DIABETIS ATAU KENCING MANIS, KENAPA RAKYAT MALAYSIA PALING BERISIKO?!

Hari ni rasa nak share pasal kencing manis. Dah nak pudar ingatan dalam kotak memori ni pasal ulasan doktor di slot Sinar Pagi last week. Nasib baik ada catit sikit.

Doktor jemputan dekat konti tu kata ramai orang yang tak betul-betul faham lagi pasal kencing manis. Agak-agaknya kenapa rakyat Malaysia ramai sangat yang terjebak dengan penyakit ni?

Salah satu sebab yang paling dekat ialah sumber makanan ruji kita yang tingggi karbohidrat iaitu nasi. Tekak melayu, mestilah makan nasi kan? Tambah pulak kalau combine dengan lauk-lauk kampung macam belacan, budu, tempoyak semua tu. Memang menangis kalau tak dapat tambah barang sepinggan dua oii..

Ulangkaji – Apa ada dalam Piramid Makanan

piramid makanan

Mengikut piramid makanan, sumber karbohidrat berada di level paling bawah sekali. Ini menunjukkan pengambilan karbohidrat berasaskan bijirin adalah sangat penting (4-8 hidangan sehari) kerana ia merangkumi sebahagian besar pengambilan nutrisi seharian. Namun, cadangan ini harus juga mementingkan kualiti karbohidrat yang kita ambil, bukan sekadar kuantitinya.

Tapi..orang kita.. ada kisah ke nak makan cuma satu genggam nasi atau satu senduk mee? Memang taklah.. Jelas ada bukti di sini, nasi tak salah..yang salah kita sebab tak berjaya kawal nafsu untuk tambah nasi sampai berpinggan-pinggan. Adeh.. dah kata orang melayu kan?! Setakat nampak orang breakfast makan nasi lemak dan roti canai dekat kedai, itu pemandangan biasa. Sampai penuh semua meja kat kedai tu, kena tunggu turn nak duduk. Macam kedai makan D’Bukit yang famous dekat Bangi nih.

Terdapat sistem gred untuk setiap makanan yang mengandungi karbohidrat. Ia dikenali sebagai indeks glisemik yang diukur berdasarkan tindak balas glukosa dalam darah selepas kita makan sejumlah karbohidrat yang terkandung di dalam makanan. Boleh baca tentang Apa itu Indeks Glisemik atau GI dengan lanjut di SINI.

Salah faham yang selalu berlaku

Selalu orang tak faham atau salah faham tentang penyakit kencing manis ni. Bila minum air terlebih manis, “jangan manis-manis sangat, kena kencing manis nanti”.. tapi bila makan nasi berpinggan-pinggan boleh pulak.. Eh.. kencing manis ni bukan daripada makanan atau minuman manis je tau.

Yang dikatakan kencing manis itu ialah bila paras gula dalam darah tinggi, berlebihan daripada kadar sepatutnya. Atau istilah lainnya diabetis. Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman. Gitu.

Simptom atau petanda kencing manis

Antara simptom kencing manis (diabetis) yang paling biasa tapi tidak disedari oleh kebanyakan daripada kita ialah :

  • kerap kencing pada waktu tengah malam
  • cepat rasa dahaga
  • kerap rasa lapar walaupun sudah makan
  • berat semakin menurun
  • luka lambat sembuh
  • sering rasa mudah penat

Kencing Manis/Diabetis Type 1

  • Disebabkan oleh penyakit Auto-immune
  • Fungsi semulajadi organ dan sistem dalaman tubuh terganggu
  • Pankres tidak dapat merembeskan insulin yang cukup

Kencing Manis/Diabetis Type 2

  • Disebabkan oleh pemakanan
  • Pengambilan gula yang menyebabkan kencing manis – fahaman terpesong
  • Gula tambahan termasuk karbohidrat yang diambil terlebih – fakta sebenar

Gula yang dimaksudkan ialah a parts or karbohidrat. Sumber karbohidrat yang kita ambil akan ditukarkan kepada glukosa (gula) yang menjadi sumber tenaga. Bergantung juga dengan umur dan gaya hidup kita yang mempengaruhi kadar metabolisme.

Oleh sebab itu pengambilan karbohidrat kita kena kontrol dan jangan berlebih-lebih. Sebab ia akan ditukar menjadi gula. Bukan sekadar nasi yang selalu disalahkan kerana buat kita gemuk. Ini termasuklah minuman ringan dan makanan segera yang sangat tinggi kandungan gula tambahan. Bila dah terlebih daripada bacaan sepatutnya dalam darah, kita akan dapat gelaran “penghidap kencing manis”.

Teringat dulu masa arwah mak mertua ada lagi, saya dibebelkan sebab tak minum air manis. Masa tu saya mengandung. Mak kata “takboleh kalau tak minum air manis, nanti dalam badan takde gula lansung, bahaya jugak bila gula rendah kang”.. Lepas tu saya jawab “mak, nasi ni pun gula tau, saya tak suka air manis tapi saya makan nasi banyak, bertambah-tambah”.. hahaha…

Ni bukan menjawab tau, ni nama dia sharing knowledge yang kita tau untuk educate orang lain. Saya tau, mak tegur tu pun sebab mak sayang kat menantu dia ni.. Macam arwah mak mertua tu, dia makan memang tak banyak tapi bab air manis memang win. Hari-hari wajib minum teh-o manis yang kalau saya nak hirup secawan-dua kena tambah dulu air masak. Tapi, alhamdulillah.. mak tak ada kencing manis pun..

See.. :)

Korang tau tak?!

  • gula pasir (sukrosa) mempunyai bacaan GI sebanyak 6
  • gula buah (fruktosa) mempunyai bacaan GI sebanyak 19

fruit punch

Banyak beza kan? So lepas ni nak minum kordial air buah ke nak makan sebiji buah terus je? Ke nak makan buah dengan airnya sekali macam fruit punch tu? Kalau ikut selera tekak, mana satu yang lagi sedap?

Jangan ikut selera tekak, sebab itu nafsu nama dia. Ikutlah panduan pemakanan yang betul supaya jauh dari penyakit yang kita taknak… :) ngehngehngeh…

Apa yang sebenarnya berlaku selepas kita makan

Setiap kali kita mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, paras gula (glukosa) dalam darah akan meningkat untuk seketika dan kemudian akan kembali ke paras normal. Seberapa tinggi peningkatan dan seberapa cepat paras gula tersebut kembali ke paras normal bergantung kepada GI makanan yang kita makan.

Pengambilan makanan yang rendah GI, akan membantu sistem badan untuk mengawal paras gula dalam darah dengan seimbang kerana ia akan melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini akan membuatkan kita berasa kenyang lebih lama walaupun hanya makan dengan saiz hidangan yang kecil.

Sebaliknya pula, makanan tinggi GI (gred melebihi 70) akan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak dan kembali ke paras normal dengan cepat. Sebab tu lah cepat je rasa lapar walaupun dah makan nasi, dah melantak heavy meal sebelum tu.

Kadar peningkatan dan penurunan yang mendadak inilah yang buat paras glukosa dalam darah jadi tak seimbang. Akibatnya, dalam jangka masa panjang seseorang akan mudah mendapat rintangan insulin yang juga berkait rapat dengan masalah kesihatan kronik seperti kencing manis (diabetes jenis II), obesiti, tekanan darah tinggi, strok, dan penyakit jantung.

Benarkah kencing manis ini penyakit keturunan ?

Tabiat pemakanan ni biasanya bermula dari rumah. Habit yang dididik oleh mak ayah atau sesiapa pun yang menyediakan makanan untuk keluarga. Kalau family yang jenis tak masak, yang jenis dapur bersih sokmo-sokmo kena lagi berhati-hati. Anda tidak terkecuali kerana makanan di luar lebih berisiko tinggi.

Kencing manis bukan sahaja penyakit keturunan. Ia sangat dipengaruhi oleh gaya hidup seseorang. Kekalkan berat badan sihat. Semakin lanjut usia, kadar metabolisme akan semakin menurun, semakin mudah pula proses semulajadi tubuh terganggu.

Kita sepatutnya makan dengan niat untuk membekalkan zat dan nutrisi yang cukup dan seimbang kepada sel-sel tubuh agar sihat untuk menjalankan tanggugjawab dan amanah sebagai hamba Allah. Tapi, yang berlaku sebaliknya..kita hanya makan untuk memberikan kepuasan nafsu, rasa sedap dan puas yang kemudiannya mendatangkan mudarat semula kepada diri dengan pelbagai penyakit yang kita undang sendiri. Allahu.. insafnya..

duta mealshakes saya

duta mealshakes saya

Jeles pulak tengok anak makan banyak sampai bertambah kuey teow ladna tu. Berselera betul budak ni makan. Mujur dia jenis suka sayur. Kalau masak jenis yang berkuah macam ladna ni memang licin dia bedal. Masa kecik-kecik ni takpelah, sebab masing-masing tengah aktif, kuat melasak dan main. Tambah pulak dengan umur yang tengah nak membesar, bukan setakat makan tapi kena makan makanan berkhasiat. Biar tumbesaran badan dan otak seiring.

Nak educate bagitau pasal semua ni tunggu besar sikit esok-esoklah. Kena kontrol daripada cara kita masak kat rumah juga ni, sebab rata-rata orang tabiat makan dididik daripada emak yang memasak sejak dari kita kecik. (kalau mak jenis memasaklah..) Sebab tu lah masakan emak sendiri lah yang paling sedap, tak kisahlah kau kawin dengan chef antarabangsa sekalipun..

2,685 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation