DTX COMPLEX, FORMULA UNTUK FUNGSI DAN HATI YANG SIHAT

Apakah Shaklee DTX Complex ?

DTX-Complex Shaklee

DTX-Complex Shaklee

Shaklee DTX Complex merupakan suplemen yang dirumus dengan nutrien untuk mengekalkan fungsi hati yang sihat. Ia mengandungi formula herba yang unik dengan kandungan anti-oksidan untuk mempertingkatkan aliran hempedu.

Campuran dan ekstrak daripada kombinasi unik bahan-bahan botani gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, cendawan reishi (herba yg kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu.

Hati merupakan organ yang sangat penting di dalam tubuh, tetapi selalu tidak diambil berat oleh kita. Ia berkeupayaan untuk membina semula (tumbuh semula).

Sebagai contoh, serangan jantung akan merosakkan organ jantung tetapi sebaliknya serangan kepada hati akibat daripada pengambilan alkohol yang berlebihan juga akan merosakkan hati. Namun, ia berupaya membaiki dan membaikpulih dirinya sendiri.

Jadi bayangkan bagaimana jika ia kerap rosak kerana seringkali diserang oleh radikal bebas dan tidak lagi boleh dibaikpulih semula?

Tahukah anda bahawa hati adalah organ terbesar dalam tubuh kita yang berperanan sebagai pembersih racun dalam tubuh kita?

Sebesar manakah saiz hati?

Saiz hati adalah sebesar sebiji bola sepak!

saiz hati

Ya, hati adalah organ yang kedua terbesar selepas kulit. Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 – 3 kilogram. Ia adalah organ lembut berwarna perang kemerahan yang terletak di bawah diafragma di sebelah kanan badan kita. Ia juga menjadi alas bagi pundi hempedu.

Tugasnya hati adalah melakukan detoksifikasi setiap hari untuk memastikan seluruh organ tubuh kita berfungsi secara normal. Selain itu, hati juga bertanggungjawab :

  • menghasilkan hempedu yang penting bagi sistem penghadaman
  • mengawal kandungan kandungan gula dalam darah
  • bertindak sebagai penyimpan vitamin dan mineral
  • membantu dalam penghasilan protein yang penting untuk regenerasi hati

Pengambilan junk food, fast food, processed food, rokok, makanan berminyak, minuman beralkohol, pencemaran dan sisa toksik, menghidu asap kenderaan, kilang, bahan kimia, ubat-ubatan yang berterusan akan membebankan hati kita untuk memprosesnya. Proses perkumuhan juga akan terganggu menyebabkan sisa toksik terkumpul di dalam tubuh.

Apabila fungsi hati terganggu, timbunan toksin dalam badan akan menyerang organ tubuh yang lain. Antara petanda hati kita mempunyai masalah ialah sering merasa letih yang melampau, loya dan hilang selera makan, air kencing berwarna gelap serta kulit menjadi gatal dan kemerah-merahan. Kita akan mudah jatuh sakit, malah kegagalan fungsi hati juga boleh menyebabkan kematian.

Perbezaan DTX Complex Shaklee :
Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel Biji ‘Milk thistle’ yang menghasilkan 80% silymarin menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati. Telah digunakan dalam perubatan tradisional di Eropah selama lebih daripada 2000 tahun.

Selain itu, ia juga mengandungi bahan-bahan yang telah digabungkan secara unik dan saintifik, dihasilkan daripada pelbagai tumbuhan herba semulajadi yang tinggi kandungan antioksida seperti :

Biji ‘Schizandra Cina’

  • Menghalang toksin dalam badan
  • Menggalakkan protien sintesis (pertumbuhan sel baru)
  • Mengandungi Antioksida

Cendawan Reishi

  • Di China, dipanggil ‘Ling Zhin’
  • Digunakan secara tradisional selama lebih daripada 4000 tahun
  • Mengandungi Antioksida

Dandelion

  • Kaya dengan vitamin A, B, C, D & zat besi
  • Mengandungi ‘Cynarin’
  • Kebaikan: melancarkan pengaliran hempedu

Kunyit

  • Digunakan secara tradisional dalam masakan
  • Mengandungi ‘curcumin’
  • Kebaikan : mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu

Ekstrak Artichoke

  • Rendah kalori dan lemak, tinggi serat
  • Mengandungi ‘cynarin’
  • Kebaikan : melancarkan pengaliran hempedu

Hati boleh dianggap sebagai industri pemprosesan dalam tubuh manusia untuk menjalankan fungsi-fungsi kritikal dan membantu sistem penghadaman dengan meransang penghasilan hempedu selain berupaya mencegah batu karang. Salah satu petanda masalah hati yang orang selalu tak perasan ialah selalu rasa berangin, tak ada selera makan dan asyik kenyang, kenyang, kenyang walaupun tak makan seharian.

Hati adalah salah satu organ yang boleh memperbaharui dirinya sendiri. Sekiranya dibedah dan dibuang separuh, ia boleh tumbuh semula seperti saiz asal hanya dalam masa 2 minggu. Ia adalah organ yang paling besar dalam badan kita tapi sering tidak diambil berat, sedangkan hati adalah organ yang paling penting untuk menapis, seterusnya menjalankan fungsi detoks bagi menyahkan komponen-komponen yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Jauhi prasangka buruk. Sayangilah hati anda dengan niat yang baik-baik serta pemakanan yang baik-baik juga.

Produk semulajadi bergred antarabangsa yang sudah terbukti mampu meningkatkan taraf kesihatan ramai orang. Saya memang yakin dan berpuas hati. Saya dah rasa bermacam kebaikan di sebalik namanya yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati mereka-mereka yang mementingkan kesihatan.

Namun, semua dengan izinNya jua.

Kalaulah mak masih ada, saya akan berikhtiar untuk beri mak ini. tapi saya terlambat. Saya tahu dan mengerti bahawa ini adalah suratan takdir yang Allah dah tetapkan untuk kami.

Sekali lagi, saya redha. Saya sayang mak!

Lagi kisah mak dan Kanser hati Klik SINI

Ingin mencuba vitamin semulajadi yang mesra alam dan terbukti berkesan ?

Hubungi saya untuk harga menarik dan konsultasi percuma. :)

Pengedar Shaklee Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya

Nusaybah Anuwar  019-3832656

919 total views, 1 views today

One Thought on “DTX COMPLEX, FORMULA UNTUK FUNGSI DAN HATI YANG SIHAT

  1. Pingback: JANGAN AMBIL RINGAN JIKA SERING TIADA SELERA MAKAN, IA MUNGKIN PETANDA KANSER HATI | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation