BEZA VITAMIN DAN UBAT, TAK ROSAK BUAH PINGGANG KE MAKAN BANYAK-BANYAK SUPLEMEN NI?

Vitamin bukan ubat.

Ramai yang tak faham benda ni sampai takut sangat nak makan vitamins. Takut duit luak pun ye mungkin sebab dia tak nampak yang sebenarnya banyak penyakit atau punca utama senang sangat jatuh sakit sebab malnutrisi – kurang zat dan nutrien dalam badan.

Makan merapu, merepek, kerepek semua tu tak takut pulak. Macam saya dulu. (Sekarang pun masih, tapi awareness dah tebal dan tahu sejak tengok banyak penyakit yang pelik-pelik dan jarang dengar dulu-dulu, tapi sekarang berlaku tepi-tepi kita je)

Duk tahu dah maggie tu tak bagus, tapi makan je sebab entahlah.. macam tak kisah sangat pun sebab ramai je kawan-kawan dan sedara mara yang tegar dengan maggie tapi sihat je sampai sekarang.

Ikutan yang sesat. Nak betulkan yang biasa dan biasakan yang betul tu memang payah.

Memang tak sama lansung vitamin dengan ubat yang hanya boleh makan pada waktu tertentu. Kalau kita tak sakit, jangan pandai-pandai atau berani-berani makan ubat.

Vitamin jugak bukan untuk orang sakit, sebab orang sakit kena makan ubat untuk rawatan dan kesembuhan.

Tapi hari ini, ramai orang sakit yang tekad nak ambil vitamin sebab walopun dah makan ubat ikut peraturan, badan mereka masih juga selalu penat dan rasa lesu tak bermaya.

Memang belum ada orang yang saya nampak wajahnya makin berseri dan tubuhnya makin kuat sekalipun selepas bertahun-tahun ambil ubat.

Ada jugak yang nak ambil vitamin untuk mengurangkan kebergantungan pada ubat. “Takut lama-lama rosak buah pinggang nanti,” kata mereka.

Sayangnya, kesedaran ini hanya timbul bila sudah disahkan sakit dan perlu bergantung dengan ubat.

Tidak seperti vitamin, ubat tidak membantu untuk beri tenaga dan nutrisi pada sel-sel tubuh. Ubat hanya mengurangkan rasa sakit dan melenyapkan simptom.

Saya bukan anti-ubat, tapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk mengurangkan pengambilan ubat dalam rutin kehidupan sebab saya sedar kualiti persekitaran kita hari ini tidak seperti 20 tahun dulu.

Jadi kalau ada yang masih kurang jelas tentang kedua-duanya, ini jawapan ringkas yang boleh membantu.

Awak sihat?
Tak ada penyakit apa-apa?

Ambillah vitamin sekarang untuk kekal sihat. InshaAllah sakit pun susah nak hinggap. Lagipun, bila dah sakit nanti vitamin dah jadi nombor dua.

Vitamin takkan mampu untuk menyembuhkan sakit yang sedang di fasa-fasa kronik, tetapi tindakan ambil vitamin sebelum disahkan ada penyakit boleh memperkasakan sistem imun, menguatkan antibodi dan mengelak terjadinya penyakit yang tak diingini.

Jangan takut-takut nak makan vitamin, sebagaimana kita tak takut nak makan ubat setiap kali ditimpa sakit. Ada ramai yang saya kenal takut sangat nak makan vitamin sebab katanya vitamin ni cuma buang duit je. Bukan keperluan tapi kehendak.

Herm.. tanggapan salah tu tapi ramai sangat orang yang buat. Macam tu jugak dengan ambil perlindungan insurans, tak ramai yang rasa benda ni penting dan perlu sebab kesakitan atau kemalangan itu belum datang. Sedangkan, itulah salah satu bentuk pelaburan kita untuk kesihatan.

Satu lagi sebab paling utama kenapa ramai yang takut nak makan vitamin ialah “side effect”

Bagus orang yang macamni, sebab ini maksudnya dia concern untuk tidak sewenang-wenangnya sumbatkan mulutnya dengan apa-apa yang tak diyakini selamat.

Sebab itu, ilmu tentang vitamins atau makanan tambahan memang kita kena tahu dan ambil tahu sebelum start makan. Bukan setakat ikut-ikut orang, bukan sekadar follow-follow kawan yang tiba-tiba selim melim atau putih melepak macam artis korea kononnya sebab makan produk bagus.

Watch Out! Mesti ada something wrong somewhere. Kawan awak tu sedang dalam bahaya!

Baca Ni : Ciri-ciri penting suplemen yang selamat diambil dalam jangka masa panjang tetapi ramai yang tak tahu

Banyak dah kes yang berlaku hari ni, buah pinggang dan hati yang rosak sebab produk yang entah hapa-hapa. Sedih sebenarnya sebab inilah bukti yang rakyat Malaysia ni sangat malas membaca (hanya suka viral dan tekan share), semberono dengan kesihatan dan tak kisah.

Baca Lagi : Kenapa mesti pilih jenama sebelum decide nak ambil suplemen tambahan

Ini Pun Baca : Kenapa Shaklee Tak Ada Jual di Farmasi atau Pasaraya Terkemuka

Nak start bervitamin tapi tak tahu nak pilih brand apa?

Boleh cari saya, sebab saya kenal jenama pioneer yang dah berusia lebih setengah abad bertapak dalam bidang produk kesihatan.

Pengedar Vitamin Semulajadi

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Kajang, Bangi dan pengeposan ke seluruh Malaysia menggunakan kurier terpilih

Hubungi : Nusaybah Anuwar 019-3832656

582 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation