CABARAN MENJADI SEORANG ISTERI, SUAMIKU HEROKU

perkahwinan dan dugaan yang mematangkan pasangan adalah satu pengajaran hidup yang paling bermakna

 

 

 

 

 

 

 

Menjadi seorang isteri adalah suatu kemanisan yang kalau semua perempuan tahu memang rasa nak kahwin dari kecik. hehehe.. memang macam over sikit statement, tapi semua ni tak lain dan tak bukan adalah feedback yang tulus lagi benar daripada kawan-kawan perempuan ku yang baru bertukar status kepada isteri orang. Rata-ratanya jawapan memang sama je, macam ada format dan skema.

Ok, cakap pasal isteri..yang manisnya ialah bila ada seseorang yang berbeza jantina yang menyayangi dan menghargai kita lebih daripada orang lain. Yang hidup sebumbung dengan kita, yang tau selok-belok hati kita, luar dalam kita. Semua lah!!

Itu belum cakap lagi macamana perjalanan kisah dia dan kita sejak mula berkenalan sampai saat melafazkan “Aku terima nikahnya”. Memang tersangatlah pelbagainya sampai kalau nak cerita kat sini memang tak abis-abis.

Begitulah adanya bila dah bersuami.

Tapi, sebagaimana manisnya rencah rumahtangga itu, pasti ada dugaan yang pahit dan masam yang kita selalu akan hadapi. Bak kata orang, perkahwinan pun ada fasa-fasa yang berbeza, dengan cabaran yang juga tidak sama.

Salah satunya bila si suami yang dikasihi diuji dengan masalah kesihatan yang dikatakan boleh membahayakan nyawa. Yang kena makan ubat, yang kena tahan wad, yang kena korbankan masa lapangnya bersama family dengan rawatan yang berterusan.

Ada pulak yang sampai mula nak menyalahkan diri sendiri sebab masak sedap sangat sampai suami pun mengandung sama, tapi tak bersalin-bersalin. Memang ia berlaku di sekeliling kita, dalam keluarga kita, kawan sepejabat kita, jiran kita atau ayah kita sendiri pun.

Adakah sebab pemakanan?

Atau gaya hidup?

Atau pula sebab dah nak jadi, redha dan terima jelahhh…

Memang inilah yang selalu berlaku dalam masyarakat, keluarga dan insan-insan terdekat kita saban hari.

Beruntunglah kita sebab ada orang yang sudi berkongsi secara visual kisah suaminya yang menghidap darah tinggi, yang dah disarankan oleh doktor untuk mula makan ubat secara konsisten yang sekiranya tidak, boleh membahayakan nyawa.

Suami anda pun ada darah tinggi? Jom tengok video ni..

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Again. Seperti juga apa yang dinasihatkan oleh doktor bahawa mengamalkan gaya hidup yang sihat memang sangat-sangat penting untuk mencegah mahupun mengawal penyakit yang sudahpun datang bertandang.

Bagaimana pulak, kalau penyakit yang dah ada sejak si suami masih kecil?

Sebelum dia jadi suami kita lagi penyakit tu dah ada. Masa dia bujang pun memang dia dah sakit. Masa bertunang pun memang dah sedia ada penyakit yang kejap on kejap off. Ni yang jenis warisan keluarga atau keturunan. Takkan nak putuskan hubungan pulak sebab tu kan? No.no.no.. sepatutnya berazamlah untuk menjaganya.

Pahala extra sebagai pasangan hidup yang Allah nak kasi ni. Macam yang selalu kita tengok betapa bertabahnya seorang isteri memenuhi keperluan suami yang sakit, demam. Drive ke hospital, siapkan bubur dan ubat, picit-picitkan kepala, urut-urut kaki yang sengal.

Itu baru demam… benarlah ganjaran syurga buat isteri solehah begini.

Ini satu lagi kisah tentang suami yang dah didiagnose asthma kronik sejak 20 tahun lalu. Mari sasksikan.

Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.

Selalu kita dengar, sape tak sayang bini, oiii! tai kali ni terbalik sikit..

Isteri mana yang tak sayangkan suami. Comel kan? :)

Memang merisaukan bila tengah-tengah malam, insan yang berkongsi tempat tidurnya dengan kita terjaga sebab sukar bernafas. Tak payah cakap pasal tidur lena lagi, sebab nak lelapkan mata pun hati rasa tak tenang. Itu belum kira bila semput dan penat datang masa sedang buat aktiviti seharian.

Setiap bulan ke hospital bukanlah sesuatu yang biasa dan menyeronokkan. Memaksa suami kita buat apa yang dia tak suka juga bukanlah sesuatu yang mudah. Apa lagi bab-bab makan makanan kesihatan atau suplemen yang bukan sejenis, malah berjenis-jenis. Bukan sehari, tetapi berbulan-bulan.

Kita ikhtiar, bukan menolak ujian yang diberi. Bahkan kita juga sangat dianjurkan untuk berusaha mencari penawar pada penyakit yang datang, tidak berputus asa melakukan pelbagai usaha serta berdoa memohon kepada Allah SWT agar diringankan beban penyakit yang ditanggung.

Allah yang menguji kita dengan penyakit, dengan Maha Kuasa Dia jugalah adanyanya kesembuhan. Penyakit-penyakit zaman ini tak kira pangkat atau usia. Muda-muda lagi pun kita tak terkecuali. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga anugerah kesihatan yang telah dikurniakan olehNya ini untuk makan yang baik-baik dan mengamalkan gaya hidup sihat agar terhindar dan dapat melawan penyakit yang datang tanpa diundang.

994 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation