CARA MENGATASI HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG SUPAYA IBU TIDAK MUDAH PITAM

Selalu kita dengar, ibu-ibu hamil yang ada masalah low Hb yang serius. Ada juga yang risau dan tak senang duduk setiap kali nak pergi checkup di klinik kesihatan kerana takut dimarahi nurse yang dikatakan garang-garang belaka.

Dah bermacam-macam jenis makanan yang diambil termasuk pil zat besi yang diberi oleh doktor sebelum ini, tetapi masih juga tidak dapat menyelesaikan masalah. Yang naiknya pun sikit sangat. Bila-bila masa saja boleh menjunam turun. Masih belum di paras selamat. Muka ibu juga akan kelihatan pucat, bukan sebab takutkan doktor tapi menunjukkan bahawa kurangnya darah.

Macam saya sendiri, setiap kali ke An-Nur, sebelum masuk ke bilik doktor saya terlebih dulu akan diukur tinggi, ditimbang berat, diambil tekanan darah dan disuruh kencing pada sekeping kertas litmus. Setakat 2 orang anak ni, tekanan darah semua baik-baik saja. :)

Perbezaan tekanan darah dan hemoglobin

Ada ibu yang tertanya-tanya apakah beza tekanan darah yang diambil dengan Hb?

Kenapa saya masih diberikan tambahan pil zat besi sedangkan nurse memberitahu bahawa tekanan darah kesemuanya normal?

Ada beza tau antara pemeriksaan tekanan darah biasa dan paras hemoglobin.

Tekanan darah atau bp (blood pressure) adalah tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh darah ketika darah dipam dari jantung ke seluruh badan. Ia dibaca dengan cara seperti berikut :

  • Systolic (atas) : Tekanan kepada pembuluh darah akibat denyutan jantung.
  • Diastolic (bawah) : Tekanan semasa jantung ‘berehat

Paras hb pula dikira dalam unit g/dL (gram/deciLiter). Bacaan hb normal untuk ibu mengandung ialah 11-12 g/dl. Bacaan sekitar 9-11 g/dl dikategorikan sebagai anemia ringan, manakala jika bacaannya lebih rendah akan dikira teruk. Kalau sekiranya hb melebihi 12 g/dl ia dikira terlalu tinggi dan antara kemungkinannya ialah ibu mungkin mempunyai masalah paru-paru.

Kesan hB rendah pada ibu mengandung

Paras hemoglobin yang rendah akan menyebabkan ibu digelar anemia (preggy mom with low hb), manakala bacaan tekanan darah yang tinggi akan mengkategorikan ibu sebagai pre-eklamsia.

Kedua-duanya adalah antara masalah yang biasa dan sering berlaku di kalangan ibu-ibu hamil.

Sebelum hamil, seorang wanita memerlukan 14.8 miligram (mg) zat besi setiap hari. Semakin besar usia kandungan, ibu akan memerlukan lebih banyak zat besi untuk membantu memastikan dirinya dan bayi sihat. Pada trimester ketiga, ibu perlu mengambil kira-kira 30 mg zat besi setiap hari.

Zat besi sangat penting kerana ia diperlukan untuk membuat hemoglobin yang membantu sel-sel darah merah kita untuk menyimpan dan membawa oksigen ke seluruh badan kita.

Semasa mengandung, badan ibu seharusnya menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Jika tidak mendapat zat besi atau nutrien tertentu lain yang cukup, badan ibu mungkin tidak dapat menghasilkan jumlah sel darah merah yang diperlukan untuk membuat darah tambahan.

Seperti kebanyakan vitamin dan mineral, makanan adalah sumber terbaik zat besi. Suplemen zat besi tidak diperlukan jika ibu makan banyak makanan yang kaya dengan zat besi. Adalah satu langkah yang baik sekiranya ibu dapat meningkatkan pengambilan makanan seperti ini di dalam diet seharian supaya dapat mengelak daripada terjadinya anemia ketika di akhir kehamilan kelak.

2 jenis sumber zat besi yang utama :

1. Sumber zat besi hem – dari produk haiwan seperti daging merah, ikan dan ayam mengandungi zat besi dalam bentuk yang paling mudah diserap oleh tubuh

2. Sumber zat besi bukan hem – Makanan seperti kekacang, buah-buahan kering, bijirin diperkaya, roti bijirin penuh dan sayur-sayuran berdaun hijau. Walaubagaimanapun, sumber zat besi jenis ini adalah lebih sukar untuk diserap oleh tubuh

Pengambilan vitamin C akan membantu tubuh kita menyerap zat besi bukan hem dalam makanan. Cuba minum segelas jus oren dengan bijirin pagi atau gabungkan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C, dengan bahan-bahan yang mengandungi sumber zat besi bukan hem.

Sesetengah makanan, minuman dan ubat-ubatan boleh membuatkan badan ibu lebih sukar untuk menyerap zat besi seperti :

1. Teh dan kopi kerana ia mengandungi tanin yang memberi aroma, warna dan rasa pada teh. Jadi elakkan minuman berkafein kerana ia akan kekal bertahan di dalam badan sekurang-kurangnya 8 jam.

2. Bijirin penuh adalah sumber yang baik daripada besi, tetapi mereka juga mengandungi phytates yang boleh menjejaskan penyerapan zat besi

3. Antasid – kumpulan ubat-ubatan yang mengurangkan kerengsaan perut akibat gastrik atau pedih ulu hati. Ia mengandungi zink dan garam magnesium yang boleh mengganggu penyerapan zat besi

4. Produk yang kaya dengan kalsium, seperti susu atau yogurt, jadi hidari daripada produk tenusu semasa ini jika sedang mengambil hidangan yang kaya dengan zat besi.

Bagaimana anemia semasa mengandung boleh dicegah dan diatasi ?

Vitamin kehamilan biasanya mengandungi zat besi. Pada kebiasaannya doktor akan memberikan iberet folic atau pramilet sebagai “ubat tambah darah”. Mengambil vitamin kehamilan yang mengandungi zat besi boleh membantu mencegah dan mengatasi masalah anemia semasa mengandung.

Dalam beberapa kes, doktor mungkin akan mengesyorkan suplemen zat besi (iron tablet) yang berasingan. Semasa mengandung, ibu memerlukan 27 mg zat besi sehari. Walaubagaimanapun, pil zat besi akan meningkatkan risiko ibu mengalami sembelit atau sukar membuang air besar.

Jika anda mengambil vitamin kehamilan yang mengandungi zat besi dan masih mengalami keletihan dan kelesuan melampau, doktor mungkin akan mengesyorkan ujian untuk menentukan sebab-sebab lain yang mungkin menjadi faktornya. Dalam beberapa kes tertentu, ibu mungkin perlu berjumpa dengan doktor yang pakar dalam mengatasi gangguan darah (hematologi). Jika puncanya ialah kekurangan zat besi, zat besi tambahan tambahan akan dicadangkan.

Jika ibu pernah ada sejarah pembedahan usus kecil atau masalah untuk mengambil sumber zat besi daripada makanan, ibu mungkin memerlukan suntikan sebagai langkah segera menambahkan kandungan zat besi ke dalam tubuh.

Kebanyakan wanita yang mempunyai anemia semasa hamil mendapati bahawa keputusan bacaan paras hemoglobin mereka bertambah baik dan meningkat dengan ketara selepas mengambil pil zat besi.

Anemia yang teruk semasa hamil sangat cenderung menyebabkan kemurungan selepas bersalin yang dipanggil “gila meroyan”. Oleh itu, sangat penting untuk ibu memastikan pemakanan mereka dijaga dengan baik agar komplikasi buruk semasa kehamilan dan selepas melahirkan dapat dihindari.

Benarkah masalah anemia boleh diselesaikan dengan pengambilan nutrisi yang betul dan cukup?

Mari kita tengok testimoni Visual ini :)

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil – Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Jangan bertangguh lagi, dapatkan Set Nutrisi Lengkap Ibu Mengandung yang lengkap dengan asid folik dan zat besi supaya masalah hB low tidak terus menghantui diri :)

Hubungi saya, Pengedar sah Shaklee Pro Anda!

Nusaybah Anuwar – 019-3832656

COD sekitar Kajang dan Bangi serta Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

3,555 total views, 2 views today

One Thought on “CARA MENGATASI HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG SUPAYA IBU TIDAK MUDAH PITAM

  1. Pingback: ANEMIA IBU HAMIL KERANA PEMBAWA THALASEMIA | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation