BOILED FROG YANG TAKLEH MAKAN TAPI BOLEH BUAT CUCI HATI

Teori katak rebus ini ditemui oleh seorang ahli falsafah German, bernama Friedrich Leopold Goltz.

Katak ialah seekor amfibia yang hidup di dua alam. Katak bernafas menggunakan paru-paru ketika di darat dan mempunyai kulit yang sentiasa basah yang membantunya untuk bernafas ketika berada di dalam air.

Jika seekor katak diletakkan di dalam sebuah periuk berisi air dan suhu air itu dipanaskan dari 20 darjah celcius ke 30 darjah celcius, si katak tidak akan merasai sebarang perubahan. Sekiranya suhu dinaikkan lagi ke 40 darjah celcius, seterusnya 90 darjah celcius, si katak masih tidak berganjak tanpa menyedari bahawa dirinya sedang dalam bahaya.

Mari sama-sama kita saksikan video ini.

Seandainya si katak boleh bercakap, pastinya ia akan berkata “eleh..tak ada beza nya pun. memang terasa panas sikit, tapi saya masih mampu bertahan”

Seandainya kita cuba mengingatkan si katak tentang bahaya yang sedang menantinya “jika suhu makin meningkat dan terus meningkat, kamu pasti akan mati”.

Dan si katak akan menjawab dengan angkuh dan yakin, “dah sekian lama saya buat begini, tiada apa yang berlaku dan saya juga masih hidup. jadi, apa yang nak dirisaukan?”

Setelah beberapa minit berlalu, suhu air juga semakin meningkat dan apabila tiba pada suhu 100 darjah celcius, sesuatu berlaku. Air mula mendidih dan apabila si katak menyedarinya keadaan sudah terlambat dan si katak juga telah mati katak akibat direbus!

Akhirnya si katak yang terlalu selesa dengan perubahan suhu air, yang dirasakan masih boleh bertahan mati begitu sahaja dek kerana tidak sempat mengambil sebarang tindakan walaupun sebelumnya telah diberi peringatan berkali-kali.

Begitulah juga halnya dengan kita dan perjalanan kehidupan kita sehari-hari. Ramai yang lebih sanggup “menahan sabar” tanpa sedar kesemuanya hanya untuk mengkayakan orang lain, kerana terlalu selesa dengan gaji yang diterima saban bulan. Mahu lebih, tapi malas mahu berusaha lebih. Mahu lebih banyak, tapi lebih banyak merungut daripada berikhtiar, lebih banyak mengomel daripada bertindak. Orang lain berjaya, kita cemburu..orang lain bersengkang mata gigih berusaha tetapi kita sayangkan tidur siang dan malam yang tak cukup-cukup.

Terlalu “seronok” barangkali, menikmati air suam yang tidak disedari bakal mengancam nyawa sendiri. Saya? Tengah lari jauh-jauh sambil makan satu persatu katak, dimulai dengan yang paling hodoh dahulu. All about frog story yang sangat memotivasikab diri!!

1,045 total views, 1 views today

One Thought on “BOILED FROG YANG TAKLEH MAKAN TAPI BOLEH BUAT CUCI HATI

  1. Pingback: KISAH LEGEND KATAK PEKAK, LEMAS DAN HODOH YANG MENGINSAFKAN | Nasuha Vita Life

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation