BIASALAH TU… RESDUNG JE, PERLU RAWATAN KE?

sinus atau resdung

sinus atau resdung?

Resdung

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Ia juga dikenali sebagai sinusitis. Apa yang menjadi masalah ialah penyakit resdung ini sering dipandang remeh malah ada yang tidak sedar dirinya adalah penghidap resdung kerana menganggap ia hanyalah simptom alahan dan selsema biasa yang berpanjangan.

Resdung ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung.

Sinus. Apa tu? Sama tak dengan resdung?

Sinus – satu rongga atau ruang seperti sinus hidung. Sinus hidung pula bermaksud rongga udara yang diselaputi lendir di dalam tulang tengkorak dan  mempunyai hubungan dengan rongga hidung. Lendir akan dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan ia akan mengalir kedalam hidung.

Apabila lapisan membran mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia akan membengkak dan menghalang pengaliran lendir ini daripada sinus ke dalam hidung dan tekak seterusnya akan mengakibatkan tekanan dan berlakunya radang atau jangkitan dalam rongga sinus.

Jadi, dengan kata lain,  adalah kurang tepat apabila seseorang itu berkata :

“Saya menghidapi sinus” kerana mereka hanya merujuk kepada struktur normal anatomi yang ada pada setiap orang!

Dan kebanyakan doktor akan menjawab :

“Ya, semua orang mempunyai sinus” kerana kesemua orang yang normal akan mempunyai sinus di hidung mereka. :)

Diantara simptom resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau sering tersumbat, sakit kepala terutama di sekitar dahi, sakit tekak yang berpanjangan, kurang deria rasa, kelemumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan.

Resdung menjadi antara penyakit yang popular di negara ini ekoran kaedah rawatannya yang tidak hanya tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi turut terdapat di kaki lima, pusat beli belah dan pasar malam. Yang terbaru, dekat uptown pun dah ada khemah rawatan resdung tradisional. Sambutan orang ramai pun boleh tahan juga. Memberansangkan!

Ramai rupanya orang kita yang terjebak dengan resdung nih ye?!

Ya. Dianggarkan hampir 25% rakyat Malaysia menghidap penyakit resdung yang serius.

Rawatan?

Apa yang saya tak pernah cuba, name it. Asap-asapkan muka guna rokok herba? Gelek-gelek telur ayam kat sekeliling muka and pecahkan lepastu keluar darah? Titis lilin guna gulungan suratkhabar di atas muka sambil berbaring?

Daripada lendir yang berdarah, sehinggalah ulat halus umpama hampas kelapa yang keluar daripada pipi. Makan ubat herba orang kampung yang lepas tu memanjang sendawa rasa akar kayu kat tekak? Semua dah pernah test. Sampai serik dan bosan.

Sehinggakan saya sendiri dengan penuh yakin, dengan rasa konfiden yang sangat tebal menyatakan bahawa masalah jerawat saya juga adalah kesemuanya berpunca daripada masalah resdung ini, dan ia tak akan berakhir jika resdung saya tak settle. Tak mungkin selesai sampai bila-bila sebab semua orang pun ada resdung, cuma teruk dengan tidak je.

Tengok tu, salah tanggapan!

Sehinggalah saya mula kenal apa itu nutrisi, kenapa pentingnya zat yang seimbang, ada beza ke suplemen semulajadi dan sintetik dan kenapa perlu study dulu sebelum ambil apa-apa makanan tambahan.

Sangat banyak yang saya belajar, daripada zero to 1,2,3 and still counting.. walopun belum lagi jadi hero dan ia termasuklah statement ini :

Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis’ dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat. Ini disebabkan sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan yang membabitkan kulit.

Fikirkan kembali kesahihan kaedah rawatan yang digunakan, mitos yang disebut-sebut tok bomoh bahawa ulat resdung yang menjadi punca jerawat yang tak berkesudahan.

-Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Darul Ehsan (Demc), Dr Abd Razak Rahman Hamzah-

Saya tidak menjangka akan terjadinya sebarang perubahan istilah ‘sinus’ atau resdung, saya Cuma berharap orang ramai dengan gejala seumpama ini akan berjumpa dengan doktor bertauliah, dan bukannya merujuk kepada jaminan palsu di internet dan media sosial yang menggunakan kaedah yang tidak diiktiraf dan merbahaya untuk pemulihan penyakit hidung.

-Dr Ahmad Nordin (Ear Nose and Throat surgeon, Sabah)/http://www.mmgazette.com/-

Sumber Rujukan :

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Sinusitis
  2. http://www.mmgazette.com/sinus-or-resdung-dr-ahmad-nordin/
  3. http://www.webmd.com/allergies/sinusitis-and-sinus-infection

Lagi kisah bagaimana masalah resdung kronik saya selesai setelah 20 tahun menjadi bahan ujikaji pelbagai jenama ubat moden dan tradisi di SINI

1,600 total views, 8 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation