BILA KAKNGAH BERTANDING MASAK MEE REBUS DAN CHEF ZUBIR RASA

Baru-baru ini kecoh dan huru hara di bandar Cyberjaya gara-gara satu kumpulan budak-budak kenit dan genit yang berani masuk bertanding masak memasak.

Katanya, pertandingan yang disertai tu gempak sebab juri yang datang merasa makanan yang dimasak oleh peserta bukan calang-calang tau! Nak tau tak siapa? Ala.. pemilik Restoran Laman Grill di Bangi yang femes tu..

Siap ada intro lagu dan joget masterchef lagi. Feeling masterchef sangat kata budak-budak yang masuk bertanding tu dekat saya.

chef zubir masterchef

Seketool macam Dato’ Jamil Khir Baharom..kan..kann??

Herm.. apa agaknya yang bikin riuh rendah tu ye?

Nanti kita interview mereka yang sejak hari tu, terus terkenal dan disapa ramah oleh orang sekeliling baik masa jumpa di surau atau di tandas.

Jom semak resepi yang simple tapi “berjiwa besar” kerna sudah pun di bawak masuk bertanding ni. :)

20150225_213742

Angel Hair Bone Super Power @ Mee Rebus Tulang Istimewa

Bahan-bahan :

  • 1 bungkus spagheti jenis Angel Hair (untuk hidangan 8-10 orang)
  • 1 kg tulang lembu (saya ambil yang ada isi daging) direbus hingga empuk bersama sup bunjut Adabi
  • 1 kg daging dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih – (diketuk)
  • 1 ketul ketumbar (sebesar empat jari) – (diketuk)
  • segenggam udang kering – (dikisar)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 5 ulas bawang merah – (dikisar)
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar (boleh ditambah lagi kalau sukakan lebih pedas)
  • sedikit minyak utk menumis
  • 1 tin sup tomato/tomato soup (saya guna jenama Campbells)

Memandangkan resepi ini adalah resepi gabungan daripada beberapa dapur lain, saya beroleh ilmu baru berkenaan bahan yang berupaya memberi efek rasa yang berbeza dan tersendiri pada Kuah Mee.

Bahan Rahsia tersebut ialah :

tomato soup ready to serve

tomato soup ready to serve

Tengok betul-betul label pada tin. TOMATO SOUP.

Bukannya TOMATO PUREE.

kimball tomato puree

kimball tomato puree

Ada beza tau antara kedua-dua bahan ni.

Tomato puree adalah lebih masam dan pekat manakala tomato soup pula adalah tidak terlalu masam, lebih cair dan sudah sedia dinikmati tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.

Pertama kali. Pertama kali sebenarnya guna tomato soup ni. Terima kasih buat yang turut sama menyumbang resepi :)

Atau boleh juga buat senirik Tomato Soup macam resepi yang memang best ni Best Homemade Tomate Soup

Untuk Hiasan :

  • Segenggam taugeh
  • Telur rebus
  • Sayur sawi dicelur
  • Tauhu digoreng dan dipotong nipis
  • Bawang goreng
  • Daun sup/daun bawang (jika suka)
  • Cili hijau/merah dihiris menyerong
  • Daging rebus dihiris nipis

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih yang diketuk hingga wangi dan kekuningan
  2. Masukkan bahan kisar (cili kering, bawang merah dan udang kering) dan kacau rata
  3. Masukkan sedikit garam dan gula serta batang daun sup dan tumis lagi sehingga garing dan terbit minyak
  4. Campakkann lengkuas yang telah diketuk untuk rasa kuah dan aroma tumisan yang lebih kick
  5. Masukkan air rebusan stok daging dan biarkan mendidih
  6. Masukkan tomato sup dan ketumbar yang telah diketuk dan kacau lagi
  7. Tambahkan air lagi jika mahu lebih kuah (mengikut kepekatan yang disukai)
  8. Perasakan dengan garam dan gula (kuah mee rebus adalah sedikit manis)
  9. Masukkan angel hair dan bahan hiasan ke dalam mangkuk termasuk hirisan daging yg telah direbus terlebih dahulu
  10. Curahkan kuah mee rebus tulang yang telah siap
  11. Taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang/hirisan cili
  12. Sedia dinikmati!

Nota Kaki :

*Resepi ni adalah gabungan daripada resepi mee udang, mee rebus dan mee jawa, tapi untuk menjadikannya sedikit berbeza, pasta angel hair digunakan sebagai pengganti mee dalam main dish.

*Untuk memenuhi syarat pertandingan, tulang dan isi daging direbus dengan menggunakan sup bunjut adabi :)

Nak tayang sikit periuk pinjam yang masuk bertanding tempoh hari :)

Ramai yang tanya ni sebab katanya nampak macam mahal. hehehe… Cosway Brand jeee…

20150225_225547(0)

Gambar bawah :

20150225_214015

Antara hasil kerosakan masa hari terakhir di Haji Ismail Group Langkawi last 2 week :)

Praktikal sangat! Sukkaaa gillerrr tau bekas nih! Rasa nak beli sepoloh kasi simpan untuk kasi adiah kat orang kawen tapi apakan daya, tak muat kereta dah hoi!

7,907 total views, 5 views today

One Thought on “BILA KAKNGAH BERTANDING MASAK MEE REBUS DAN CHEF ZUBIR RASA

  1. hisham on 03/01/2017 at 8:20 AM said:

    Resipi ini macam mi kuah utara yang aruah mak saya selalu buat. Rupa2nya mi kuah ini memang terkenal di pulau pinang dan kedah serta kawasan2 tempiasnya. Susah nak cari kedai yg jual mi ini. Agaknya sebab remeh nak buat dan banyak sgt bahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation