CARA NAK LETAK VIDEO VIMEO DI WORDPRESS ENTRY

Sehari dua ni tak berapa nak ada idea apa nak tulis dalam blog entri. Tapi misi berblog harus diteruskan sebagai cabaran untuk diri sendiri.

Belek-belek secret group yang paling gempak di FB, ada plak challenge untuk menang iPhone6 Plus. haih, mace-mace sungguh la apak Zainul Anuar nih. Tapi apapun, terimo kasih banyok la ko demo sebab kasi idea kat hambo nak menulis dalam blog untuk beberapa hari ni.

Kalau dapat, itu rezeki. Dapat or tak dapat tak penting. Menang, kalah pun adat bertanding (walau dalam hati, syioknye kalaulah aku yg dapat!) Yang penting ada usaha di situ, Kalau tak menang iPhone sekalipun, saya dapat kemenangan atas diri sendiri sebab berjaya buat entry. Itu lebih bernilai utk kepuasan diri sendiri.

Oh ya, sebenarnya ni bukan kali pertama entry dibuat berdasarkan video. Dan saya dengan gembiranya telah menginstall plugin yang sangat best dan mudah untuk sebarang muatnaik gambar dan video termasuk vimeo juga.

Sudilah kiranya mendownload plugin yang best ini terlebih dahulu sebagai wordpress helper anda kelak!

https://wordpress.org/plugins/easy-media-gallery/

Buat pemblogger-pemblogger wordpress, saya dengan murah hatinya nak berkongsi sikit bagaimana cara nak up video tersebut ke laman entry anda.

Here We Go!

Step 1 :

Buka video yang dikehendaki. Sebagai contoh http://vimeo.com/110570049.

Walopun muka depan video ni seperti Seorang Pengetua Sekolah yg nak umumkan tarikh UPSR, sila optimis dan hayati hingga ke minit terakhir kerana isi kandungan videonya yg mantap dan padu okeeh!

Buka video pilihan

Step 2 :

Lalukan cursor ke simbol kapal terbang seperti dalam gambarajah. Akan terpapar perkataan Share.

vimeo2

Step 3 :

Klik pada ikon kapal terbang tersebut dan pop-up akan terpapar pada skrin.

Dapatkan source code pada ruangan Embed. Right click dan Copy.

vimeo4

Step 4 :

Buka blog dan Add New Post atau edit entry sedia ada.

vimeo5

Step 5 :

Klik pada menu insert daripada toolbar di atas ruangan entry details.

Perhatian. Bagi yang belum install plugin Easy Media Gallery, option seperti dalam gambarajah tidak akan kelihatan ya, harap maklum. Jadi, di sinilah pentingnya plugin yang dinyatakan. :)

vimeo6

Step 6 :

Klik pada Tab Embed. Paste source code vimeo pilihan anda di ruangan tertera.

vimeo7

7. Taip entry sesuka hati dan Klik Update untuk mengemaskini entry.

Semak semula kewujudan video vimeo anda samada melalui pilihan Preview atau View Post.

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

8. Setelah berpuas hati dengan entry, publish post baru anda untuk tontonan dan bacaan umum.

Siap!

Sangat cepat, senang dan mudah bukan?!

Cubalah hari ini juga! Tuah ayam nampak di kaki, tuah sendiri siapa yang tahu. :)

 

1,178 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation