BOVINE GELATIN PADA SARUNG ATAU KULIT SOFTGEL SHAKLEE, HALALKAH GELATIN HAIWAN ITU?!

Baru-baru ni ada seseorang tanya pada saya tentang sumber gelatin yang digunakan pada kapsul minyak ikan Omega Guard dan GLA Complex.

Risau betul katanya bila ramai yang sebut pasal gelatin dan kod E yang sinonim dengan haiwan bernama babi.

Ya betul, yang dimaksudkan ialah kapsul gelatin lapisan luar softgel yang menyalut produk seperti suplemen atau ubat-ubatan. Produk Shaklee yang dimaksudkan ialah Omega Guard, Lecithin dan Vitamin E.

Sekarang ni memang terlalu banyak produk makanan kesihatan dan kecantikan yang dijual di  pasaran. Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari.

Setelah diproses, ia terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk termasuklah pil, kapsul cecair atau tablet.

Salah satunya yang semakin popular ialah jenis kapsul minyak ikan atau minyak sayuran yang kenyal-kenyal dan berbentuk seakan jeli. Nama lainnya kita panggil kapsul gelatin.

Banyak sebenarnya fungsi gelatin di dalam industri, termasuklah sebagai agen pemekat, penstabil produk tenusu, pengemulsi makanan, serta bahan tambahan dalam makanan bayi. Gelatin memang sangat terkenal untuk menghasilkan kapsul dalam industri farmaseutikal seperti nutrien tambahan dan ubat-ubatan.

Salah satu keperluan dan tujuan penggunaan gelatin semasa proses pembuatan ubat-ubatan adalah untuk memanjangkan jangka hayat serta memastikannya tahan lama (ubat tidak cepat rosak).

Gelatin ialah sejenis protein yang larut dalam air, dihasilkan menerusi proses hidrolisis separa ke atas kolagen (unsur protein yang terdapat dalam tisu-tisu sendi/penyambung haiwan).

Oleh sebab itulah, bagus jika kita makan kaki ayam, banyak sumber kolagen di situ. :)

Kulit babi, lembu, urat-urat serta tulang binatang merupakan bahan mentah utama untuk menghasilkan gelatin.

kapsul-gelatin-softgel-shaklee-

 

Kebanyakan sumber gelatin yang biasa digunapakai ialah :

  1. gelatine source is ovine – gelatin daripada biri-biri
  2. gelatine source is bovine – gelatin daripada lembu
  3. gelatine source is porcine – gelatin daripada khinzir (babi)
  4. gelatine source is bovine and porcine – campuran gelatin lembu dan babi
  5. gelatine source is marine – gelatin daripada ikan
  6. gelatine source is poultri – gelatin daripada beburung
  7. vegiecaps – kapsul gelatin daripada sumber sayuran

Semaklah juga status halal syarikat yang menjual dan sekiranya telah sah, letakkanlah kepercayaan kepada pihak sepatutnya seperti JAKIM untuk urusan yang di luar bidang kuasa kita.

JAKIM sendiri telah mengeluarkan kenyataan, kod E471 misalnya, tidak semestinya haram kerana bukan semunya berasal dari lemak babi. Ada juga yang diambil daripada sumber tumbuhan seperti buah kelapa sawit.

Nauzubillah.. takut tau bab-bab makan dan jadi darah daging nih.

Janganlah create story yang bukan-bukan. Memang google hanya di hujung jari, tetapi rujuklah sumber-sumber yang boleh dipercayai dahulu sebelum membuat apa-apa penilaian. Boleh semak label yang tertera pada botol vitamin akan perkataan bovine gelatine, yang bermaksud gelatin lembu.

Mengikut undang-undang Islam, sudah tentulah lembu tersebut juga harus disembelih mengikut hukum syara’ supaya status Halal itu bukan sahaja daripada sumber lembu tetapi juga makanan lembu, kaedah sembelihan dan sebagainya.

Zaman sekarang ni mudah sungguh tersebar fitnah. Dengan hanya satu klik saja dah boleh tersebar cerita yang bukan-bukan. Berhentilah menyebar sharing-sharing “copy paste” daripada group sebelah menyebelah dalam di WhatsApp atau Newsfeed tu.

Boleh rujuk pada Direktori Halal JAKIM untuk semua info berkaitan senarai produk dan penafian terhadap isu-isu viral yang tak larat dan kita nak follow semua sekarang nih.

Bukan senang JAKIM nak iktiraf dan keluarkan siji HALAL pada kandungan sesuatu produk. Saya pernah dengar sendiri satu slot ceramah daripada pegawai JAKIM yang berkongsi bagaimana ketatnya prosedur mereka yang kita selalu duk pertikai ni.

Beralahlah. Serahkan tanggugjawab ini kepada golongan yang berada di bidangnya, jangan seronok sangat menhentam dan boikot tanpa ilmu. Memang “tak menang” pun kita kalau nak check semua benda yang kita sendiri oun taktau dari mana hujung pangkal story. Kang tak pasal-pasal dosa kering yang dapat.

Shaklee telah mendapat pengiktirafan Halal daripada ISA (Islamic Service of America) yang proses kelulusannya bukan calang-calang. Bukan senang nak bertahan selama lebih daripada 50 tahun. Kalau ada yang masih belum tau, lebih setengah abad dah Shaklee bertahan dengan kualiti antarabangsa ni. :)

Sama seperti JAKIM, ISA juga mempunyai garis panduan dan standard yang tinggi untuk dipatuhi sebelum sijil halal dapat dikeluarkan. Audit tersebut pula bukanlah direct ke atas product yang telah siap untuk dipack semata-mata tetapi juga dari sumber bahan mentah produk yang bermula dari ladang ternakan, proses penyembelihan, pemprosesan dan pengilangan.

Apa yang paling penting pastikan suplemen tersebut mengandungi sumber nutrisi yang sesuai dengan keperluan kita dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Terlebih dahulu, dapatkanlah nasihat daripada mereka yang lebih pakar sebelum menelan makanan tambahan terutamanya produk pelangsingan badan.

Rujuk balik, jika ada sijil HALAL, inshaAllah bolehlah terus makan dengan gembiranya tanpa was-was lagi! :)

Semoga sedikit info ini dapat mencerahkan mana yang malap dan memberi manfaat!

2,842 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation