COMMON SENSE BILA BERTANYA KHABAR IBU SELEPAS BERSALIN, ATAS PENGALAMAN SENDIRI

Bila baca kisah guru wanita yang viral sejak beberapa hari lalu, saya pesan kat abi, “abi lepas ni nanti rajin-rajin la call ibu tanya khabar di siang hari”

Kalau arwah dah 48 hari, saya masuk harini baru hari ke 19. Nak cheating makan pun still takut-takut lagi.

Saya ada tulis tentang ini di Kenapa Penting Sangat Kena Suntik Ubat Cair Darah Selepas Bersalin Pembedahan

Method of delivery kami sama.

Yes, bersalin kali ni saya ceaser. Emergency LSCS. Berkali ganda rasanya sakit daripada pengalaman beranakkan 2 orang anak dara sebelum-sebelum ni.

Saya dah rasa dua-dua. Memang totally agree yang kalau dah namanya beranak, memang sakit tu takboleh nak escape.

Bersalin memang sakit. Antara hidup dengan mati. So janganlah lagi ada yang bangkitkan isu bersalin normal vs ceaser. Betullah sakit cara masing-masing tapi above all ianya memang sakit dan menyakitkan.

Macamana bunyi berlagak pun orang kalau dia kata urusan bersalinnya mudah sangat…

Cervix dilation dia cepat, boleh update status sambil layan contraction atau terus up gambar jari comel baby walau masih dalam labor room, hari kedua kena belah perut pun dah boleh jalan berdesup macam lipas kudung (ok ini hiperbola)…

Janganlah dikau terpedaya mahupun percaya yang dia tak lansung rasa sakit nak keluarkan budak 2-4 kilo tu.

Apapun ceritanya, semua tu sebab memang kaum wanita ni dah diciptakan Allah begitu. Kebal. Naluri keibuan dan perasaan kasih sayangnya tebal. Mampu berkali-kali menahan kesakitan yang tak terjangkau dek akal. Tanpa serik.

Sedih sangat rasanya nak ulas. Bagaimanalah agaknya perasaan suami dan keadaan anak-anak yang ditinggalkan. Itupun ada yang persoalkan kenapa dia pantang takde mak or mertua, kenapa si suami tak telefon dan macam-macam lagilah soalan yang pedih-pedih semuanya.

Masing-masing lupa, kalau tak ada benda baik nak cakap or tulis, lebih baik diam dan simpan je dalam hati takpayah bising-bising atau gatal tangan main fesbuk.

Terbayang apa yang dirasai arwah. Ni saya pun baru je pasang hajat nak balik berpantang kat rumah sendiri. Rindu sangat dah rasanya hati ini. Mujurlah mama berkeras tak bagi. Padahal rumah satu taman je. Kongsi lorong yang sama lagi.

Kemain kan. Baru je rasa badan sihat sikit. Asal dah boleh bangun takde orang tolong, dah boleh tawaf satu rumah, dah boleh hulur tangan kat dapur kupas bawang dan potong sayur..teruslah nak beraksi jadi supermak.

Orang perempuan ni memang macamtulah. Selalu rasa diri tu kuat, mampu buat semua, larat serba serbi. Sebab dah namanya perempuan. Makhluk paling unik.

Nanti bila ada mood, nak tulis pasal pengalaman paling bermakna bersalinkan adik boboi ni. Kalau ada mood lah. Nak catat buat kenangan esok lusa.

Ada dah sebenarnya yang menerjah dengan soalan-soalan ni masa di wad haritu.

Sengaja tak reply sebab firstly memang nak uruskan diri sendiri pun tak mampu masa tu. Kedua, rasa macam biadap jugak bila ada yang terus tanya “kenapa ceaser?” di saat kau rasa sepatutnya dia mendokan kau agar segera sembuh dan diringankan rasa sakit.

Memanglah. Soalan begini memang diminati ramai orang. Bersalin normal ke ceaser? Hospital swasta ke gomen? Baby berapa kilo?

Entah. Rasa macam menang dan puas hati kot bila dapat tau orang tu kena ceaser dan kau pulak anak 11 orang bersalin normal semua.

Macam saya lah, kerek dah anak no.3, tak prepare sangat pun part nak bersalin sebab konon dah tau gambarannya macamana. Dan Allah uji rasa sakit kat dua-dua tempat, atas bawah rasa. Memang tak expect lansung akan ikut tingkap.

Bukan tak boleh tanya. Bukanlah salah kau nak tunjuk concern, tapi biarlah kena dengan timingnya. Saat-saat macamtu, hati orang yang tengah sakit memang fragile macam kaca dan sungguh mudah cedera. Mohon jangan di”parah”kan lagi dengan ayat bisa berbisa.

We are truly Malaysian.
Tersangat mengambil berat hingga buat orang rasa annoying.

Jangan takut. Ini bukan marah. Cuma nak prektis balik menaip panjang-panjang warm up jari yang lama cuti. *mode update blog sedang membara.

17 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation