CARA MENGENAL DAN MEMILIH PELAM HARUM MANIS ORIGINAL ELAK DITIPU HIDUP-HIDUP OLEH PENJUAL

Seminggu dua ni, ramai kawan-kawan yang bercerita tentang buah mangga harum manis yang kemunculannya bermusim, hanya setahun sekali. Musim harum manis adalah sekitar hujung bulan April, awal bulan Mei sehinggalah awal bulan Jun.

Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak sering saja menambat hati peminat-peminat mangga di negeri-negeri lain sekitarnya. Ada yang sampai sanggup order berkilo-kilo dan membayar harga yang tinggi hanya kerana ingin menikmati buah yang berbau harum dan sungguh manis ini. :)

Apa yang unik, buah mangga ini hanya tumbuh subur dan menjadi di kawasan utara tanah air, di negeri Perlis sahaja. Ia dikatakan hanya berbunga pada awal musim kemarau dan masak pada awal musim hujan. Jadi, tidak hairanlah jika ianya sering mempunyai permintaan dan mendapat tempat di hati peminat-peminat buah-buahan tempatan.

Masing-masing sibuk mengumpul order dan mencari-cari kenalan, mahupun kabel yang boleh menjadi orang tengah pembelian buah pelam yang harganya mencecah sehingga puluhan ringgit sekilo. Banyak juga syarikat dan orang persendirian yang menawarkan khidmat jualan termasuk pengeposan buah pelam ini ke seluruh Malaysia.

Ada yang sampai tertipu dan rasa ditipu apabila buah mangga yang ditunggu tidak seperti yang diharapkan. Ada yang jadi masam, ada pula yang manis tetapi tidak berbau harum seperti yang sering disebut-sebut. Keterujaan menikmati buah yang akhirnya diakhiri dengan kekecewaan.

Adakah mereka benar-benar ditipu atau sebenarnya mereka ini tidak tahu akan cara mengenal dan memilih buah pelam yang benar-benar sudah memenuhi kriteria untuk dikupas dan dimakan?

Disebabkan masih ramai yang tak pasti dengan info comel ini, di sini saya kongsikan beberapa panduan mengenal dan memilih buah pelam (mangga) harum manis yang sudah cukup matang dan rasanya juga manis :

1. Buah mangga harum manis ni mempunyai bentuknya yang tersendiri. Ia sedikit gempal, tidak terlalu besar dan tidak juga kurus lansing dan berbentuk runcing seperti buah mangga-mangga yang lain. Di hujung ekornya akan kelihatan seolah-olah dua bucu yang tidak tajam. Orang perlis kata ada “2 pungkoq” yang bermaksud “2 punggung” :)

perbezaan harum manis ori dan fake

 

 

 

 

 

 

 

 

2. Perhatikan dari pangkal buahnya, dan pastikan tidak banyak getah yang keluar. Getah yang banyak menunjukkan buah tersebut masih muda dan rasanya juga masam. Dikatakan ada sesetengah buah yang warnanya akan bertukar kekuningan menandakan ianya sudah benar-benar ranum bergantung kepada gred buah. Anda juga boleh bertanya kepada penjual di Perlis yang rata-ratanya sangat ramah, mesra pelanggan dan tidak lokek berkongsi tips memilih buah yang baik.

3. Isi buahnya tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Picit dan tekanlah sedikit pada kulit buah. Jika terlalu keras sehingga tidak boleh ditekan, ertinya buah masih muda. Sebaliknya jika terlalu lembik sehingga meninggalkan kesan jari apabila ditekan, ia bermaksud ada luka, lebam di dalam buah atau mungkin ia sudah terlalu matang. Saya difahamkan, kalau dibeli melalui kaedah pos, di luar kotak akan ada tertulis tarikh kotak boleh dibuka untuk memberi panduan kepada pembeli supaya buah ini dikupas pada waktu yang benar-benar tepat.

4. Beraroma harum dan manis. Sesuai sekali dengan namanya, buah mangga jenis ini haruslah berbau harum terlebih dahulu supaya isinya juga manis ketika sudah dikupas kelak. Pada kebiasaannya buah yang dipetik terlalu muda akan berbau getah, tidak mempunyai aroma sama sekali, atau ada juga yang berbau harum tetapi sudah kelihatan kecut. Cium-ciumlah buah ini sebelum membeli atau mengupasnya supaya air liur yang hampir kecur meleleh itu, berbaloi! :)

Salah satu punca yang menjadi kemungkinan buah pelam ini tidak manis seperti yang diharapkan adalah kerana ia dipetik dari pokok terlalu awal sebelum masanya, sedangkan buah tersebut belum betul-betul matang. Jadi, oleh sebab itulah buah yang telah dipekkan ke dalam kotak akan dimasukkan sekali bersama kabaid (belerang) untuk mematangkan buah dengan lebih cepat.

Sekiranya berkesempatan untuk pergi sendiri ke tempat menjual buah mangga harum manis ini, luangkan sedikit masa untuk tilik satu demi satu buah tersebut. Saya pasti ia akan jadi satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan! :)

buah mangga harum manis dari perlis

 

 

 

 

 

 

 

buah mangga harum manis yang hanya bermusim setahun sekali

 

 

 

 

 

 

 

Beginilah gayanya bila mama baru balik dari kampung. Dah berbau harum dan manis satu rumah dah ni. :)

Family kami memang jarang sekali sanggup beli buah ni dengan harga yang tinggi, sebab mudah sangat nak dapat kalau balik sendiri ke kampung. Buah yang berbakul-bakul ni pun kami beli daripada pemilik kebun yang empunya pokok sendiri. Ditanam dan dipetik sendiri. Bukan daripada Jabatan Pertanian Negeri Perlis, atau daripada Pejabat FAMA atau orang persendirian yang akan mengambilnya dari peraih dan mula menjual setiap kali tibanya musim buah ini.

Tu belum campur dengan buah-buah mangga lain lagi. Memang tak termakan. Bak kata sepupu saya, tengok buah pun dah rasa nak termuntah. :)

Berbeza sangat dengan kita kat sini yang sanggup membeli dengan harga sampai berpuluh, malah beratus ringgit kerana dibeli dalam kuantiti yang banyak. Setahun sekali katanya. :)

Apa yang penting, buahnya original..bukan fake atau tiruan ye! Saya memang suka sangatlah yang original ni. Yang takde cucuk-cucuk, yang takde inject-inject suruh kasi gemok atau cepat besar. Si dia yang gempal ni pun, gempal semulajadi, hidup dan membesar di tanah kebun yang luas dengan persekitaran yang sihat.

Dan yang lagi best, harganya juga lebih murah. :) Pelam harum manis kampung, manakan sama dengan yang bergred AAA.

cara mengenal buah mangga harum manis original dan tiruan

 

 

 

 

 

 

 

 

Cuba perhatikan 2 biji buah mangga dalam gambar di atas. Walaupun ianya kelihatan hampir sama, tetapi ia ternyata berbeza. Buah yang terletak di sebelah kiri adalah buah pelam harum manis yang ori, manakala yang di sebelah kanan pula adalah fake.

Jika dilihat sekali imbas, memang kedua-duanya mempunyai 2 pungkoq tetapi buah yang di sebelah kiri adalah lebih gempal berbanding buah di sebelah kanan yang nampaknya lebih ramping dan cantik. Jangan taktau, memang ada dijual pelam harum manis yang tipu ni. Buah yang kami beli ni pun diakui dan diceritakan sendiri oleh penjual yang kebanyakannya suka bercerita.

Ingat, rupa tak penting ye. Yang penting rasa dan originalitinya. Walaupun hakikatnya kalau ditunjukkan depan orang perempuan, mereka akan lebih cenderung nak pilih buah yang selim, ramping dan runcing sikit macam yang di sebelah kanan tu! :)

Harganya juga sangat jauh berbeza di mana harum manis yang original boleh mencecah sekitar RM25-RM35 ringgit 1 kg (bergantung kepada gred tertentu) berbanding harum manis tipu yang cuma berharga RM5 sekilogram. Harga buah mangga harum manis ini berbeza-beza mengikut gred di mana gred yang lebih baik pastinya akan diletakkan harga yang lebih tinggi.

Jadi berhati-hatilah agar tidak ditipu dan tertipu. Di musim-musim pelam harum manis yang sedang diburu peminat ni, memang ada yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menangguk di air keruh.

Harus diingat, buah glemer ni hanya terdapat di negeri Perlis Indra Kayangan je tau! Ini dibuktikan melalui Artikel Sinar Harian yang turut mengangkat nama buah ini di kalangan pelancong asing yang bertandang ke Malaysia.

buah mangga harum manis yang menjadi ikon di negeri perlis

 

 

 

 

 

 

 

 

Buat peminat-peminat si mangga harum manis yang telah membeli dengan jayanya, selamat menikmati buah pelam yang harum, manis dan lazat ini. Semoga keenakannya akan dapat diingati dan dirindui sehingga ke musim seterusnya di tahun-tahun akan datang! :)

Mangga harum manis atau juga dikenali sebagai mempelam ini dikatakan mempunyai banyak manfaat kesihatan termasuklah membekalkan zat besi, membantu proses pencernaan dan mencegah penyakit kanser yang sangat sinonim dengan anti-oksidan.

Baca Juga : Antioksidan Superpower yang tak sama dengan sirap biasa yang dijual di kedai jamu 

Boleh hubungi saya untuk pertanyaa mengenai produk Shaklee atau konsultasi berterusan, eksklusif untuk pelanggan nusaybahanuwar.com yang dikasihi.

SID Pro
Facebook : Nusaybah Anuwar
FB Page : i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID : 932852
Emel : imanusaybah@gmail.com
Contact No : 019-3832656

8,433 total views, 30 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation