BILA BATUK BERKAHAK MELANDA

Sebut pasal batuk ni.. selalu kita dengar pasal gejala batuk yang berpanjangan, kahak yang tak selesa di tekak tapi degil tau mau dikeluarkan, kerisauan ibu-ibu hebat tentang baby yang batuk dengan mucus yang banyak sampai bersarang di paru-paru..

Huishhh..memang banyak sungguh kes-kes berkaitan batuk ni.. bukan mudah juga nak berpisah bila sekali dah terkena penyakit batuk.. Batuk suatu penyakit? Biasa kita dengar kalau batuk kering tu penyakitnya samalah jika kita faham tibi.. tapi, macamana pulak dengan batuk yang tak kering a.k.a batuk berkahak ni? Di kalangan orang dewasa pulak tu… aduhhh.. belum cukup research nak ulas panjang²..

Yang nak story Nye ialah masuk hari ni dah dekat 3 minggu saya batuk.. Ya Allah, rasa tersangat sakit peritnya dada tekak setiap kali batuk.. Pundi kencing pun bagai ditekan-tekan sampaikan asyik kena tukar seluar kecik.. sangat-sangat tak selesa.. Dengan keadaan diri yang macam ni sekarang, memang kesian kat adik baby yang secara tak lansung pun mesti terasa bila ibu dia batuk teruk macam ni.. teramat siksa nya tuhan yang tau, terasa macam nak terkeluar anak tekak.. memang bangun tengah malam dan setiap kali ke toilet perasaan nak paksa kahak keluar tu ada.. kekadang sampai berdarah.. warna mucus pun macam dah ada jangkitan.. risau juga bila memikir, tapi dalam banyak² sakit, batuk ni lah yang bukan mudah nak sembuh..sekali dah batuk, memang makan hari dan minggu..

Setakat ni memang belum pernah makan apa-apa ubat pun.. last week ikut abi ke klinik, ambil ubat batuk.. dan abi minta ubat yg tak mengantuk.. memang lately keadaan cuaca menyebabkan klinik sentiasa berpengunjung.. saya ada juga risik dan Tanya pada dokter on duty, “ubat ni sesuai tak utk preggy mom?”.. katanya, ok dan boleh share dgn hubby.. (ermm..tapi masih juga tak yakin lagi² dlm keadaan macamni)..

Di dunia yang serba canggih, segalanya di hujung jari ni, saya selalu rajin-rajin kan diri utk search petua alami utk batuk berkahak.. masih tak berani consume ubat doctor walaupun ada dah statement yang beritahu ubat abi tu saya boleh makan sama..

batuk

Setiap malam sebelum tidur, minum air suam, kata abi.. biar lega sikit tekak.. abi selalu bebel-bebel manja kata saya ni kurang air sbb bibir selalu kering.. entah, bila dah dapat gejala batuk begini, nak minum air pun kena fikir 3-4 kali.. runsing sungguh bila asyik kena batalkan solat sebab ada lelehan cecair yang keluar bila batuk.. memang tak dapat kawal bila tekak terasa geli..

Saya praktik satu traditional remedies, bancuhan lemon dan madu untuk rawat batuk.. Alhamdulillah sembuh, dan saya kongsi pula petua tu dengan kawan di ofis.. it’s really refreshing.. masam-masam suam dan rasa madu yang asli tu buat tekak rasa legaaaa sangatttt… So far tips ini memang mujarab dan boleh diamalkan. Madu kan memang tersohor dan sinonim dengan khasiat penyembuhannya..

Ni bila musim panas datang, dah dapat balik batuk.. kali ni lagi teruk.. berjangkit dgn abi agaknya nii.. mujur si kecik tak ikut sama.. mana taknya, tetiap malam minta chewable vita-c, paling koman 2 biji.. siap berguling kalau tak diturutkan dia.. risau pulak takut overdose..

Memang bukan terus elok, tapi memang terasa beransur baik batuk, memang tak sentuh langsung ubat klinik.. lagi satu, mungkin sebab dah lama tak terbiasa ke doctor utk ambil ubat, sejak kenal dgn Si S yg tersohor dgn title semulajadi tu, stok² vitamin di rumah memang tak pernah mengecewakan.. jadi memang susah nak telan pil-pil klinik sekarang ni.. lagi² panadol.. pernah dengar juga kata orang, bila batuk dan kita makan ubat batuk, sebenarnya ia bukan menambahbaik keadaan, sudahlah batuk tak hilang-hilang, malah kahak pulak yg akan terperangkap… mujur saya tak pernah di diagnosed penyakit berkaitan paru-paru..nauzubillah…

Bila batuk berkahak melanda yang tak tahu bila nak berakhir.. Bila tiba musim-musim cuaca panas kering macamni, eloklah dibuat stok ubat batuk tradisional ni, simpan dalam peti sejuk..

madu

Resepi Ubat Batuk Tradisi

Dapatkan madu asli didalam bekas balang yang tertutup. Halia dan lemon perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Halia tersebut perlu dibuang kulitnya dan dihiris. Begitu juga dengan lemon, bersihkan dan dihiris.

Hirisan halia dan lemon ini kemudiannya di masukkan kedalam balang bertutup yang berisi madu. Balang ini kemudiannya perlu disimpan didalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar dan tahan selama 2 hingga 3 bulan didalam peti sejuk.

Cara nak minum :

Masukkan satu sudu madu ini kedalam gelas berisi air suam. Kacau sehingga rata dan minum. Amalkan dua hingga tiga kali sehari sehingga batuk dan sakit tekak anda sembuh.

Sekian, sedikit perkongsian ilmu daripada blogwalking dan sharing dari kawan-kawan.. Petua-petua ni kena amalkan dan tentunya kena banyak bersabar. Sesungguhnya kita berikhtiar, dan selebihnya bertawakallah kepada Sang Pencipta.. Selamat Menchoobaaa!

Pstttt…

Ada hikmah juga, setiap kali terjaga dan ke toilet, dapat juga saya berdating menghadap si pencinta yang mendatangkan sakit penghapus dosa ni.. dah alang-alang celik mata, nak tidur balik pun bukan semudah yang disangka.. kadang² sampai berejam terkebil-kebil mata, abis semua apps dalam phone dah explore.. mati semua kambing biri-biri dibilang, mata tak juga nak lelap… sudahnya di sejadah juga yg buat semua selesai.. :)

2,642 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation