BEZA DAN MANFAAT MEALSHAKES YANG BUAT IBU TAK SANGGUP PUTUS STOK LAGI

Seminggu ni kakak Nasuha tak berapa sihat. Kerap demam malam, hidung berair, bersin, berhingus, dan sedikit batuk. Adik yang sebelum ni dah start simptom dulu pun sesekali kedengaran juga batuk dan selsema. Baru nak baik tapi jadi balik bila ada sorang lagi “geng” yang sama-sama tengah berusaha melawan jangkitan.

Yang buat ibu paling risau sekali ialah pasal selera makan kakak yang teruk menjunam. Memang sangat-sangat kurang memberansangkan. Kalau biasanya sepinggan nasi tu kakak selamber je habiskan, time sakit ni sampai tak mintak nasi lansung. Ibu offer nak suapkan pun dia menggeleng. Sebut pasal mee goreng kegemaran pun taknak dia. Makin susah hati ibu dibuatnya. Iyelah, anak yang sangat suka makan, selalu berselera dan tak memilih makan, tiba-tiba tak menunjukkan minat pada makanan.

So masa sembang dengan abi on da way nak ke office pagi ni terkeluar sembang pasal susu. Susu kakak dah nak habis dan ibu asik lupa nak order. Sebut pasal susu serta merta ibu teringat sesuatu! Ya Ampun, lupa nak bancuh meashakes dalam bekas susu kakak!!!

Patutlah lately dia tak begitu berselera makan, padanlah sakit demam selsema di kali ni lama daripada kebiasaan. Mealshakes tak taruk dalam susu rupanya! Bila fikir punya fikir memang nampak beza yang ketara sangat!

Ada juga yang taktau apa benda sebenarnya mealshakes ni, susu jugak ke? Atau penambah perisa untuk sedapkan susu budak? Atau mungkin juga suplemen tambahan untuk anak?

Mari kita check apa yang best sangat tentang Mealshakes Shaklee yang selalu disebut-sebut ini.

  1. Minuman multivitamin perisa vanila yang lengkap tanpa pewarna atau pemanis tiruan
  2. Mengandungi vitamin A,C,E, zink dan selenium sebagai anti-oksidan
  3. Mengandungi vitamin B-Complex yang lengkap dengan zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat
  4. Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel dalam tubuh membesar dengan sempurna
  5. Kaya dengan protein yang membantu pembentukan sel,tisu dan organ tubuh
  6. Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral
  7. Kaya dengan serat larut yang membantu menyungkirkan lemak berlebihan daripada usus dan perut
mealshakes shaklee multivitamin serbuk yang lengkap dengan nutrisi untuk kanak-kanak

mealshakes shaklee multivitamin serbuk yang lengkap dengan nutrisi untuk kanak-kanak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mealshakes Shaklee adalah satu hidangan lengkap yang lazat, serta mudah disediakan dan sangat sesuai dijadikan sarapan segera untuk seisi keluarga.

  • sarapan segera yang berkhasiat
  • sarapan segera yang mampu dibeli
  • hidangan segera yang lengkap dan seimbang untuk para atlet
  • kudapan yang mudah pada bila-bila masa di mana sahaja
  • hidangan yang ideal, rendah kolesterol dan menyihatkan

Sebelum terlupa terus-menerus, moleklah kiranya ibu cargas turun ke dapur menggodak susu dan sebahagian daripada serbuk vanilla mealshakes ini ke dalam bekas susu kakak Iman Nasuha.

Sukatan 1 scoop susu sehari sudah memadai untuk bekalan protein, vitamin, mineral, serat serta 9 asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh si manja anda. Pilihan terbaik ibu-ibu yang bijaksana untuk memenuhi keperluan nutrisi mereka disamping dapat mengatasi masalah sembelit atau kurang berat badan.

Picky eaters pun dah pandai sound mamanya bila lambat sediakan makanan. hihihi..

testimoni-mealshakes-shaklee

 

 

 

Nampaknya Iman Nasuha juga sudah beransur sembuh dan moga terus-terusan baik seperti sediakala.

Ibu sayang kamu!

547 total views, 4 views today

One Thought on “BEZA DAN MANFAAT MEALSHAKES YANG BUAT IBU TAK SANGGUP PUTUS STOK LAGI

  1. Pingback: ATASI ANAK SEMBELIT DENGAN MEALSHAKES | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation