CARA MENGATASI BENGKAK KAKI AGAR IBU SELESA BERGERAK WALAUPUN BERGELAR MAKYONG

Bengkak kaki atau juga dikenali sebagai edema boleh terjadi  di mana-mana bahagian kaki, termasuklah  tapak kaki, buku lali, betis dan peha. Ia boleh menimpa sesiapa sahaja baik lelaki, mahupun perempuan samada remaja, golongan dewasa mahupun warga tua.

Pembengkakan yang menyebabkan tubuh seseorang kelihatan sembap ini boleh disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan seperti penyakit jantung, paru-paru dan protein yang rendah dalam darah.

Salah satunya juga adalah disebabkan oleh kehamilan yang melibatkan pelbagai perubahan pada tubuh ibu yang perlu menampung beban tubuh yang bertambah apabila usia kehamilan semakin bertambah.

kaki bengkak semasa hamil boleh membahayakan kerana ia mungkin petanda awal preeklamsia

kaki bengkak semasa hamil boleh membahayakan kerana ia mungkin petanda awal preeklamsia

Tip-tips yang dikongsikan ini mungkin boleh membantu mengelakkan terjadinya bengkak kali semas hamil.

1. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi ketika sedang duduk contohnya semasa berehat sambil menonton televisyen di ruang tamu atau bersantai ketika di luar rumah. Posisi ini akan membuatkan sistem peredaran darah menjadi lebih lancar.

* Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda untuk menaikkan kaki.
* Sekiranya di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.

2. Gunakan bantal yang ditinggikan sebagai lapik untuk kaki yang lebih tinggi daripada jantung dan kepala ibu.

3. Jauhi perkara-perkara yang boleh membuat kaki menjadi bengkak seperti duduk atau berdiri terlalu lama dan berjalan jauh. Berdiri dalam jangka masa yang panjang akan membuat kaki menjadi bengkak dan tegang.

* Rasa tegang tersebut merupakan petanda bahawa otot kaki sedang penat dan peredaran darah yang tidak normal sehinggakan kaki perlu direhatkan. Hindari daripada menyilang kaki semasa duduk.

* Jika terpaksa juga melibatkan diri dalam perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.

4. Pilihlah kasut atau sandal yang selesa untuk dipakai dengan ukuran yang agak longgar agar dapat mengelakkannya cramp dan tegang semasa melakukan aktiviti.

* Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang untuk berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, dapatkan stoking tekanan (compression stockings). Anda boleh bertanya pada ahli farmasi atau doktor mengenainya.

5. Banyakkan mengambil makanan yang sihat dan seimbang seperti buah-buahan segar serta banyakkan minum air putih untuk melancarkan proses perkumuhan semulajadi tubuh selain dapat menyokong kekuatan kaki ibu.

* Elakkan makanan yang diperam atau diproses seperti makanan ringan dan makanan segera kerana ia sememangnya tinggi kandungan garam yang tidak baik untuk kesihatan.

6. Bersenamlah secara kerap seperti berjalan, berenang dan menaiki basikal senaman di dalam rumah. Dengan berenang, tekanan dari air dapat mengalihkan cecair berlebihan pada kaki yang dialami.

7. Sekiranya kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ia boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki yang sedang bengkak.Dalam hal ini, suami adalah orang yang paling sesuai untuk membantu melegakan ketidakselesaan yang dialami selain dapat membuat si isteri berasa lebih dihargai.

8. Ambil vitamin B6 yang mengandungi piridoksin yang efektif dalam mencegah dan menghindar lebihan air di dalam tubuh ibu. Dos yang disyorkan adalah 25-50mg sehari.

vitamin B6 penting untuk membantu menyingkirkan lebihan garam dalam badan seterusnya mengelak terjadinya kaki bengkak semasa hamil

vitamin B6 penting untuk membantu menyingkirkan lebihan garam dalam badan seterusnya mengelak terjadinya kaki bengkak semasa hamil

 

 

 

 

 

 

 

 

 

* Vitamin B6 juga terkandung di dalam vitamin B-Complex Shaklee, lengkap dengan Asid Folik yang sangat penting untuk ibu hamil di awal kehamilan. B complex mengandungi B6 yang boleh membantu menyingkirkan lebihan garam dalam badan seterusnya menyeimbangkan hormon.

8. Tambahkan suplemen yang mengandungi magnesium dalam diet. Magnesium berperanan menyeimbangkan pelbagai reaksi biokimia dalam badan dan amat berkesan untuk menghalang lebihan air berkumpul pada sel-sel saraf.

* Magnesium biasanya terdapat dalam minuman bersusu atau pil kalsium dan ia sangat penting kerana boleh mengelakkan ibu dari terkena bengkak kaki semasa mengandung.

Sumber :

  1. http://www.babycenter.com.my/a1042750/edema-semasa-hamil
  2. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131222/kn_01/Kaki-bengkak-ketika-hamil

3,815 total views, 1 views today

2 Thoughts on “CARA MENGATASI BENGKAK KAKI AGAR IBU SELESA BERGERAK WALAUPUN BERGELAR MAKYONG

  1. Pingback: edema | Nasuha Vita Life

  2. Pingback: KAKI BENGKAK ATAU EDEMA SEMASA HAMIL, KENAPA IA BERLAKU ? | Nasuha Vita Life

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation