CARA MENAIKKAN PLATELET YANG JATUH MENJUNAM AKIBAT DEMAM DENGGI

Kalau baca fakta atau info pasal demam denggi memang senang dan ringkas jek.

Sehingga ke hari ini pun, masih belum ditemui penawar atau ubat yang spesifik khas untuk demam denggi.

Kalau diperhatikan, untuk kes denggi ni sebenarnya lebih banyak fokus pada kaedah mencegah pembiakan nyamuk yang boleh menyebarkan virus denggi sebab bila dah betul-betul terjangkit memang tak ada ubat.

Tapi biasalah.. langkah-langkah pencegahan ni jarang orang akan ambil serius kan?

Bila dah kena barulaahhhh…

Apakah dia Demam Denggi

Macam yang dah ramai tau, demam denggi ni adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebarkan oleh nyamuk aeedes betina melalui cara gigitan.

Virus denggi ini akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 – 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda atau simptom.

Pesakit akan mengalami demam mengejut (selepas 5-6 hari gigitan nyamuk) diikuti dengan berbagai gejala lain seperti :

  • Demam panas
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit pada sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit pada bahagian belakang dan sekitar bebola mata
  • Ruam kemerahan pada sekitar tubuh

Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang yang biasa akan muncul di anggota badan bahagian bawah.

Ada juga kes sampai jadi gastrik yang bergabung dengan sakit perut, loya, muntah atau cirit-birit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih kepada kanak-kanak) dan dalam kes luar biasa berlaku radang pada otot jantung.

Secara klinikalnya bilangan sel darah pembeku (platelet) mangsa yang dijangkiti akan turun sehingga demam kebah diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah kerana kapilari darah sudah menjadi rapuh.

Bahaya ke?

Sangat merbahaya sebab di peringkat ini pesakit akan terdedah kepada risiko sawan dan pendarahan yang serius.

Apa akan jadi kalau bacaan platlet terlalu rendah?

Sinonim sangat kita dengar yang bacaan platelet darah pesakit yang dijangkiti virus denggi akan jatuh mendadak kan?

Trombosit atau kepingan darah (juga disebut platlet) adalah jenis sel terkecil yang terdapat dalam darah kita.

Sel-sel ini fungsinya membantu membekukan darah, mengimbangi kehilangan darah, dan menentang jangkitan seperti bakteria dan virus di dalam darah kita apabila diperlukan. Jumlah platlet yang normal ialah di antara 150 dan 400 bagi setiap mililiter darah.

Platelet atau trombosit ini akan menyumbat pembuluh darah yang rosak untuk mencegah berlakunya kehilangan darah yang boleh membahayakan.

Jika jumlah platelet jatuh hingga di bawah tahap normal ketika dijangkiti virus denggi, ia digelarkan sebagai trombositopenia (thrombocytopenia).

Ianya adalah sangat serius kerana boleh menyebabkan pesakit mengalami bengkak dan pendarahan berpanjangan sehingga membawa kepada kematian.

Terdapat beberapa kes di mana pesakit mengalami pendarahan serius seperti di otak yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan kadar segera.

Jumlah platelet kebanyakan daripada kita yang normal ini ialah 300 dan jumlah ini cukup untuk menghalang berlakunya pendarahan yang berlebihan seperti ini.

Menurut seorang perunding hematologi, Dr Ng Soo Chin,

Reaksi badan pesakit bila terjadinya kekurangan platlet adalah berbeza dan tiada siapa tahu apa penyebab sebenar ianya berlaku.

Walaubagaimanapun, ianya dipercayai berpunca daripada kecelaruan sistem imun badan di mana sistem imun menyerang dan memusnahkan platelet serta sel yang menghasilkan platlet (megakariosit) yang dianggap sebagai bendasing sedangkan ia tersangatlah penting untuk fungsi pembekuan darah.

Sistem imun pesakit akan sentiasa menyerang dan memusnahkan platlet dan megakariosit sehingga jumlah platlet dalam badan pesakit menjadi terlalu sedikit. Keadaan ini menyebabkan pesakit berisiko mengalami lebam, pendarahan mukosa (lapisan sel yang melapik rongga dalam badan) dan dalam sesetengah kes teruk, berlaku pendarahan pada dalam tengkorak secara tiba-tiba.

Baca pun takut kan?

Teringat kisah beberapa orang terkenal dan terdekat yang pada mulanya hanya mengalami demam denggi kemudian melarat sehingga jadi radang pada hati dan tiba-tiba mendapat kencing tikus @ leptospirosis.

Kejutan dalam ketidakpercayaan.

Banyak kan kes positif denggi dan virus leptospirosis (kencing tikus) serentak apabila ujian darah dibuat?

Allahyarham Izwan Pilus dan Din Beramboi antara selebriti yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis.

Maka sebab itulah tersangat penting untuk pastikan sistem imun kita ni sentiasa mantap dan bersedia nak hadapi serangan virus-virus sebegini.

Baca Juga : Pengalaman ngeri dijangkiti virus denggi sampai drip 11 botol air

So, apa nak buat kalau dah dijangkiti virus merbahaya bawaan nyamuk belang ni?

1. Pastikan tubuh sentiasa terhidrat (elak dehidrasi yang melampau)

2. Tingkatkan sistem imun ke tahap yang paling tinggi supaya virus denggi dapat dikalahkan dan platelet dapat dihasilakan semula dengan segera.

Performance Drink

air isotonik tanpa gula

Minuman isotonik tanpa karbonat yang mampu memberikan tenaga berpanjangan dan mengekalkan paras bendalir di dalam badan pesakit yang dijangkiti virus denggi.

Sangat terkenal di kalangan ahli-ahli sukan dan atlit Olimpik di US sebagai minuman kuat yang bebas dadah atau bahan terlarang.

Nutriferon

nutriferon tingkatkan imun

Sejenis serbuk mudah telan yang berfungsi mengaktifkan askar-askar dalam tubuh kita berperang menentang virus dan meningkatkan antibodi.

Satu-satunya interferon yang hasil kajian selama 40 tahun oleh immunologist (pakat imun) yang diciptakan eksklusif dan dipatenkan hanya untuk Shaklee.

tingkatkan imun untuk lawan virus denggi dengan nutriferon shaklee

Dah terkenal nampaknya serbuk biji labu ni di laman hot Sirap Limau Dot Com :)

Baca Lagi : Testimoni sembuh daripada demam denggi dan bebas virus kencing tikus

Bilakah perlu jumpa doktor?

Bersegeralah!

Terus jumpa doktor bila rasa demam tu bukan demam biasa-biasa, ada rasa sakit dan sengal pada sendi, ada tanda penyakit lain serentak macam selesema yang dah lebih daripada seminggu.

Doktor akan buat ujian darah untuk mengenalpasti samada kita telah dijangkiti demam denggi atau sekadar diserang demam virus. Kedua-duanya pun disebabkan oleh virus. Ujian ni penting sangat supaya doktor dapat tahu kalau-kalau ada gangguan kesihatan serius lain yang menyebabkan simptom sebelum melarat lebih teruk dan mengancam nyawa.

Dapatkan Set Imun Melawan Virus Denggi Sekarang!

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID: 932852
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

754 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation