DAHSYATNYA DHA DALAM MINYAK IKAN!

Sebagai seorang wanita, menjadi seorang ibu dan memiliki sekurang-kurangnya seorang anak ialah perkara terindah yang mampu membuat hidup semakin sempurna. Oleh kerana itu, setiap ibu selalu bersedia, berusaha dan berjuang mempersiapkan semua keperluan si kecil mulai dari dalam kandungan hingga si kecil menghirup nafas pertama kalinya di dunia.

Keperluan yang sangat penting bagi ibu hamil ialah nutrisi yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diambil sepanjang tempoh kehamilan, semuanya untuk memberikan yang terbaik pada si buah hati. Nutrisi yang betul, lengkap dan seimbang yang diambil semasa kehamilan akan mempengaruhi perkembangan janin dan juga otak si kecil. Salah satu nutrisi yang berpengaruh besar dan berperan aktif untuk perkembangan otak si kecil adalah bernama docosahexaenoic acid atau lebih popular dikenali dengan nama DHA.

DHA

DHA, perkatan ini sudah familiar didengari di telinga kita, selalunya melalui iklan-iklan di televisyen mahupun radio. Namun sebahagian ibu dan masyarakat masih tidak faham apa itu DHA, apa fungsi DHA bagi perkembangan otak si kecil dan bagaimana DHA berperanan membantu kemajuan belajar si kecil.

Oleh itu, mari kita sama-sama berkongsi informasi mengenai dahsyatnya DHA untuk perkembangan otak anak di waktu-waktu penting tumbesarannya.

4934

Apa itu docosahexaenoic acid atau DHA ?

DHA (docosahexaenoic acid ) ialah sejenis asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) berantai panjang yang berada dalam setiap sel tubuh. Ia merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan tubuh badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.

DHA sangat penting dan diperlukan untuk perkembangan otak sejak hari pertama kehamilan sehingga 18 bulan usia bayi selepas kelahiran.

Apa fungsi dari docosahexaenoic acid atau DHA ?

DHA merupakan lemak utama yang memiliki fungsi penting dalam menyokong pembentukan otak, retina mata dan sistem saraf pusat. Ia penting semasa kehamilan ketika otak, mata dan saraf janin sedang berkembang. Janin bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk khasiat yang diperlukan. Dengan itu, ibu perlu mengambil makanan yang mengandungi DHA dan asid-asid lemak perlu lain yang mencukupi untuk menyokong perkembangan otak dan mata bayi yang optimum.

DHA di dalam sel tubuh bayi membantu bayi untuk tidur lebih nyenyak, membantu perkembangan daya penglihatan janin, dan menguatkan fungsi visual. DHA dapat meningkatkan kemampuan belajar dan fungsi kognitif otak anak. Anak-anak yg diberikan cukup DHA juga terbukti mencatat markah IQ yang lebih tinggi!

Dalam hal ini fungsi DHA jelas mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan otak, mata dan juga sistem saraf si kecil mulai dari dalam kandungan. Banyaknya DHA yang dibekalkan ketika janin berada di dalam rahim bergantung kepada pengambilan nutrien si ibu ketika hamil lagi.

Pengambilan makanan seimbang semasa hamil dapat diperolehi dari sumber ikan laut terutama salmon, tuna, sardin, herring, patin, mackerel, kerang dan telur. Sementara DHA yang dinikmati si kecil setelah dilahirkan diperoleh dari penyusuan susu ibu sehingga usia bayi 2 tahun, pengambilan ikan laut dan susu formula yang mengandungi DHA.

Kekurangan DHA ketika kelahiran akan mengakibatkan bayi mengalami berat badan yang kurang, ukuran lilit kepala yang pendek, dan ukuran plasenta yang rendah. Akibatnya perkembangan sistem saraf pusat dan kemampuan kognitif ketika tumbesarannya juga akan turut terpengaruh.

Menurut (Brithis Medical Journal, Inggris: 2001). Kekurangan DHA juga akan menyebabkan kekurangan serotonin dalam otak dan menyebabkan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), penyakit Alzheimer, dan tekanan.

Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3  yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic).

EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan.

DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu.  Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di  dalam pembelajaran.

Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung ?

Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa  ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3  yang  kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak.

OMEGA-3, EPA & DHA UNTUK KEHAMILAN DAN PENYUSUAN

Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk menghasilkan susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet  seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di  kalangan bayi.

Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan.  Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang,  mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.

Adakah Selamat Untuk Mengambil Minyak Ikan Semasa Mengandung ?

Pengambilan kualiti minyak ikan yang tinggi adalah selamat semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) sering boleh mengandungi toksin seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh disingkir semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan proses penapisan yang maju. Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA yang ketara lebih tinggi dalam otak mereka.

Oleh itu, kesimpulan yang boleh dibuat adalah pengambilan supplement DHA oleh ibu mengandung dan menyusukan (susu ibu) mampu meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi dengan ketara berbanding sebaliknya.

Apakah Makanan Yang Mengandungi Omega-3 (EPA + DHA) ?

Sumber EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon,  mackerel, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan herring. Ramai orang yg risau tentang  kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin  ataupun suplemen adalah paling selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.

Dos Yang Disyorkan

Pakar dari National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ISSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300mg DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusukan bayi nya.

Pengambilan kualiti minyak ikan yang tinggi adalah selamat semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) sering boleh mengandungi toksin seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh disingkir semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan proses penapisan yang  maju.

Sesetengah jenama minyak ikan adalah kualiti yang lebih tinggi daripada yang lain. Pengeluar minyak ikan bereputasi tinggi boleh menyediakan dokumen keputusan makmal pihak ketiga yang menunjukkan tahap ketulenan minyak ikan mereka. Minyak Ikan Omega Guard berjenama Shaklee mempunyai kualiti dan dan berupaya menunjukkan tahap ketulenan minyak ikan yang tinggi.

5210

Berapakah Minyak Ikan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Mengandung ?

ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah mengeluarkan carta dos saranan pengambilan minimum yang disyorkan: • Bayi (1-18 bulan): 0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA

  • Kanak-kanak (1,5-15 yrs): 15 mg / lb EPA + DHA
  • Dewasa (15-115 yrs): 500 mg EPA+DHA (Dengan sekurang-kurangnya  220mg EPA dan 220 mg DHA)
  • Wanita mengandung dan menyusu: 300 mg DHA setiap hari

Walaupun terdapat banyak susu formula untuk wanita hamil & bayi yang mengandungi DHA di pasaran, hakikatnya paras kehadiran DHA di dalam susu formula tersebut lazimnya masih rendah dan tidak mencukupi. Oleh yang demikian, supplemen tambahan masih lagi diperlukan dan sangat disarankan untuk diambil.

Selain itu, sesetengah kajian turut menyarankan paras DHA yang mencukupi dalam diet seorang ibu yang baru melahirkan anak mungkin memainkan peranan dalam membantu mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan emosi ibu tersebut selepas melahirkan anak.

5109

Wah, sungguh dahsyat bukan?

Dapatkan Omega-3 daripada minyak ikan, dah ketahuilah betapa dahsyatnya DHA dalam minyak ikan tersebut!

SMS/WhatsApp/Call :

Nusaybah 019-3832656

1,764 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation