CEKODOK PISANG MEALSHAKES SEDAP

#backdated entry

Petang-petang hujan begini syoknya dpt layan cucur ke, cekodok ke, fritters pun sodap.

Sejak-sejak fenomena resepi yg bertaburan di laman social ni, dah banyak yg saya pun terjebak sama..

Bulan lepas demam potato fritters, lepas tu kek coklat moist, lepas tu pulak jeruk asam boi, macam-macam lah!

Tapi, entah… sejak akhir-akhir ni rasa berminat pulak dengan pisang. Kalau dulu, pisang antara buah yg sy tak berapa gemar.

Kalau diberi pilihan masa tengah sembelit, saya akan pilih betik daripada pisang. Papaya is better than banana.  Itu saya lah..

Alkisah dah berapa hari nak hasilkan sesuatu daripada baki pisang Abu yang abi beli last week. Past few days dah buat pengat pisang akibat rasa teringin sangat nak makan. Drpd nak buat goreng pisang sampai dah lembik pun pisangnya tp tak buat-buat jgk..hehehe..

So hari ni timbul idea nak buat cekodok aje. Sayang pulak menengok pisang yg agaknya kalau boleh bercakap memang merayu tak kasi buang.

Tapi, tengah-tengah lenyek si pisang dlm mangkuk tiba-tiba nmpk mcm sikit pulak..herm..

Tiba-tiba dpt idea. Tinggg!!
Eh, kita tambah secret recipe lah. Kasi taruk 3 sudu besar. Adunan pertama mcm terlembik skit. Add on lg tepung gandum and barulah ok!

Yg sedihnya, blum sempat mkn or snap picture, tau-tau dah tinggal seketul aje.. 1st trip yg terlembik dan melekat-lekat tu pun licin! Oh my!

meow

Tak sempat bgtau dlm tu ada ramuan rahsia. (Baca : tawa dlm tangisan). Sedih tp hepi sgt sbnrnya sbb cekodok ai laku keras tau..

Tu belum story lagi berapa kali abi keluar masuk dapo gara-gara bau nya yg harum semerbak satu rumah.. :)

Lepas hapdet di fesbuk pasal resepi ciptaan ni, ade pulak yang mintak full resepi.

Untuk buah hati masing-masing yea??

So, kita layannnnzzz..

pisang fritters

RESEPI BANANA MEALSHAKE FRITTERS

BAHAN-BAHAN

  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (selalu tak letak, tp sbb benda ni dah duk ada kt umah baki buat kek haritu)
  • 8-10 biji pisang
  • 1 setengah cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar gula perang (kalau tak ada, biasanya saya guna gula pasir putih)
  • 1/2 sudu kecil garam

* dan akhir sekali, ramuan rahsia 3 sudu besar mealshakes :)

* sesuaikan bahan adunan dengan kuantiti pisang yg ada ya!

Minyak utk menggoreng

CARA-CARA

  1. Kupas pisang satu persatu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan
  2. Lenyekkan pisang sehingga hancur dan tiada lagi ketulan (saya guna penekan burger :))
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
  4. Tambahkan soda bikarbonat ke dalam adunan dan gaulkan lagi
  5. Kaup perlahan dan sebatikan adunan sehingga sesuai untuk dicekup dengan jari menjadi cekodok
  6. Tambahkan tepung gandum secukupnya jika adunan terlalu lembik (untuk mengelakkan cokodok melekat-lekat)
  7. Panaskan minyak dan gorengkan cekodok comel-comel (baunya sedap sangat ok!)
  8. Balik-balikkan dan angkat bila warnanya sudah bertukar coklat
  9. Sedia dihidang

seketul cekodok

Tadaaa… sedap dan so called CEKODOK PISANG SEDAP MEALSHAKES ATAU NAMA GEDIK HEALTHY BANANA MEALSHAKE FRITTERS!

*Padanlah adik ipar ai yg preggy tu pun gigih mengunyah walau rupa dia xsemenggah lansung. Adik bongsu ai pulak kata rs dia mmg lain mcm, xserupa dgn cekodok pisang biasa. lemak-lemak berkrim gitu! Ai sendiri? Xsempat nak rasa..sob sob..

Bagus tau suka makan pisang, selain sebagai pembekal tenaga segera, ia juga tinggi kandungan potassium dan sarat dgn fiber tau! Pernah terfikir tak kenapa monyet-monyet sekalian sukses sgt bergayut dari satu pokok ke pokok lain tak jatuh-jatuh? Boleh jadikan habit makan pisang ni.

 

Nak copy resepi cekodok pisang sy ni utk si kecil? Boleh, tp ofkos la kena beli mealshakes dulu. PM saya ye!

Nusaybah Anuwar 019.383.2656

‪#‎kisahsemalam‬
‪#‎mymealshakefritters‬
‪#‎cekodokmealshakesaya

824 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation