CARA MENGELAK DAN MENGHILANGKAN KESAN PARUT KELOID PEMBEDAHAN

Salah satu perkara yang saya risaukan selepas pembedahan ceasarian ni adalah kesan parut yang akan mula timbul sebaik luka jahitan sembuh.

Ramai yang kata ia hodoh dan ada pula yang sebut ianya satu “trauma”.

Kata mereka, setiap kali mata terpandang kesan luka tu, akan terbayang juga kenangan ngeri kemalangan atau kejadian yang menghasilkan parut tersebut.

Parut adalah proses penyembuhan luka yang normal, tetapi ada sesetengah keadaan ia menjadi timbul apabila berlaku penghasilan tisu berlebihan pada bahagian luka.

Dalam bahasa perubatan, ia digelar sebagai keloid.

Apakah keloid ?

Keloid adalah benjolan isi lebih yang terbentuk di bahagian parut luka yang seakan hidup. Ia menjadi timbul, membesar dan akhirnya keluar dari sempadan luka yang asal. Ia kadangkala boleh membesar (terlalu besar) dan berwarna lebih gelap dari kulit asal serta sedikit berkilat.

Keloid biasanya terhasil daripada kecederaan pada kulit luka terbakar, luka hirisan, luka pembedahan, terkena objek tajam, luka yang dijangkiti kuman, chicken pox (cacar air), tempat vaksin (bekas BCG di bahu) dan jerawat yang kronik. Keloid boleh menyebabkan rasa sakit, gatal, pedih dan tidak selesa apabila disentuh dan juga sewaktu badan berpeluh.

Bukan sekadar itu, parut keloid juga boleh menyebabkan tekanan perasaan dan perasaan rendah diri akibat rupa fizikal seseorang yang turut berubah. Namun, secara mediknya ia tidak membahayakan nyawa meskipun ada yang mengatakan ia boleh menjadi antara punca kanser kulit.

Kenapa dan bagaimanakah ia terjadi ?

Apabila tisu mengalami kecederaan, tisu penghubung (fibroblas) akan membahagi (berganda) dan mengisi luka supaya bahagian ini bercantum.

Namun, ada keadaan di mana saiz parut yang menebal ini menjadi semakin besar sehingga melepasi kawasan luka dan ia dipanggil keloid. Oleh kerana saiznya yang boleh bertambah dan mengganda, ada yang menggelar keloid sebagai ‘parut yang tidak tahu bila hendak berhenti membesar’.

Secara saintifik, keloid terhasil daripada penghasilan tisu parut (kolagen) yang berterusan tanpa henti sewaktu proses penyembuhan luka. Pengeluaran kolagen yang berlebihan oleh badan menyebabkan tisu penghubung terus membahagi walaupun bahagian luka sudah dipenuhi dengan tisu yang baru. Maka, kesan luka jahitan yang pada mulanya adalah lembut, akhirnya mengeras dan terbonjol memperlihatkan kawasan luka yang timbul dan hodoh.

Walaubagaimanapun, penyebab terjadinya keloid ini masih belum dapat dipastikan kerana terdapat banyak situasi di mana di kedua-dua belah tangan yang cedera dan berparut : tangan sebelah terjadinya keloid, manakala tangan yang sebelah lagi tidak.

Menurut kajian, antara faktor yang menyebabkan terjadinya keloid ialah faktor genetik -mereka yang berkulit gelap (seperti warga Afrika) mempunyai peratus risiko yang lebih tinggi untuk mendapat keloid berbanding golongan yang berkulit putih. Mereka yang pernah mengalami walaupun satu keloid berisiko tinggi untuk mendapat lebih banyak keloid.

Teringat saya pada parut berbentuk seakan “cicak panjang” pada lengan seorang adik lelaki yang lukanya dalam selepas jatuh longkang beberapa tahun lepas. Ia timbul, tebal dan kadang-kadang memang buat rasa geli!

Malu.

Betullah orang kata, adanya parut macamni boleh menjejaskan keyakinan diri mereka yang mengalami terutama jika dia perlu berurusan dengan orang ramai.

Rawatan penyembuhan luka dan keloid

Penyembuhan luka memerlukan penjagaan yang teliti, baik dari segi pemakanan (dalaman) atau penjagaan luaran.

Kesan parut keloid adalah bersifat kekal dan tidak boleh dibuang dengan mudah secara semulajadi.

Kajian Saintifik

Mengikut kajian saintifik, haruan dan gamat telah digunakan untuk mempercepatkan pertumbuhan tisu baru. Kandungan kolagen dan zinc yang tinggi dalam kedua-dua jenis haiwan ini dipercayai dapat membantu penyembuhan luka. Maka dengan itu, ramai ibu-ibu di Malaysia mengambil haruan dan gamat sebagai amalan sewaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin samada secara normal mahupun pembedahan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Jangan ambil kolagen selepas pembedahan

Tidak dinafikan, kolagen adalah salah satu nutrien yang penting dan sangat diperlukan untuk proses penyembuhan luka dalaman dan luaran. Namun begitu, pengambilannya juga haruslah di dalam kuantiti yang sederhana kerana dikhuatiri akan menjadi penyebab terhasilnya keloid. *Kolagen adalah sejenis protein yang bertanggungjawab dalam penyambungan tisu luka.

Pastikan sumber zinc yang diambil

Pengambilan gamat dan haruan dalam kuantiti yang banyak dan diambil terlalu awal juga boleh meningkatkan risiko terjadinya keloid.

Ada juga yang berkongsi pengalaman mengatakan, zinc daripada sumber yang asli (fresh) macam ikan haruan yang dimasak atau gamat yang direbus kesannya lebih baik jika dibandingkan dengan pati ikan atau pati gamat.

Saya sendiri tidak berani berlebihan. Hanya seekor ikan haruan yang menjadi santapan selama berpantang. Selebihnya saya hanya ambil tablet Zinc Complex Shaklee dan mengamalkan set vitamin postnatal yang juga jenama Shaklee.

Rasa gatal dan tidak selesa akan lebih ketara jika keloid ini terjadi di bahagian anggota badan yang mudah berlipat (contohnya di bahagian perut yang berlipat setiap kali duduk dan diwaktu yang sama badan berpeluh). Sebab itulah, luka jahitan ceaser di bawah lipatan perut yang masih menggeleber perlu dipastikan sentiasa kering supaya tidak terjadinya jangkitan.

Antara cara yang boleh digunakan untuk membuang keloid ialah dengan mendapatkan rawatan steroid dan secara laser. Bagi mereka yang bersalin pembedahan pula, jika selepas ini anda bakal bersalin pembedahan lagi, doktor boleh membuang parut keloid tersebut sewaktu pembedahan cesarean yang berikutnya.

Keloid semakin menipis tanpa pembedahan kosmetik, ubat steroid atau rawatan laser

IMG_5997

 

IMG_5998

Kombo nutrien penyembuhan luka paling efisien

ESP Shaklee sumber protein terbaik dan paling seimbang

  • dihasilkan daripada 30 kg kacang soya non-GMO untuk 1 canister 850 gram
  • diperkaya dengan 5 jenis vitamin dan 4 jenis mineral
  • diproses dalam suhu yang rendah bagi menjaga kualiti protein
  • dilengkapi kalsium untuk meneutralkan keasidan soya dan mencegah terjadinya osteoporosis

Sustained Release Vitamin C

  • ekstrak jagung yang kaya dengan vitamin C mengurangkan kesan asid pada perut
  • teknologi pelepasan masa mengelakkan vitamin C terbazir melalui urin
  • tambahan bioflonovoids membantu penyerapan maksimum ke dalam tubuh

Kedua-duanya :

  1. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit (kelihatan awet muda)
  2. Meransang regenerasi kulit dan otot dan mengurangkan kedutan
  3. Memberi ton warna kulit yang sekata
  4. Membantu memudarkan kesan parut jerawat
  5. Menjadikan kulit halus-mulus, gebu dan semakin sihat
  6. Membantu mengurangkan risiko kanser
  7. Bertindak sebagai antioksidan
  8. Menguatkan sistem imun tubuh
  9. Melancarkan peredaran darah
  10. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan-kesan penuaan.

Baca Juga : Keunikan dan perbezaan vitamin C Shaklee yang anda patut tahu!

Apa-pun kepercayaan kita, apa-pun yang kita amalkan usahlah berlebih-lebihan kerana bersederhana itu adalah yang terbaik.

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID: 932852
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

88 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation