*EBM : Expressed Breast Milk.

Suhu Bilik : 16 – 29’C

Susu ibu boleh bertahan di suhu bilik sehingga 8 jam, bergantung kepada condition ebm tersebut samada masih segar, sudah dibekukan atau sudah melalui proses thawed dan dipanaskan.

  • Air susu ibu segar : 3-4 jam (optimum, 6-8 jam (maksimum).
  • Air susu ibu yang sudah dicairkan: sehingga 4 jam.
  • Air susu ibu yang sudah dipanaskan : Diminum dan dihabiskan secepat mungkin.
  • Air susu ibu yang sudah diminum: 1 jam dan buang jika masih berbaki.

Dalam Cooler Bag + Aispack/Icebrick : 4 – 15’C

Dengan penyimpanan cooler bag yang ditambah dengan aispack/icebrick air susu ibu yang masih fresh boleh bertahan selama 1 hari, 1 malam (24 jam) :

  • Air susu ibu segar : 24 jam.
  • Air susu ibu segar yang sudah dipanaskan : Tidak disarankan untuk diberikan pada bayi.
  • Air susu ibu segar yang sudah diminum : Dibuang adalah langkah terbaik.

Peti Sejuk : 0 – 4’ C

EBM yang disimpan di dalam peti sejuk dengan suhu 0’C – 4’ C boleh bertahan maksimum sehingga 8 hari. Tetapi walaubagaimanpun, ketahanan ini juga bergantung pada condition ebm tersebut samada masih segar ketika disimpan atau sudah melalui proses pemanasan :

  • Air susu ibu segar : 3 hari (optimum, 8 hari (maksimum).
  • Air susu ibu yang sudah dicairkan : 24 jam, lebih dari itu tidak diketahui sejauh mana ia selamat untuk diberikan kepada bayi.
  • Air susu ibu yang sudah dipanaskan : 4 jam.
  • Air susu ibu yang sudah diminum : lebih baik jika terus dibuang

Peti Sejuk 1 Pintu : -15′ C

Peti sejuk 1 pintu dapat menyimpan ais susu ibu maksimum selama 2 minggu. Tetapi untuk baki air susu ibu yang sudah diminum oleh bayi, ia tidak lagi boleh disimpan dan bertahan hanya dengan penyimpanan di peti sejuk beku ini :

  • Air susu ibu segar: 2 minggu.
  • Air susu ibu beku yang sudah dicairkan : tidak boleh dibekukan semula.
  • Air susu ibu thawed yang sudah dipanaskan : tidak boleh dibekukan semula.
  • Air susu ibu yang sudah diminum : lebih baik jika terus dibuang.

Peti Sejuk 2 Pintu : -18’C

Penyimpanan air susu ibu dalam peti sejuk 2 pintu (-18’C), adalah seperti berikut :

  • Air susu ibu segar : 3 -6 bulan.
  • Air susu ibu beku yang sudah dicairkan : tidak boleh dibekukan semula.
  • Air susu ibu thawed yang sudah dipanaskan : tidak boleh dibekukan semula.
  • Air susu ibu yang sudah diminum : lebih baik jika terus dibuang

Peti Sejuk Mini Bar : kurang dari -18′ C

Kebiasaannya peti sejuk jenis ini suhunya adalah lebih rendah dari -18′ C, boleh menyimpan air susu ibu segar hingga ketahanan maksimum selama 12 bulan :

  • Air susu ibu Segar: 6-12 bulan.
  • Air susu ibu beku yang sudah dicairkan : tidak boleh dibekukan semula.
  • Air susu ibu thawed yang sudah dihangatkan : tidak boleh semula.
  • Air susu ibu yang sudah diminum : lebih baik jika terus dibuang.

*Simple Formula : Proses penyimpanan air susu ibu tidak boleh mengulangi proses yang sama berulang kali. Contoh : sudah dibekukan sekali, setelah dicairkan tidak lagi boleh dibekukan semula.

Tip penggunaan peti sejuk yang betul – Sumber

  • Bagi memastikan peti sejuk berfungsi dengan baik ia mesti diletakkan di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik dan jauh dari sumber haba dan cahaya matahari.
  • Pastikan julat suhu diruang peti sejuk di bawah 4°C untuk ruang pendingin peti sejuk (chiller) dan -18°C hingga 0°C bagi ruang sejuk beku (freezer). Suhu yang lebih tinggi akan merosakkan makanan yang didinginkan dan suhu yang lebih rendah akan menyebabkan masalah pembekuan.

Sharing is Caring!

Life is a Story

Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”