CERPEN KAKNGAH : SAMBAL TUMIS IKAN BILIS TANDA KASIH SAYANG BERPANJANGAN

#ninesiblings

#cerpenkakngah

1620712_10151989847091938_297680607_n

Ini cerpen petang ahad :
Baru selesai makan.. bawa bekalan ke ofis sbb ada tugas.. hidangan kedua nasi lemak utk hari ini.. Bangkit pg td, usai solat subuh terus berkungfu di dapur menyiapkan sarapan.. 2 org adik kesayangan blk berhujung minggu.. nak mkn nasi lemak kakngah katanya.. ditakdirkan Allah, sy ini kakak sulung kpd 7 adik.. ada seorang abang, 6 lelaki dan baki yg 2 lagi geng gossip sy.. Ya, mama abah sy ada 9 org anak kesemuanya..

Dulu sy tak pandai buat sambal tumis yg cukup sifat dan menjilat jari.. Sehinggalah sy bersuami, dianugerahkan seorang ibu mertua yg cekap memasak, tidak lokek tips dan sgt menyenangkan hati.. sy berguru di dapur dengannya dan Alhamdulillah berkat ilmu itu anak lelakinya dan adik-adik sukakan sambal nasi lemak yg sy buat.. Saat ini sy terkenangkan arwah mak.. Mak, sy rindu betul pd mak..

Sebelum kahwin, bakal suami sy selalu pesan, redha Allah terletak pada redha ibu bapa..redha org tua.. walau sekecil mana gaji bulanan, walau sebesar mana pangkat di pejabat.. subjek yg berdua itu tetaplah yg paling utama..

Lepas kahwin, dia pesan lagi, psl tanggungjawab, syurga sy dan syurga dia.. Dia masih punya ayah dan ibu..yg seusia nenek sy..yg sedia maklum ada temujanji hospital setiap bulan, yg perlu selalu dijenguk dan dijaga kebajikannya.. Pd mulanya sy janggal, tak biasa kerap ditinggalkan sang suami, sampai menangis, juga kadangkala merajuk, tp saban minggu dan bulan sy semakin faham dan mengerti betapa indahnya apa yg Islam ajar dan terapkan dlm kehidupan kita..

Masa bujang dulu saya pernah terfikir..nak cari suami yg anak bongsu atau tunggal..senang, kakak abg dah besar-besar.. adik tak ada, so tak bnyk tanggungjawab.. Walhal, sy sendiri ada 9 adik beradik dan sy mahu suami sy nanti turut sama mengambil berat akan adik-adik sy.. tak cukup dgn itu, sy juga nak tengok dulu bakal suami sy tu mcmana hubungan dia dgn ibu nya sbb kata org kalau nak cari suami, nak tau mcmana kualiti dia, tgk mcamana dia melayan ibunya.. mcmtu lah nanti dia melayan isteri.. manusia, memang sentiasa mahukan kesempurnaan..

Then, memang Allah kabulkan permintaan sy tu..sy dpt suami anak bongsu.. tapi sy tersilap tanggapan, tak habis fikir masa berangan.. akan hakikatnya, anak lelaki, tanggungjawab nya tak pernah putus pd kedua org tuanya.. berdosa jika sy berkecil hati sekiranya dia mendahului mereka.. benar, sy bukanlah seorang anak, isteri dan menantu yg cukup serba serbi.. Love is not enough for a marriage to last, it’s all about sharing and understanding your other half…

Sy selalu dengar petikan hadis ini di Radio IKIM.. Hadis Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kpd Nabi Muhammad SAW, maksudnya :
“Siapakah yg perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Maka jawab Nabi, “Ibu kamu”
Selepas itu? “Ibu kamu”
Selepas itu? “Ibu kamu”
Dan kali keempat lelaki itu bertanya lagi, selepas itu siapa Ya Rasulullah?
Kemudian jwb Nabi “Ayah kamu”..
Menceritakan betapa tingginya nilai seorang ibu dalam islam..

Sy sungguh kesal jika ada anak2 di luar sana yg setelah berkahwin mengenepikan perasaan ibu yg sekian lama mendidik dan membesarkan, hanya kerana kewujudan sekeping lg hati baru dlm kehidupan berumahtangganya.. yg belum tentu pun brp tahun boleh bersama saat suka duka.. sedangkan sehingga dia menemui ajal pun, si ibu tidak akan pernah sekali tenang hatinya jika anaknya itu ditimpa apa jua masalah mahupun musibah.. acapkali airmata lah teman setia di kala dia merindui dan mendoakan si anak..

Isteri, tempatnya di sisi suami, jika dia taatkan suami (selagi tidak bertentangan dgn ajaran agama), maka di sisi Allah jugalah tempatnya..

Semoga sy berpeluang menjadi yg lebih baik, walau telah kehilangan doa dari seorang lg ibu yg sentiasa sy rindui.. Alfatihah buat mak dan apak.. Terima kasih Allah krn mengurniakan sy seorang suami sebaik anak mak ini.. walau dia tidak sempurna tetapi kekurangannya itulah juga yg melengkapkan kami..

1,803 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation