CEGAH DAN KAWAL PRE-EKLAMSIA KETIKA HAMIL ELAK DIPAKSA BERSALIN SEBELUM MASANYA

Pre-eklamsia adalah gejala di mana terjadinya tekanan darah tinggi (hipertension) ketika hamil yang disertai dengan 3 gejala yang berkait rapat dengannya seperti tekanan darah yang meningkat di atas 140/90 mmHG, anggota badan yang membengkak, dan terdapatnya protein di dalam air kencing ibu.

Preeklampsia biasanya terjadi pada trimester ketiga kehamilan dan pada kebanyakan kes, ibu-ibu ini akan bersalin lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin yang telah diberikan sebaik sahaja mereka mengesahkan kehamilan.

cara mengatasi darah tinggi semasa mengandung yang membahayakan

 

 

 

 

 

Ada juga di kalangan ibu hamil yang lansung tidak mengetahui dan “tak pernah dengar” tentang istilah pre-eklamsia ini, kerana apa yang mereka tahu hanyalah simptom darah tinggi yang terjadi ketika mengandung.

Sebenarnya terdapat 3 keadaan darah tinggi (hipertension) di kalangan ibu hamil termasuklah :

  • 1-5 % hipertensi yang berlaku sebelum mengandung
  • 5-10 % hipertensi yang berlaku semasa mengandung (akibat mengandung)
  • 25 % disebut sebagai pre-eklamsia

Ini sebenarnya adalah sesuatu yang merbahaya kerana ia dikatakan berkait rapat dengan masalah jantung dan diabetis dalam jangka masa panjang, dan boleh juga berlanjutan sehingga selepas kelahiran berlaku.

Ibu hamil yang menghidap penyakit darah tinggi yang berpunca daripada pre-eklamsia mempunyai risiko sebanyak 57% lebih tinggi untuk terjadinya pengerasan kalsium pada arteri atau disebut juga sebagai atherosclerosis yang memberi kesan terhadap penyakit jantung.

Patuhilah cadangan dan doktor mengenai diet, senaman dan amalan rutin yang boleh dilakukan seperti :

1. Berehat dan berbaringlah secara mengiring pada sisi kiri tubuh agar bayi tidak menindih salur darah

2. Patuhilah jadual pemeriksaan kandungan yang telah diberikan walaupun terasa ianya seperti “sangat kerap”

3. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan. Hanya gunakan sedikit sebagai penambah perisa.

4. Jauhi makanan segera dan bergoreng yang berminyak dan tidak sihat

5. Minum sekurang-kurangnya 3 liter atau 6-8 gelas air masak setiap hari

6. Hindari alkohol dan minuman berkafein dalam diet

7. Kerap lakukan pergerakan dan mengangkat kaki beberapa kali dalam sehari

8. Ambil suplemen tambahan untuk mengawal tekanan darah tinggi

Antara amalan petua yang mujarab dan berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi ialah bawang putih. Selain tinggi kandungan allicin bawang putih berupaya mengelak pembekuan darah seterusnya dapat mengelak terjadinya tekanan darah tinggi. Bawang putih juga boleh menghasilkan kolesterol HDL yang baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dalam tubuh.

Setiap 2 biji tablet Garlic Shaklee dengan kombinasi ekstrak herba rosemary dan spearmint bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar.

Kebanyakan ibu hamil yang menghidap pre-eklamsia dapat melahirkan bayi yang sihat tanpa komplikasi kelahiran sekiranya dapat dikawal dengan baik sejak di peringkat awal.

Gangguan peredaran darah pada plasenta adalah sesuatu yang sangat dibimbangkan kerana selain boleh membahayakan nyawa ibu, ia juga mengakibatkan bayi lahir dengan berat badan yang kurang walaupun si ibu telah mengalami peningkatan berat yang sangat banyak.

Ia juga boleh menyebabkan berlakunya kelahiran pramatang, dan beberapa lagi komplikasi lain lanjutan daripada kelahiran pramatang seperti sukar menerima pelajaran (slow learner). celeberal palsy, serta masalah pada pendengaran dan penglihatan.

Sehingga hari ini, masih belum ada lagi cara atau kaedah yang khusus untuk mencegah pre-eklamsia yang hanya terjadi kepada ibu hamil. Oleh yang demikian, langkah-langkah pencegahan dan pengawalan adalah wajar bagi mengelak berlakunya sesuatu yang tidak diingini baik pada ibu atau bayi yang bakal lahir kelak.

991 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation