CARA MEMILIH MINYAK IKAN YANG BERKUALITI SEBELUM BELI SEBARANG JENAMA OMEGA-3

Selain Vitamin C yang menjadi antara vitamin yang paling terkenal dan dikenali, minyak ikan juga adalah antara yang menjadi tumpuan.

Ramai ibu bapa yang memberikan anak-anak mereka minyak ikan seawal usia. Yelah, katanya supaya anak bijak, cepat mengingat dan cerdas belajar.

Walaubagaimanapun, di sebalik semua niat dan tujuan itu, adakah kita boleh sewenang-wenang mengambil minyak ikan. Benarkah ada beza antara satu jenis dengan jenis yang lain?

Nak ambil minyak ikan kena pilih-pilih?

Bukan minyak hati ikan atau minyak ikan kod yang dikenali sebagai sejenis ikan besar yang banyak kandungan lemak omega-3.

Harus diingat, semakin besar ikan, semakin tinggi juga risiko pencemaran toksik lautan dalam yang menjadi laluan dan persinggahan kapal-kapal besar.

Jom semak apa yang perlu kita tahu dan dipastikan sebelum membeli sebarang jenis minyak ikan :

1. Minyak ikan mestilah melalui proses penyulingan yang teliti dan terperinci

Proses penyulingan 3 peringkat menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl – merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik).

Antara masalah dengan minyak ikan ialah kandungan merkuri daripada pencemaran alam sekitar yang tinggi seperti biphenyls polychlorinated (PCBs). Penyelesaiannya adalah dengan memilih ikan mengikut saiz di mana ikan yang lebih kecil, seperti sardin hanya mengumpul sedikit toksin kerana rantaian makanan juga lebih pendek.

Elakkan ikan yang lebih besar seperti ikan kod kerana ikan yang lebih besar, semakin banyak risiko kandungan merkuri.

2. Minyak ikan mestilah mempunyai kualiti yang terjamin – kualiti farmaseutikal atau disebut juga gred farmasi.

Kualiti farmaseutikal ini adalah penting bagi menentukan sesuatu minyak ikan itu paling tulen dan mengandungi kepekatan asid lemak omega-3 yang paling tinggi DHA serta EPA (asid lemak penting yang diperlukan tetapi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia).

Minyak ikan dengan kualiti farmaseutikal menghasilkan minyak ikan yang lebih tulen, dan oleh sebab itu harganya juga lebih premium berbanding gred yang lain. Ini kerana proses pengeluarannya memerlukan spesifikasidan pengawasan yang ketat.

1 gallon minyak ikan gred farmasi ultra-halur memerlukan 100 gelen minyak ikan gred makanan kesihatan.

Sangat jauh beza, bukan?

Walaubagaimanapun, suplemen minyak ikan tidak dikawal oleh Food and Drugs Administration (FDA), jadi sangat penting untuk kita membuat pembacaan agar tahu serba sedikit tentang latar belakang jenama minyak ikan sebelum membuat membelinya di pasaran. 

3. Minyak ikan mestilah mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega-3 tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

DHA – perkembangan minda dan mata yang normal. Penting untuk penghantaran isyarat ke otak dan meningkatkan fungsi antara sel-sel otak yang sihat.

EPA – mempertingkatkan kesihatan jantung, menstabilkan paras kolesterol dan memperbaiki kelikatan darah.

Juga mampu meningkatkan IQ – memberi manfaat kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah gangguan hiperaktiviti dan autisme.

4. Minyak ikan mestilah terkandung EPA dan DHA yang tinggi –  sehingga 85-90% Omega-3.

Terdapat sebilangan syarikat yang cenderung menggunakan minyak filler untuk mengimbangi kandungan minyak ikan mereka sedangkan apa yang lebih penting adalah kuantiti kandungan EPA dan DHA.

Bagaimana nak tahu?

Baca LABEL.

Jumlah minyak ikan – minyak omega 3…
@ total fish oil tolak kandungan (EPA& DHA)

= Minyak FILLER

Anda akan dapat minyak filler atau minyak pengisi saja untuk memenuhkan softgel tu. Antara filler yang biasa digunakan ialah minyak canola, minyak dari usus atau kepala ikan.

Satu sajian Omega Guard Shaklee mengandungi jumlah keseluruhan 990 mg asid lemak Omega – 3 (540 mg EPA, 360 mg DHA) dengan bau dan rasa kesan hanyir yang minimum.

Juga diiktiraf oleh Friends of the Sea untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar.

Proses penyulingan berperingkat inilah yang mengurangkan bau dan kesan hanyir minyak ikan. Bukan sahaja kurang hanyir, tetapi juga sangat kurang kesan toksik.

Pernah tengok kan, saiz sebiji softgel minyak ikan yang besar gedabak setiap satunya?

Ini jugalah sebab kenapa dah makan makanan berkhasiat pun masih juga perlukan nutrisi tambahan.

Sebab, hakikat sumber makanan kita hari ini yang dah semakin “kurang nutrisi” dan “rendah kualiti”. Tak sama macam zaman dulu.

Hari ini, ikan salmon yang tersohor kaya dengan kandungan omega-3, banyak yang diternak, bukan berasal daripada habitat semulajadinya.

Tapi…
Lebih besar ikan, lebih tinggi juga risiko pencemaran. Lebih mudah sumber ikan diperoleh, lebih rendah kandungan nutrisi di dalamnya.

Itu baru bab minyak ikan, belum lagi nutrien daripada sayur, buah dan protein yang kita makan hari-hari tu.

Badan kita tidak menghasilkan omega-3 dengan sendiri. Untuk memperoleh jumlah omega-3 yang tubuh kita perlukan setiap hari, tidak boleh tidak, kita perlu makan makanan yang mempunyai omega-3 atau mendapatkannya daripada sumber makanan tambahan.

Ini juga antara sebab mengapa Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan supaya mengamalkan makan ikan dalam diet seharian – terutamanya ikan berlemak – sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk kesihatan jantung. Ikan berlemak mempunyai tahap asid lemak omega-3 yang tinggi.

Sumber makanan termasuk omega-3 daripada kuning telur, ikan berlemak, minyak udang krill dan daging lembu yang diberi makan omega-3.

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa minyak ikan mempunyai banyak manfaat kesihatan. termasuklah untuk kesihatan jantung.

  1. Trigliserida yang lebih rendah
  2. Mencegah penyakit jantung
  3. Melambatkan pembentukan plak juga dikenali sebagai pengerasan arteri atau aterosklerosis
  4. Mengurangkan tekanan darah

Minyak ikan mengurangkan keradangan

Kebanyakan manfaat minyak ikan berasal dari sifat-sifat anti-inflamasi omega-3 itu sendiri.

Minyak ikan berperanan mencegah keadaan keradangan seperti rheumatoid Arthritis, kolitis ulseratif, dan osteoporosis.

Selain telah lama diketahui ianya sangat bagus sebagai makanan otak, kajian juga telah menunjukkan bahawa minyak ikan boleh membantu:

  • Sindrom kemurungan
  • Gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD)
  • Pembangunan mata dan otak bayi
  • Penyakit Alzheimer
  • Schizophrenia
  • Gangguan otak yang lain

Malahan, ada beberapa orang rakan yang mempunyai anak dengan masalah autisme juga mengakui bahawa anaknya nampak banyak sangat improvement sejak beliau konsisten memberikan minyak ikan setiap hari.

Good product speak.

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID: 932852
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

376 total views, 6 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation