BRA MENYUSU MACAM SPORT BRA DAN WOOW BILA DAH PAKAI RASA BOLEH BERLARI JADI ATLIT

shapee bra sampai

Yeayyyy! Dah sampai! Setelah dekat 2 minggu menanti dengan penuh debaran. Tak sabar kot nak guna sebab selain ini job review yang pertama, dah lama jugak tak beli nursing bra baru. heheheehhhh.

Sejak hapgred title jadi ibu merangkap mak menyusu 4 tahun dulu, memang saya tak pernah pakai sebarang jenis bra lain selain bra menyusu atau nama glemernya “nursing bra”

Apa sebenarnya nursing bra ni, bra untuk jururawat ke?

Nursing bra atau bra menyusu adalah coli/bra khas yang direka untuk menyediakan sokongan tambahan kepada wanita yang menyusu dan membenarkan penyusuan selesa tanpa perlu membuka keseluruhan bra. Ia biasanya ada “kepak-kepak yang boleh dibuka dengan mudah hanya sebelah tangan untuk mengeluarkan puting.(Ain Sufi pun bukan main pandai pagi buka sendiri. Hehehe) Lepas tu haaa.. baby dah pun boleh mula menyusu dengan gembiranya.

Masa mula-mula bukak plastik tu macam wooooww! Eksklusifnya packaging! Fisrst time in my life beli bra dala box lawa macamnih. Sangat berbaloi dan setanding harga lah kan. Herm, tapi beza.. sebab kalini tak beli tapi dapat free as a blogger. :)

Surprise mula-mula tu dah turunkan sikit excitement lepas nampak bra dalam kotak cantik. Then, bila bukak kotak, lagi sekali woooowww sebab sekali tengok memang dah macam sport bra. Terus terbayang betapa mantopnya daku nanti bila memakainya.

To be frank, saya memang tak pernah beli bra menyusu yang jenis macamni sebelum-sebelum ni. Tak pernah ada walau sehalai dalam koleksi. Sebab utama ialah tak suka dengan dia punya span yang boleh buat kita macam pakai “push up” gituh. Eawww malu sehhh kalau dah nampak macam Pamela Anderson. No!

So, nak kata yang mula-mula tengok rupa bra ni memang saya agak frust sikit sebab dia jenis macamtu. Huwaaaa!

Tapi tapi tapi, tak sempat nak menonggeng lama-lama, tiba-tiba terbaca features dekat kotak tulisnya “removable molded foam cups can remove or wear anytime you need to” Yeay yeay yeayyy! Boleh tanggalkan atau pakai bila-bila masa, suka hati bila rasa nak ke tak nak.

Apa ciri-ciri Shapee Nursing Bra yang saya suka sangat :

1. Material – nylon and spandex yangstretchable dan teramat lembut sampai tak rasa pun macam tengah pakai bra. Sangat selesa. Serius! Kelembutan yang melampau itu buat ia sesuai sangat digunakan samada oleh mak menyusu atau yang tengah mengandung.

2. Yang ni suka sangat – molded cup foam yang boleh ditanggalkan dan dipasang semula bila-bila masa kita rasa mahu dan perlu.

3. Size – Senang sangat part ni sebab size dia dah dibuat default. Untuk kategori yang berbadan genit bersaiz S – M macam saya ni, boleh pakai size 32-34 Cup B/C/D/E. Yang lain-lain tu pulak boleh refer saiz yang seterusnya. Size yang available ialah 36, 38,40,42,44 dan 46. Cup pulak sampai Cup E okeh! Memang puas hati la nak pilih.

4. Ciri kopek-kopek atau “easy to open” – Haaaa… yang ni toksah cakap banyak lah kan. Memang ciri yang wajibbb ada pada setiap nursing bra. Ada nursing clips yang boleh mudahkan mak-mak menjalankan rutin harian untuk berikan baby “full access” dan menikmati juadahnya dengan penuh keselesaan.

5. Design – memang cantik dan seksi. Macam yang saya cakap mula-mula tadi, design dia memang similar sangat dengan sport bra. So, no wonder la bila dengan senangnya boleh support pergerakan lasak kita dengan bentuk breast masing-masing yang unik ni kann.

Ni pun jadi berani sangat cakap sebab memang tengah pakai ni. Best! Rasa mantops je sepanjang hari walopun kat dalam rumah.

Ada 2 warna yang available : Pink dan hitam ala-ala grey. Cantik!

Siap ada bra-extender lagi. So, takpayah risau-risau kalau kita jenis yang tak berapa nak comel tapi cup comel sangat. heheheh.

Jom Close-Up sikittt!

shapee nursing bra

shapee seamless nursing bra

Yang saya guna ni nama dia Shapee Sassy Nursing Bra. Rasa nak pergi jogging atau main futsal je ni ha sebab sikit pun takde rasa goyang ke hapa.

Memang built confident weh nak pakai ke mana-mana!

Penting ke mak menyusu guna bra menyusu?

Ofkos sangat penting sebab semasa mengandung dan hari-hari awal penyusuan, penggunaan bra yang tak sesuai terutamanya yang underwires akan memberikan tekanan kepada saluran susu dan tisu-tisu lembut pada duktus susu.

Ia berisiko menyekat aliran susu dan menyebabkan saluran susu tersumbat. Ini boleh membawa kepada jangkitan kulat seriawan sehingga memerlukan pengambilan antibiotik. Secara tak lansung ini boleh mengganggu rutin penyusuan dan menjejaskan penghasilan susu badan.

Pernah la saya sembang dengan geng mak menyusu lain (well, jangan terkejut. Orang perempuan ni memang sampai ke tahap baju dalam pun dia boleh sembangkan) lol.

Katanya, “aku ni senang je, beli je bra dekat giant or mydin. Murah pun murah”

Oklah, cakap pasal bab ni, saya sendiri pun tak kisah sangat pasal kat mana nak beli bra, harga pun walopun memang agak kisah (bra menyusu mahal wehh) jatuh nombor dua. Sebab bagi saya, apa yang paling penting ialah “keselesaan” dan “kesesuaian” dengan bentuk badan kita.

Penting gilaaa kott.

Jangan tak tau eh, ada je mak menyusu yang kalau kat rumah dia tak pakai apa-apa bra langsung sebab katanya tak selesa. Ngeri ku mendengar.

Takkanlah kita nak jadi mak menyusu yang londeh, kendur, longgar dan melayut je macam nenek yang dah bercucu kan. Itulah salah satu sebab dan alasan ada mak-mak muda yang tak sanggup nak bagi nenen dekat anak sendiri tu. Takut sangat shape dan alignment aset dia lari.

Tidak tidak tidak.

Oyeah, macam dah panjang lebar kan review ai. Boleh sekodeng link ini untuk terus shopping Bra menyusu cantik dan mantop siap boleh pakai buat aktiviti lasak macam atlit

Topik mak menyusu sangat kalinih.

Kalau nak beli bra yang best ni atau berminat untuk Set Penyusuan Lengkap Shaklee boleh contact saya cepat-cepat okeh!

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia untuk makan sendiri dan buat bisnes

COD sekitar Bangi, Kajang dan kawasan berhampiran Pengeposan ke seluruh Malaysia menggunakan kurier terpilih dalam tempoh 1-3 hari waktu bekerja.

Hubungi : Nusaybah Anuwar 019-3832656

936 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation