DARAH TINGGI, BAGAIMANA IA DIUKUR DAN SEJAUH MANA IA MERBAHAYA

Tekanan darah adalah tekanan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau disebut juga hypertension merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari kadar biasa secara kronik.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

cara kira tekanan darah tinggi

 

 

 

 

 

 

 

 

Tekanan darah diukur dalam 2 ukuran seperti berikut – 120/80 mmHg.

  1. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.
  2. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa dalam keadaan rehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Tekanan darah dipengaruhi oleh faktor pengambilan garam dan berat badan yang berlebihan. Tekanan darah yang meningkat akan meningkatk juga risiko dan ancaman kepada kesihatan tubuh badan.

Sebagai  contoh, seorang penghidap diabetis yang juga mengalami masalah tekanan darah tinggi mempunyai risiko 10 kali ganda lebih cenderung mendapat serangan jantung jika dibandingkan dengan orang seorang lagi penghidap diabetis yang mempunyai tekanan darah normal. Begitu juga kisahnya dengan seorang perokok yang menghidap tekanan darah tinggi yang 10 kali lebih berisiko diserang penyakit jantung berbanding seorang perokok lagi yang tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Diuretic ialah ubat yang kebiasaannya diberikan untuk merangsang buah pinggang supaya meningkatkan pembuangan air kencing. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kandungan cecair di dalam darah dan dengan tujuan merendahkan tekanan darah.

Kesan buruk pengambilan ubat-ubat darah tinggi ini adalah daya ingatan yang lemah, sering letih lesu dan emosi yang kadangkala terganggu disebabkan oleh

Tekanan darah tinggi bukanlah suatu penyakit, sebaliknya ia adalah signal atau petanda bahawa sistem badan kita sudah terjejas dek gaya hidup dan corak pemakanan yang tidak dapat dikawal dengan baik. Oleh sebab itu, jika sekali kita telah terjebak dengan ubat darah tinggi, ia perlu dimakan selama-lamanya. Setiap satu preskripsi bertujuan meransang kapilari darah lebih relaks, menambah ruang salur darah serta menghasilan hormon yang menyebabkan salur darah menjadi tegang dan pecah.

Ubat-ubatan yang diambil ini akan membolehkan fungsi tubuh normal yang telah terganggu berjalan seperti biasa. Ia seterusnya pula akan mengakibatkan kebergantungan yang jika ditinggalkan akan meninggalkan kesan yang buruk pada kesihatan.

Pengambilan makanan yang sihat terbukti dapat mengurangkan berat badan sekaligus mengawal tekanan darah tinggi bagi mereka yang mengalami masalah lebihan berat badan. Selain itu, aktiviti fizikal dan senaman juga boleh

Masalah tekanan darah tinggi ini seharusnya dipandang serius kerana ia boleh menjadi punca kepada pelbagai komplikasi kesihatan lain yang lebih merbahaya seperti serangan jantung, strok, serta kegagalan buah pinggang yang kronik.

Kalau dah nampak mak-mak ayah kita yang semakin menginjak usia makan ubat macam-macam tu, ringankanlah mulut bertanya khabar, jangan sekadar nasihat “mak, ayah, rajin-rajinlah makan ubat ye”, sedangkan kita sendiri pun tak tahu apa ubat yang dia makan, untuk apa, dah berapa lama.

Bukan apa, orang kita hari ini dah terbiasa, macam dah terdidik dalam fikiran, “biasalah tu..sakit orang tua..”. Sakit tua dengan sakit semasa tua akibat daripada ketidaksedaran masa muda lain tau.

Sekali sekala tanyalah diri sendiri pulak, mahu ke kita bila tua-tua esok dapat sakit begini, terpaksa bergantung dengan ubat sampai perut kenyang dek kerana masa muda tak pernah kisah, tak pernah ambil tahu. Lebih mendukacitakan lagi kalau belum tua pun dah dapat sakit, sebab penyakit memang datang tak kenal usia.

Sumber Rujukan :

  1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Darah_tinggi
  2. http://www.healthline.com/health-slideshow/what-considered-high-blood-pressure#2

1,098 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation