9 CIRI BISNES (TERUTAMANYA MLM) PATUH SYARIAH YANG BOLEH DISERTAI

Agak lama sebenarnya saya nak buat keputusan untuk bermula sebagai pengedar Shaklee yang sah. Macam-macam yang saya nak kaji dulu. Lagi-lagi bila tau Shaklee ni Multi-Level Marketing. (ehh..laa…yeke?)

Acah je. Sebenarnye tak. Tak lansung. Saya tak pernah tau pun Shaklee ni MLM. Sebab nampak kampeni dia macam gempak sangat. Serius. Nampak bergred antarabangsa gituh. Memang pun kan. Orang kampung kata, ada kerlasss nye yang tersendiri.

ciri-ciri MLM atau network marketing yang patuh syariah

 

 

 

 

 

 

 

Lagi???

Tujuan asal saya ambil Shaklee memang sebab saya perlukan vitamin masa tu. Orang perempuan mengandung. Tak pernah minum susu. Tetiap malam kaki betis semua krem sampai menangis-nangis. Tahan ke ngko?

Kalau boleh tahan sekalipun, berapa lama? Berapa hari? Sampai hari nak beranak?

Lepas beranak? Nak menyusukan lagi? Nak kendong anak, nak dukung ke sana sini sementara nak tunggu dia boleh berjalan, berlari.. larat??

YES. betul sekali. sangat betul. saya mula makan suplemen Shaklee sebab memang saya sangat perlukannya. Bukan saya beli sebab terpengaruh dgn iklan atau lepas tengok lukisan rangka orang-orang lidi yg bentuk piramid tu semua. Bukan selepas saya terkejut tiba-tiba kawan lama yang dah bertahun tak jumpa datang dan buka file bla..bla..bla.. makanya saya angguk dan setuju ja sebab malas nak layan. BUKAN. MEMANG SAMA SEKALI TIDAK.

Seminggu makan, ok.. Masuk minggu ke-2, makin ok.. Minggu ke-3 ok sangat. Genap sebulan, it was ohsem!!! Haa… tang ni lah.. membuak-buak perasaan nak order lagi dan lagi.. Terus rasa best gila dan mula nak ushar vitamin-vitamin lain pulak. Begitulah seterusnya, satu demi satu vitamin yang buat saya fall in love..

Sehinggakan… asik nak beli je.. daripada kalsium yang niatnya nak buat ganti susu masa preggy, sampailah ke Set Berpantang dan berjangkit pulak ke Set Menyusu.. Dan disebabkan sebelum tu jugak saya dah makan sendiri beberapa jenis vitaminnya, saya dah rasa sendiri betapa saya sangat suka dan berpuas hati dengan kualiti produknya, saya memang taknak tunggu lama-lama lagi dah..

Haishhh..mana boleh tahan asik bayar harga retail aje kan.. Makanya, saya pun berkira-kira ingin bertukar status daripada pelanggan kepada ahli berdaftar.. Masa tu niat di hati nak dapat penjimatan. Masa tu saya memang kategori orang bijak pandai, sebab saya mendaftar ahli secara PERCUMA. :)

Ternyata dari beberapa kajian dan penyelidikan (cewah) dan pembacaan, Shaklee adalah di antara Syarikan MLM yang mengikut garis panduan menurut syariah :)

Apakah pula kriteria yang saya maksudkan itu :

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya

Contohnya ialah produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lain-lain ciri yang boleh membantu menambahnilai dalam hidup orang lain. Oleh itu, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengaburi dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.

Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah. No such things as bayar je dulu dulu tapi dapat kemudian. Dah banyak terjadi kan, kes beli emas tamak-tamak, lepas tu tersontot di tengah jalan.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja (mendaftar)

Tak ada istilah kena cari kepala sebab nak dapat balik modal yang dah lebur. Kesemua insentif atau bayaran bonus adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu.

So memang tak wajib nak kena beli certain-certain RM untuk dapat komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya.

Ini termasuklah mengadakan perjumpaan, taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.

Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia lebih rajin dan mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas.

Tidak ada agenda tersembunyi yang bakal menjerut orang lain. Ini adalah bagi mengelakkan segala jenis penipuan yang boleh menjebakkan bisnes menjadi haram dan tidak patuh syariah.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah

Ini bermaksud, perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal dan usaha masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang adil dan telah ditetapkan sejak di peringkat awal lagi oleh syarikat.

Sumber:

1. http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

Jadi, macam mana, rasa jelas tak dengan ciri-ciri penting ini?

Buat yang pernah atau sedang mengikuti gerakan Multi-Level-Mareketing (MLM), rasa-rasanya ia memenuhi tak semua ciri-ciri ni?

Saya? Memang bermula dengan merangkak perlahan, tetapi sehingga kini pun saya tidak pernah rasa terbeban atau menyesal dengan pilihan saya ini.

Saya bukan sahaja dapat mengecapi hidup yang lebih sihat, malah pulangannnya juga dah berkali-kali ganda. Daripada suka-suki dah jadi side income weh!

Best ke best??! hihihi..

Ingin mencuba vitamin semulajadi Shaklee dan sertai kumpulan besar saya yang sangat happening?

Jomlah join group kami. Besttt!!!

Hubungi Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Kajang, Bangi dan kawasan berhampiran.

Nusaybah Anuwar 019-3832656

1,264 total views, 1 views today

One Thought on “9 CIRI BISNES (TERUTAMANYA MLM) PATUH SYARIAH YANG BOLEH DISERTAI

  1. Pingback: 6+1 SEBAB BISNES SHAKLEE MAKIN DIMINATI DAN AHLINYA BERTAMBAH RAMAI HARI DEMI HARI | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation