CUKUP DAN AWAK PERLUKAN LEBIH LAGI | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation