CARA BUANG PARASIT DALAM BADAN SELAIN MAKAN UBAT CACING

“Bulan Islam berapa haribulan harini abi?” laung isteri cantik itu dari dapur.

“Zulkaedah 15 rasanya, kenapa?” kedengaran laungan balas selepas sunyi seketika (tengah check kalendar lettew)

Memang ngam, dah agak dah… (bisik si isteri dalam hati)

“Meh tengok ni, ibu seriously tengah ketar jari”

Selama pegang title kakngah yang sejak umur darjah 3 dah reti goreng ikan sendiri, ini pertama kali meremang segala bulu bila siang ikan.

Cymothoa exigua – ini adalah nama sejenis “fish parasite” yang merempuh masuk melalui insang untuk menempel pada lidah ikan.

Spesies jenis ni akan memotong bekalan darah ikan di situ sehingga lidah ikan jadi rosak dan tertanggal. (ngeri bila dibayangkan)

Maaflah kalau korang yang tengok ni rasa geli geleman sebab saya sendiri pun, sedekah kat kucing terus ikan-ikan tu semua.

Walaupun ada yang kata boleh je makan lepas buang benda tu, walaupun tahu memang wujud si dia ni kat sekeliling kita, tak tergamak nak makan dah ikan yang sama kita tengok sendiri parasitnya depan mata.

Daripada 11 ekor ikan yang dibeli, 8 ekor daripanya semua ada makhluk tu. Rasa macam ada yang naik merayap atas lengan 🐛🐛🐛

Dalam ikan, celah-celah sayur, semua tempat pun depa ni ada. Especially pada anggota badan dan makanan yang tak dicuci bersih. Tinggal lagi kita ni nampak atau tak je.

Parasit biasanya membiak dari air, gigitan serangga, makanan atau haiwan peliharaan. Dari situ jugalah punca ia masuk ke dalam badan dan organ-organ kita. Memang geli kalau dibayangkan atau kalau boleh nampak dengan mata kasar.

Antara amalan yang boleh bantu untuk cegah telur cacing atau parasit daripada masuk dan bercicit-piut dalam badan kita :

1) Basuh buah dan sayur sebersih-bersihnya sebelum ngap masuk mulut, terutamanya yang berlabel organik.

2) Cuci tangan dengan sabun setiap kali menggunakan tandas dan sebelum menyentuh atau menyediakan makanan.

3) Mandi dan bersihkan anggota badan seteliti yang mungkin terutamanya selepas menggunakan kolam mandi awam.

4) Amalkan makanan pembunuh parasit dalam diet seharian seperti :

1. Bawang putih – menyingkirkan cacing gelang
2. Bawang bombay – menyingkirkan cacing benang
3. Biji labu – menyingkirkan parasit pada usus
4. Nenas – menyingkirkan cacing pita
5. Kelapa, minyak kelapa dan segala yang berunsurkan kelapa – mencegah dan merencatkan pembiakan cacing

5) Kurangkan (atau lebih baik berhenti terus) daripada mengambil makanan pembiak parasit seperti gula putih, gandum dan sumber gluten, makanan yang diproses serta makanan segera yang tinggi kandungan bahan perasa terutamanya pada pertengahan bulan islam.

Kalau tak percaya anak beranak cacing, parasit semua ni habitat dia ada dalam badan kau orang, cuba ingat balik masa craving makan manis-manis, mood swing asyik rasa nak marah, anak-anak batuk berkahak, eczema tiba-tiba flares teruk.

Semua itulah fenomena full moon. Petanda parasit dan cacing ni semua tengah berjimba, tengah subur, galak mengawan, bertelur, membiak.

Nak bagi takut sikit, bulan mengambang memang masa parasit ni semua membiak dan luaskan jajahan dalam perut, usus, paru-paru, otak dan organ-organ lain kita.

Semua itulah antara petanda cacing

Agak-agak, bila kali terakhir kita telan ubat cacing?

Ataupun, memang dari zaman kecil dulu pun lansung tak pernah makan?

Sabtu minggu lepas punya cerita ni. Sorry ye cik ikan mata besar, kita clash dulu buat sementara waktu. Baru tergerak nak cerita sebab dia punya seram sejuk tu, tak dapat nak describe dengan kata-kata.

Tak boleh makan ke ikan ni?

Bahaya ke kalau makan?

Dak aiiihhh, boleh ja kalau nak makan. Tak ada salah, tak bahaya.

Cumanya, asbab dah nampak sendiri saya jadi tak sanggup nak makan. And, asbab ni juga saya makin percaya tentang kewujudan parasit yang tak nampak di mata kasar, tapi ianya memang wujud di sekitar kita.

Parasite is real.
Detox parasite is a must.

Life is a Story

Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

348 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation