CARA MACAM MANA NAK BUKA WHATSAPP DI PC, SENANG GILA KOT!

Sejak dah jadi “orang bisnes” ni, apa-apa saja yang boleh bantu cepatkan urusan bisnes, memang saya kan cuba guna dan “utilize” kan. Teknologi pabila dah canggih, tapi kita tak guna, memanglah rugi sebab banyak kot masa yang dapat jimat bila kita “dekat” dengan high tech ni.

Kali ini bab bagaimana nak buka WhatsApp di PC pula. Jenuh kadang-kadang tu bila dah banyak sangat chat lines. Panjang berjela nak scroll dari atas lepas tu kalau phone tu comel je dia punya memori bakal “hang” la kau punya device tu hahahaa.

Ok, macam mana nak buat tu?

1. Mula-mula kau “ON” dulu PC or laptop dan lawat alamat ini : web.whatsapp.com.

setting whatsApp di PC step 3

2. Kemudian, kau pergi pula pada telefon pintar kau, buka aplikasi WhatsApp dan ikut arahan ini :

  • kalau iphone – iphone lah : WhatsApp Setting : WhatsApp Web
  • kalau android – android lah : WhatsApp Menu – WhatsApp Web
  • kalau windows phone : WhatsApp Menu – WhatsApp Web

3. Ingat ya, benda yang kau kena cari ialah WhatsApp Web

setting whatsApp di PC step 1

4. Bila dah klik dekat menu tu, kau akan nampak skrin di kamera sedang mencari-cari objek yang betul.

setting whatsApp di PC step 2

5. Apa lagi, tala kan lah smart phone pada QR Code depan PC kau.

setting whatsApp di PC step 4

6. Secara automatiknya QR Code akan di SCAN dan…

setting whatsApp di PC step 8

7. Tadaaaaa… siap dah!

setting whatsApp di PC step 6

  • Dah boleh nampak si dia yang tengah “typing”
  • Dah boleh tau siapa yang “left group”
  • Dah boleh copy mana-mana info yang berkenan
  • Dah boleh buat jadual nak follow-up customer
  • Dah boleh join diorang yang tengah bersembang
  • Nak create group baru pun bolehhh!

Amacam?

Senang gila kan?

As easy as ABC kan?

setting whatsApp di PC step 7

Dan kau orang juga boleh bila-bila masa nak “disconnect” balik daripada “setting” ni dengan “Log out from All Computers” dan just repeat semula step 1 kalau-kalau rasa nak sambung.

Semudah 123 gituh.

So, lepas ni dah bolehlah kau nak jimat-jimatkan sikit “data usage” dekat phone kan. Boleh guna wifi, kau boleh layan customers, family dan group-group alumni sekolah yang banyak-banyak tu dan taip laju-laju tanpa typo lagi.

Selamat Mencuba!

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

125 total views, 10 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation