BREASTFEEDING JOURNEY : SERIAWAN

Akhir-akhir ini saya selalu rasa nyilu masa menyusukan iman nasuha.. sore niple.. puting rasa pedih..nyilu sangat. rasa macam masa mula-mula jadi mak dulu.. masa lepas bersalin. kekadang rasa cam pedih pun ye.. tak tau sebab apa.. dan lagi satu macam ada discharge sikit dkt Miss V yang buat saya rasa sangat tak selesa.. tak sakit, tp rasa itchy dkt kawasan tu..

#Throwback memories : September 2013

Story-story dgn kawan kat ofis ni..dia cakap dia pernah experience yang sama.. Google punya google.. research punya research.. saya jumpa artikel ni..

Ohh..rupanya memang ada.. lega sikit sebab at least bukanlah rare apa yang saya tengah rasa sekarang ni…

imagesCAZ92UHZ

SERIAWAN/THRUSH
Jangkitan kulat pada mulut bayi yang boleh merebak pada buah dada anda dan menyebabkan putting ibu terasa sakit dan gatal. Dikenali sebagai jangkitan yis (candida albicans).

TANDA-TANDA SERIAWAN

Pada Ibu:

  • puting merekah
  • sakit yang amat tajam, nyilu dan mencucuk pada buah dada semasa atau selepas penyusuan (biasanya ketika bayi menyusu pd sebelah puting dan puting sebelah lagi akan terasa berdenyut)
  • puting yang gatal, merah atau pedih
  • seriawan vagina (gatal dan keluar cecair putih seakan keputihan pd vagina

saya memenuhi 3 daripada 4 symptom seriawan ni.. so betul lah apa yang Kak Sal cerita dkt saya di ofis last week.. jadi, sah ini penyakitnya..

Pada Bayi:

  • tompok putih di dalam mulut yang sukar dihilangkan
  • ruam lampin

pada Iman Nasuha pulak, saya tak Nampak ada tompok putih dalam mulut dia setakat ni, cuma ada sedikit ruam lampin yang saya perasan bila cuci kencing or najis pada pampers.. herm…

PUNCA

Seriawan adalah disebabkan oleh kulat Candida albicans. Setiap orang mempunyai kulat ini dalam badan – ia adalah sebahagian normal sistem pencernaan dan selalunya terkawal oleh bakteria. Walaubagaimanapun, kadang-kala kulat ini berjaya membiak dan merebak, dan ini boleh menyebabkan jangkitan. Menyusu boleh menyediakan suatu persekitaran yang sempurna untuk seriawan – ia membiak dalam persekitaran yang panas, lembap dan bergula, iaitu keadaan yang terdapat di mulut bayi anda semasa menyusu.

Memakan makanan bergula, mengambil antibiotik, tidak berehat secukupnya, tekanan, alergi dan kecederaan pada puting akibat posisi kurang betul adalah perkara-perkara yang boleh menyebabkan jangkitan. Berbeza dengan sariawan yang dialami oleh orang dewasa, yang kebiasaannya kerana kekurangan vitamin C.

APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN ?

Seriawan ialah satu keadaan yang tidak sesuai untuk dirawat dengan sendiri. Jika anda merasakan anda mempunyai seriawan, hubungilah doktor keluarga anda untuk diagnosis dan rawatan. Doktor mungkin akan mempreskripsikan ubat antikulat. Seriawan boleh dialami untuk beberapa minggu sebelum sembuh dan anda bersama bayi anda perlu dirawat serentak.

Buat masa ini:

  • Basuh semua alat-alat mainan, puting dan semua bahagian pam buah dada dalam air mendidih selepas setiap kali digunakan untuk mengelakkan jangkitan semula pada diri anda dan bayi anda.
  • Atas sebab yang sama, basuh tangan anda dengan kerap, terutamanya selepas penyusuan.
  • Anda mungkin mahu menambahkan laktobasilus asidofilus (terdapat dalam bentuk pil atau yogurt asidofilus) dalam diet anda untuk mengisi semula sistem pencernaan anda dengan bakteria berguna yang mengawal seriawan.
  • Pastikan puting anda dalam keadaan yang kering sebab seriawan membiak dalam keadaan lembap.
  • Gunakan hanya air kosong untuk membasuh puting anda.

Untuk melegakan sakit pada buah dada, anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol sehingga kesakitan itu hilang dan rawatan anda mula berfungsi. Sentiasa dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan ubat-ubatan.

Kulat ini biasanya tumbuh pada tubuh kerana keadaan-keadaan tertentu seperti stres, pola makan yang buruk, sistem kekebalan tubuh yang lemah, atau penggunaan antibiotik.

Sebelum menggunakan antibiotik yang mungkin berbahaya bagi bayi, kaedah pengubatan dan pencegahan cara semulajadi/alami boleh dilakukan terlebih dahulu :

  • Probiotik
    Makanan yang kaya probiotik, seperti acar, kimchi, yoghurt, dan suplemen probiotik dapat membantu menjaga keseimbangan bakteria sihat dan mencipta persekitaran yang tidak sihat untuk kulat Candida.
  • Ibu dapat mengambil suplemen yang mengandung lactobacillus acidophilus, sedangkan bayi dapat diberikan suplemen yang mengandungi bifidus lactobacillus.
  • Diet yang tepat
    Untuk membangun sistem kekebalan tubuh yang kuat pada ibu dan bayi, pastikan diet Anda kaya akan makanan sihat seperti biji-bijian dan menghindari makanan yang diproses serta gula. Kulat Candida juga dapat dapat berkembang kerana alergi pada makanan
  • Minyak kelapa
    Minyak kelapa murni merupakan anti-kulat semulajadi yang sangat sesuai dan selamat untuk bayi. Calitkan minyak kelapa ke puting payudara Anda dan ke mulut bayi untuk membantu mencegah pertumbuhan kulat.

ADAKAH IA AKAN MENJEJASKAN BAYI ?

Jika anda mempunyai jangkitan kulat atau Candida pada puting anda, ada kemungkinan besar bayi anda juga akan dijangkiti walaupun anda tidak nampak sebarang tompok putih. Bayi anda juga memerlukan rawatan seperti anda – pada masa yang sama juga; jika tidak, jangkitan akan berpindah-pindah.

Seorang bayi yang mempunyai seriawan akan meragam semasa penyusuan atau tidak mahu menyusu sebab kesakitan mulut. Namun, ada juga bayi yang tidak menghiraukannya.

ADAKAH SAYA MASIH BOLEH MENYUSUKAN ?

Ya. Seriawan tidak harus menjejaskan keupayaan anda untuk menyusukan bayi anda dan anda boleh terus menyusukan sepanjang rawatan anda.

At last. tau tak apa yang saya consume utk masalah saya ni?

Mula-mula saya perbetulkan dulu kesilapan teknik penyusuan gaya bebas (frees style) iman nasuha yang menyebabkan kecederaan cik nipple..

Selesai sesi kaunseling tu, saya double up dosage SR Vita-C daripada sebiji ke dua biji sehari.. Saya MEMANG TAK AMBIL SEBARANG UBAT PENAHAN SAKIT ATAU PARACETAMOL..

Dan seterusnya, ini dia…

garlic complex

Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida. Bersifat anti-bakteria dan anti-kulat.

Setiap tablet garlic complex Shaklee mengandungi 500 mg bawang putih.

Ia sangat-sangat membantu. Setelah saya mengambil tablet garlic Shaklee ini selama lebih kurang 3 hari, secara perlahan-lahan saya menyedari masalah yang saya hadapi beransur kurang dan hilang!

Sekiranya kita dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti demam dan selesema, dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, beralihlah kepada supplement garlic complex Shaklee yang merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, pengawet, perasa tambahan, gula  dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

#Shakleebest!

2,917 total views, 4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation