BOLEHKAH PENYAKIT AUTO-IMUN KEMBALI SEMBUH?

Sistem imun adalah salah satu sistem kompleks di dalam badan kita yang telah diprogramkan untuk “mencari dan memusnahkan” musuh seperti kuman, virus dan bakteria penyebab penyakit, termasuklah penyakit-penyakit berjangkit.

Penyakit autoimun terjadi apabila sistem kekebalan tubuh seseorang mengalami gangguan sehingga ia pula yang menyerang tubuhnya sendiri sedangkan ia sepatutnya hanya menyerang bendasing yang membahayakan.

Mereka yang mempunyai gangguan autoimun memiliki sistem antibodi yang tidak normal, menjadi keliru dengan bersikap sangat pro-aktif sampaikan tak kenal dan tak tahu nak bezakan siapa baik dan siapa jahat.

Gangguan ini dikategorikan kepada dua :

  1. organ spesifik – satu organ tertentu yang terkena
  2. organ tidak spesifik – sistem imun menyerang beberapa organ badan/sistem tubuh yang lebih luas.

Sampai hari ini pun belum ada sebab sahih yang menjelaskan punca terjadinya penyakit ini tetapi antara risiko yang sering disebut-sebut ialah faktor genetik di mana kecenderungan penyakit autoimun terjadi dalam keluarga atau faktor keturunan.

Namun begitu, faktor luaran lain termasuklah gaya hidup yang tidak sihat dan terdapatnya jangkitan atau radang tertentu dalah punca penyakit autoimun menjadi semakin kronik.

Dari segi jantina, perempuan lebih berisiko tinggi jika dibandingkan dengan lelaki. Hormon seks – seperti estrogen dan progesteron terbukti gangguan autoimun cenderung menyerang selama usia reproduktif.

Selain daripada kebergantungan terhadap ubat anti-inflamasi yang mengandungi steroid bagi meredakan sakit dan mengurangkan radang, hasil daripada kajian yang dijalankan pada tahun 2013, membuktikan bahawa pengambilan resveratrol dapat membantu mengurangkan simptom-simptom autoimun.

Baca : Kehebatan resveratrol dalam sirap Vivix yang semua orang patut tahu

Mari baca apa kata pengidap autoimun yang telah merasai sendiri kesan positif resveratrol bernama Vivix ini :

adakah auto imun boleh sembuh

 

Baca Juga : Resveratrol – ekstrak tumbuhan pertama yang digunakan sebagai terapi anti-penuaan dan anti-kanser

Antara jenis-jenis gangguan autoimun lain yang sering berlaku adalah :

  • Rheumatoid arthritis

Rheumatoid arthritis atau radang sendi adalah penyakit autoimun di mana sistem kekebalan tubuh menghasilkan antibodi yang menyerang pelapis sendi. Akibatnya terjadinya radang dan pembengkakan pada sendi tubuh yang menyakitkan. *Perokok memiliki risiko lebih tinggi terkena penyakit ini.

Jika tidak diubati, ia akan menyebabkan kerosakan kekal pada sendi. Untuk mencegahnya daripada menjadi semakin kronik, penderita rheumatoid arthritis biasanya akan diberikan ubat atau suntikan yang berfungsi untuk mengurangkan sistem kekebalan tubuh yang sedang agresif bertindak.

  • Lupus

Penyakit autoimun yang sering kita dengar lainnya adalah systemic lupus erythematosus atau biasa kita sebut dengan lupus saja. Penyakit ini menyebabkan seseorang mengembangkan antibodi yang justru menyerang hampir ke seluruh jaringan tubuh.

Beberapa bagian tubuh yang paling sering diserang adalah sendi, paru-paru, ginjal, dan jaringan saraf. Untuk mengubati lupus, doktor biasanya akan memberikan ubat steroid untuk mengurangkan fungsi imun.

  • Diabetes type-1

Penyakit ini biasanya akan dapat dikesan sejak usia kanak-kanak atau remaja lagi. Ia disebabkan oleh serangan sistem kekebalan tubuh pada sel-sel di pankreas yang tugasnya menghasilkan insulin.

Ini menyebabkan terganggunya penghasilan insulin sehingga tubuh sudah tidak mampu lagi mengawal kadar gula dalam darah. Jika tindakan tidak diambil, akan timbul risiko kerosakan yang lebih kronik pada tubuh, seperti kerosakan buah pinggang, buta, strok, penyakit jantung, atau masalah berkaitan perjalanan darah dalam tubuh.

Untuk mengubatinya, pesakit akan diberikan suntikan insulin. Selain itu, mereka wajib untuk melakukan pemantauan kadar gula darah, mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah diet seimbang dan tabiat bersenam.

  • Multiple sclerosis (MS).

Ketika sistem kekebalan tubuh seseorang menyerang sel-sel saraf sendiri, beberapa gejala yang mengerikan akan muncul seperti rasa sakit dan kejang otot serta gangguan pada koordinasi tubuh. Penyakit ini digelarkan sebagai multiple sclerosis.

Simptom lain yang biasa adalah kehilangan deria rasa, kelumpuhan, sukar bicara, atau susah berjalan. Untuk mengubatinya, ubat-ubatan tertentu akan digunakan untuk menghalang sistem kekebalan tubuh daripada bertindak melampaui yang sepatutnya. Terapi fizikal boleh dilakukan untuk membantu pesakit agar dapat melakukan kegiatan hariannya.

  • Graves’ disease

Ini adalah penyakit autoimun yang menyebabkan kelenjar tiroid menjadi terlalu aktif. Mereka yang mengalami penyakit ini akan mengalami banyak gejala yang akan mengganggu kegiatan sehari-harinya.

Sukar tidur, mudah beremosi, berat badan turun tanpa sebab, dan mata hitam menonjol adalah sebahagian daripada gejalanya. Gejala lain yang mungkin timbul adalah terlalu sensitif pada suhu panas, otot lemah, tangan menggigil dan tempoh period yang terlalu pendek.

Untuk mengubatinya, pesakit akan diberikan pil radioaktif iodium untuk membunuh sel-sel kelenjar tiroid yang terlalu aktif ataupun ubat anti tiroid. Ada juga kes sehingga pesakit perlu menjalani pembedahan.

  • Psoriasis

Psoriasis adalah keadaan di mana sel-sel kulit berganti terlalu cepat sebelum masa sepatutnya. Ia disebabkan oleh salah satu sel darah dalam sistem kekebalan tubuh yang terlalu aktif, iaitu Sel-T. Berkumpulnya Sel-T di kulit menyebabkan rangsangan pada kulit untuk meghasilkan sel kulit baru lebih cepat sebelum kitar hidupnya selama 28 hari. Kulit akan kelihatan bersisik dan mengalami kegatalan. Pada kebiasaannya, doktor akan memberikan ubat untuk diambil untuk mengawal radang dan krim steroid untuk sapuan luaran.

Baca Juga : Vitamin Semulajadi untuk Membantu Pesakit Psoriasis kembali Ceria

Hubungi saya untuk mendapatkan Set Psoriasis ini

atau sebarang pertanyaan atau konsultasi berkenaan produk adalah sangat dialu-alukan.

Nusaybah Anuwar 019-3832656

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

 

331 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation