DETOX SIHAT DENGAN SHAKLEE

Salim (bukan nama sebenar) baru sahaja memasuki usia 30-an. Sungguhpun begitu, dia kerap mengadu sakit kepala, pening, keletihan dan mengantuk pada waktu tengah hari. Beliau juga menghadapi masalah nafas berbau yang seringkali mewujudkan perasaan tidak senang di kalangan rakan-rakan sekeliling walaupun mereka tidak pernah menegur. Kerja-kerja di pejabat juga sering terganggu disebabkan masalah beliau yang kadangkala kelihatan ringan tetapi kerana ianya berlanjutan, telah menjejaskan prestasi tugasnya.

Akibatnya dia tidak boleh berfikir dan hanya mahu berbaring. Di rumah juga, beliau menghadapi kesukaran membuang air besar pada setiap pagi. Sudah kerap kali  dia berulang-alik ke klinik dan hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut, namun doktor  memberitahu keadaannya normal dan tiada masalah yang serius. Beliau buntu dan tertanya-tanya apakah sebenarnya penyakit yang beliau hadapi.

Pernahkah scenario begini terjadi kepada anda? Adakah anda sedar akan bahaya toksin di dalam tubuh yang saban hari sedikit demi sedikit meninggalkan kesan tidak baik pada kesihatan?

TIDAK ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin atau kotoran dalam badan. Cuba bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga sekarang, ini bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul dan mendap di dalam badannya. Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu membuang toksin tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami  sakit sendi, gout, keletihan, sakit kepala, kulit menjadi kusam  dan sebagainya.

Toksin terdapat pada seluruh organ manusia, di mana sebahagian besarnya terjadi akibat pencemaran. Toksin daripada pencemaran makanan terhasil apabila penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian, merokok dan sebagainya.

Antara penyingkiran toksin secara semulajadi adalah perkumuhan seperti pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal. Selain itu toksin juga akan dikeluarkan  melalui peluh hasil dari aktiviti fizikal seperti bersukan. Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu akan diserap semula oleh badan.

Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada di dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

SHAKLEE muncul dengan jaringan produk yang berupaya membantu proses detox tubuh secara semulajadi, menjaga kesihatan hati, memelihara aliran hempedu, membersihkan usus dan system pencernaan.

SET DETOX SHAKLEE

  • Mengawal dan menstabilkan kandungan paras gula dalam darah
  • Menjaga kesihatan hati dan fungsi pundi hempedu
  • Mencuci hati, darah dan usus bagi membuang toksik
  • Membantu mencuci buah pinggang dan mengurangkan symptom penyakit kencing kotor
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman dan pencernaan seperti kembung, ulser, gastrik dan sembelit
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol yang tidak diperlukan tubuh
  • Menurunkan tahap kolesterol dan menjaga kesihatan jantung

dtx complex

DETOX HATI – DTX COMPLEX

herblax

DETOX USUS – HERB-LAX

garlic

MENCUCI DARAH – GARLIC COMPLEX

alfalfa

DETOX SELURUH TUBUH – ALFALFA COMPLEX

 

SMS/CALL/WHATSAPP YOUR SID :

SAYBAH : 019-3832656

KHAIRI : 019-3832656

Credited to sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Buangtoksindalambadan/Article

Credited to sumber : http://vitaminsemulajadi.com/cara-detox-yang-selamat/

1,127 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation