DAH SETAHUN UMUR ADIK, HAPPY BIRTHDAY DARLING!

Dah setahun umur adik. Pejam-celik, pejam-celik tiba-tiba je. Singkatnya masa. Macam baru semalam menahan sakit contraction.

Sempena tibanya hari kelahiran adik yang ke-1 semalam, ibu rasa nak tulis sesuatu tentang adik. Puteri kedua ibu yang lahir seminggu awal sebelum EDD. Expected 16 September (Hari Malaysia), tapi akhirnya adik keluar 09.09.2014, jam 5.05 pagi waktu Malaysia.

Ain Sufi Bt Mohamad Khairi nama diberi. Tak dirancang sebenarnya. Konon nak nama lain, tapi end-up lain pulak. Nama yang tiba-tibe je dipilih bila ibu dan abi nampak mata kamu yang bulat, galak dan besar itu.

Ain = Mata. Memang mata kamu cantik. Ibu suka. Jatuh Cinta. (sesi puji memuji anak sendiri. sila muntah kat tepi kalau tak redho)

Sufi = Ilmuan yang mendalami ilmu tasawuf. Mata seorang ilmuan, yang sentiasa ingin mencari dan memperjuangkan kebenaran, menyucikan dirinya daripada kekotoran dan dosa, zahir dan batin.

Tambah pula bila sebut sufi, tenang dan lembut je rasa. :)

ain sufi

 

 

 

 

 

 

Bila disenaraikan, memang banyak beza adik dan kakak. Dari segi kulit, sikap, telatah, perangai, also growth atau perkembangan. Soal rupa pulak, ramai yang kata lain sangat, tapi as a parents, ibu dan abi nampak memang ada persamaan. Ada iras-iras. Dah namanya adik-beradik, keluar dari rahim yang sama, darah daging dan keturunan yang sama.

Di usia satu tahun ni, adik dah tunjukkan beberapa progress yang ada diantaranya buat ibu rasa ia sangat cepat. Ibu listkan kat sini supaya esok-esok ibu tak lupa walaupun kamu dah up title jadi kakngah ya. :)

1. Berjalan – Mula berdiri tegak dan melangkah sejak 9 bulan. Ibu kuat mengatakan salah satu faktor utama ialah badan kamu yang tegap macam abi. Cukup kalsium daripada susu ibu yang yummy. Sekejap je ibu dapat menikmati momen kamu sebagai seorang baby sebab at 10 months old kamu dah boleh berjalan. Bukan menapak-jatuh lagi, tapi berjalan terus. Laju.. Berbeza dengan kakak Nasuha yang setahun 2 bulan baru dapat lesen L. :)

2. Suap makanan sendiri – Ain Sufi memang suka sangat kalau ibu bagi dia pegang makanan. Sampai comot-comot kena baju semua dan yang penting habis. Mana taknya, gigi dah ada 8 batang. Kat atas saje 6, bawah 2. Seronoklah dia mematahkan biskut dan mengunyah nasi. Nak makan benda pejal-pejal, yang ada tekstur. Kalau bagi bubur, sengaja disembur-semburkannya aje. Pasal selera toksah cakaplah, so far semua dia tak tolak. :)

3. Faham pertuturan dan arahan ringkas – Memang. Selalu bila nampak ibu pegang mangkuk nasi je, bila ibu suruh duduk elok-elok nak makan, cepat-cepat dia duduk bersila. Kenkadang siap silang kaki. Sama juga kalau ibu minta barang yang dia tengah pegang or ibu panggil dia suruh datang dekat. Terkedek-kedek dia melangkah datang kat kita. Tonggek pun boleh tahan. Melting sungguh rasa. :)

4. Memberi respon dan tindakbalas – Haaa..bab respon ni memang ketara sangat bila dia nampak ibu lalu lalang tengah rumah tapi buat taktau dan tak nampak dia. Dengan serta merta boleh melalak, macam sakit-sakit pulak. Walhal sebelum tu elok je lembang mainan or gaduh dengan kakak. Then, automatik terus diam bila kita dukung dia, macam ada tekan punat switch-off pulak. Masa ni, kalau abi nak amik pun dia tamau. Siap boleh berpaling dan paut ibu kuat-kuat lepastu sengih. Buat abi sakit hati. Mesti ramai ibu lain pun yang facing the same thing kan? Power betul kan aura mak-mak nih? hehehe… :)

5. Memegang peralatan atau barang – Yang ni boleh kata semua baby yang dah setahun memang dah berupaya pegang barang-barang. Penting ni, sebab menggapai barang dan menggenggam melibatkan kemahiran motor, yang memerlukan pergerakan otot-otot dan anggota tubuh. Memang sepatutnya dah establish masa umur ni. Menguji kebolehan dan kemampuan otak mereka juga. :)

6. Pandai menyebut beberapa perkataan – hempsss.. Masuk umur setahun ni, adik belum dapat sebut apa-apa perkataan lagi setakat ni. Sesekali berbunyilah “ehmmpps”… atau “ammmphh”.. especially bila dia marah or nak panggil kita. Boleh tahan garang juga anak dara ni. Orang kata, sebutan vokal aaa lebih senang disebut berbanding yang lain-lain. Nasiblah, sebab kami pilih ibu dan abi sebagai panggilan manja anak-anak.. :)

7. Boleh menstabilkan diri apabila memanjat – Stabil sangat. Panjat tangga sampai ke atas dah. Sambil nangis, dia boleh ikut ibu naik sampai ke bilik budak nih. Bahaya betul. Yang tak tahan tu, time nak turun dia teragak-agak nak step. Gayat barangkali. hihihi. Yang terbaru, dia dah boleh fikir untuk reversekan punggung ke belakang untuk turun dari katil. So lepas ni dah boleh tidur atas katil balik. yeay! :)

8. Dari segi kesihatan pulak, ibu rasa kamu dan kakak tak banyak beza. Kalau kakak, pertama kali admitted di wad masa umur 6 bulan, kamu pulak seawal usia 4 bulan lagi dah dapat tawaran yang sama. Hospital yang sama, tetapi kes yang sedikit berbeza. Kakak disahkan ada bronchopneumonia, tetapi awak pulak sekadar bronchitis. Sebab adik-beradik kot. :)

Mungkin juga sebab sejak mengandungkan kamu, ibu memang mengamalkan pengambilan nutrisi tambahan yang ibu tahu sangat penting untuk tumbesaran, pertumbuhan dan kesihatan bayi dalam kandungan. Lagipun ibu memang percaya, kita adalah apa yang kita makan, kan?!

Waktu tidur pun dah lebih tersusun dan berjadual. Smooth je dari malam sampai pagi. Dah kurang tidur siang pun ye jugak. Penat dengan rutin baru dekat sekolah sejak-sejak dah naik kelas baru ni ye dik? :)

Buat Ain Sufi, terima kasih sebab telah membantu ibu back to berat badan normal seperti yang diidam-idamkan oleh semua mak-mak yang mengandung dan melahirkan. My breastfeed baby. Ibu halalkan setiap titis susu ibu yang mengalir dalam tubuh kamu.

my breatfeeding darlings

 

 

 

 

 

 

 

 

Selamat Hari Lahir. Ibu, abi dan kakak Nasuha saaayanggg kamoooo ketat-ketat!!!

749 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation