BUANG KAHAK BAYI CARA TRADISI – SELAMAT, SEMULAJADI DAN BERKESAN

2-3 hari ni saya perasan hidung nasuha asik berhingus. tak bnyk, tp sentiasa ada.  Mcm biasa, bila ada symptom gini, setiap kali sblm tidur mlm & tiap pg sblm gi sekolah sy sapu dulu krim kunyit moden drsneez dkt sekitar hidung dia..

Outputnya bila petang hari ambik dari taska tahi hidung penuh bersarang-sarang.. takpelah nak, janji selsema kamu tak berpanjangan.. adat duduk bercampur dgn kwn2.. tambah pulak skrg ni musim cuaca panas, penyakit pun senang menular.. Cuaca yang tak menentu pun jadi risiko pada penyakit.. Lebih lg budak-budak usia mcm kamu..fragile dan mudah berjangkit.. kakak taska cerita, iman nasuha dkt sekolah sgt suka minum air masak. Bab mkn tu dah tentu lah.. lately ni dia smpai mengamuk-ngamuk bila kakak lmbt sikit kasi air yg dia mintak.. dahaga betul anak ibu ye?

Tiba ptg jumaat, mmg saat yg kami tunggu-tunggu saban minggu.. sampai umah ptg ni aje dah boleh start spent time bnyk2 dgn buah hati kami ni.. dia pun mcm tau-tau tiap kali dtg weekend aje, mesti lmbt bgn pg, dah pndai tgk kalendar agaknya budak ni..hehehe.. Mcm biasa, malam sabtu kami gi tumpang tido umah atuk ngan wan.. Kasi ubat rindu dkt cucu sulong diorang ni.. Pagi ni bila bgn tidur, ibu dgr nasuha batuk-batuk.. tak kuat tp ada sikit bunyi berkahak kat dalam.. haish mcm risau lah abi, jom kita steam it!

Abi pun dah tersangat maklum skrg ni.. dah faham sgt bila ibu kasi sign mcmtu.. kalo dulu abi selalu tak setuju and mrh bila ibu nak cuba jd dukun tradisional ni.. tp skrg abi jd pembantu jururawat ibu pulak..kikiki..

Ibu pegi prepare part ibu, while abi pergi amik minyak tu dulu ya!

Baik syg..muah muah.. :)

Ini sebelum ya..kita kasi tanggal baju dulu.. mainlah apa yg nak main sementara ibu didihkan air ye nak..

20140222_085540

Saya didihkan air dan titiskan beberapa titik minyak kayu putih (eucalyptus oil) dalam air tu..

Ekstrak eucalyptus (kayu putih aromatheraphy) digunakan secara tradisi untuk meredakan gejala selsema (flu), demam dan masalah pernafasan.

Jenama yang saya guna ni saya dapati dari KASIH IBU – ONE STOP BABY CENTRE di BANGI.

Home Remedies – Euky Bear Eucalyptus Oil contains genuine Australian Eucalyptus oil 100% Pure, Natural, Medicinal-BP Standard with a stronger, longer lasting fragrance. :)

1781978_10151975786726938_348010900_n

Then bermulalah sesi physioteraphy STEAM IT.. jeng jeng jeng…

 1st ROUND :

20140222_085744

2nd ROUND :

20140222_085838 - Copy 20140222_085838(0)

HASILNYA :

20140222_085857

SELEPAS 5 MINIT :

20140222_091157 20140222_091210

Terus mintak upah.. anak ohh anakkk…

Saya sapukan minyak bawang putih di dada dan tapak kaki, manakala minyak kayu putih di belakang Iman Nasuha. Suka hati, kekadang saya sapu semua minyak yang sama sahaja pd semua kawasan terlibat. Ada jugak time yang ibu tak berapa nak rajin, tapi tetap mengutamakan kaedah tradisi..

Semua untuk mu, anak…

20140222_084539

Bau minyak bawang putih ni sedap tau, ada iras-iras bau masa tengah tumis bawang nak masak megi kari.. ohhh..dah lama tak makan megi.. pecah telur sebiji.. perghhh.. memang layannz..

Semua ni adalah first aid tools yang WAJIB ADA di rumah untuk saat-saat kecederaan macamni..

20140222_093213  4786

Kemudian, saya tambah pulak bonus sebiji softgel Omega Guard Shaklee yang berfungsi membantu mencairkan kahak! ehh..selamber je di kunyah walopun sebelum tu dia cium-cium dulu dan muka ada sikit pelik..hehehe…

20140222_100658 994551_631983360152969_1136066483_n

Alhamdulillah..kelihatannya dia lebih selesa dan batuk berkahak juga beransur kurang.. dah boleh senyum tuu.. :)

Alhamdulillah.. Iman Nasuha sudah jarang-jarang saya dedahkan dengan ubat-ubat hospital. Seboleh-bolehnya saya akan cuba kaedah tradisi nenek moyang dahulu, melainkan keadaannya benar-benar memerlukan..

Alhamdulillah..semua dengan kehendakMu.. Terima kasih Allah…

20140222_160749

Dah boleh main kat luar.. :)

2,928 total views, 1 views today

2 Thoughts on “BUANG KAHAK BAYI CARA TRADISI – SELAMAT, SEMULAJADI DAN BERKESAN

  1. Pingback: Free Webmaster Guide

  2. Pingback: KEBAIKAN MINYAK IKAN OMEGA GUARD SHAKLEE | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation