BETAPA ISTIMEWANYA KOLAGEN SHAKLEE – BUKAN SETAKAT NAK JADI CANTIK !!

Ada orang kata serbuk kolagen Shaklee baunya busuk. Yang ni bukan seorang tau, ramai yang repeat statement yang sama. Tak cukup dengan itu, dalam ramai-ramai tu jugak, ada yang kecam mengatakan serbuk kolagen Shaklee ni dahlah busuk, tak sedap dan tak padan dengan harga.

Hah gitu. Begitu sekali kau! Macam sakit hati sangat pulak bunyinya kan.

Sebelum anda yang baca ni pun setuju dan merasai perkara yang sama, mari kita kenal dulu siapakah dia kolagen Shaklee yang selalu disebut-sebut ini.

Ada apa dengan Shaklee Collagen Powder ?

ikan merah adalah sumber kolagen yang paling stabil dan berkualiti

ikan merah adalah sumber kolagen yang paling stabil dan berkualiti

Shaklee Collagen Powder mengandungi 4000 mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

Kolagen Shaklee ini memiliki molekul yang sangat rendah dan ringan (kira-kira 1000 Dalton) yang bertujuan untuk membolehkannya diserap dengan mudah oleh tubuh selain dapat membantu meningkatkan sintesis kolagen dengan lebih berkesan.

Dalton adalah unit bagi menyukat berat molekular kolagen. Oleh sebab itu, Collagen powder Shaklee sangat mudah diserap pada lapisan dermis kulit.

Kenapa Shaklee memilih ikan merah sebagai formula istimewa dalam produk kolagen powdernya?

  1. ikan merah adalah sejenis ikan yang elastik dan boleh menahan tekanan sehingga 2o paun
  2. ikan merah bertelur dan hidup di lautan dalam yang bebas daripada pencemaran
  3. ikan merah mengandungi kepaduan sel yang sangat tinggi
  4. ikan merah mempunyai jisim molekul yang sangat rendah yang untuk penyerapan unggul
  5. ikan merah tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan

Oleh sebab itu, ikan merah merupakan sumber kolagen premium yang tahan lasak dan paling sesuai digunakan kerana ia mempunyai kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain.

Kebaikan daripada ekstrak daripada sisik ikan merah, digabungkan dengan bahan-bahan tambahan menjadikan serbuk kolagen Shaklee sangat berbeza dan tinggi kualitinya.

Kolagen daripada sisik ikan – Sumber kolagen bergred tinggi dan paling mudah menyerap ke dalam kulit

Elastin daripada kolagen ikan – Memberikan kesan elastin, memelihara kulit agar menjadi fleksibel, memberikan reaksi tegang apabila ditarik, mengekalkan keanjalan, ketegangan dan elasticity.

Ekstrak kekerangan – ekstrak penting mengandungi glukosamina yang bertindak sebagai pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata

Vitamin B dan C – Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas. Ia membantu membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh untuk meningkatkan prestasi dan tenaga.

Lactobacillus acidophilus–  Membantu mengimbangi mikroflora usus untuk membina semula sistem usus yang sihat untuk meningkatkan penyerapan kolagen

Ekstrak biji Camellia Japonica – Mengandungi acid oleik, emolion dan pelembap kulit yang hebat serta juga isoflavon, anti-oksidan semulajadi yang membekalkan nutrisi dalam mengurangkan kesan radikal bebas

Ekstrak Pfaffia – Sejenis ginseng Brazil yang apabila bergabung dengan ekstrak biji camellia japonica, akan membantu formulasi kolagen dan asid hyaluronic. Asid hyaluronic ini berperanan penting dalam menghidratkan tisu tubuh kita agar kulit lebih lembut, lembap dan licin. Ia juga boleh mengatasi masalah rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin.

Semakin kita tua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen. Kesaannya, semakin banyak kedutan dan garis halus akan mula kelihatan. Proses penuaan ini akan mengakibatkan kulit juga semakin kendur.

Selain umur, faktor luaran seperti cahaya matahari, radikal bebas daripada pencemaran udara, air dan kekurangan nutrisi akan mempercepatkan kerosakan dan kekurangan kolagen.

Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an, pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen. Atas sebab itulah, suplemen kolagen menjadi pilihan ramai kerana ia dikatakan mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahakan kehadiran kedutan yang buat kita nampak tua.

Ramai yang tahu kolagen ini sinonim dengan mereka yang ingin kekal cantik. Memang benar, tetapi ia sebenarnya lebih daripada itu.

Manfaat kolagen selain untuk cantik

Bila sebut kolagen je mesti terbayangkan kulit cantik dan awet muda. Tapi tapi tapi, tau tak sebenarnya kolagen ni sangat banyak kegunaan dia?

  1. Membina tulang rawan kita. rawan tu yang mana satu? Tulang lembut yang menyambung sendi kita tu. Kalau makan ayam, perasan tak kat sendi-sendi ayam tu ada macam lapisan lembut yang boleh kunyak sampai lumat dan telan… haa itulah rawan. Bila rawan tak cukup kolagen, ia boleh tercedera, menipis… Hasilnya sendi kita makin lama makin haus. Tu yang duk sakit lutut tu, tak cukup pelincir dah.
  2. Membantu meningkatkan metabolisma. Makin berusia metabolisma makin menurun. Haaa yang umur 30 ke atas ni dah tahap wajib amik kolagen tau. Slow metabolism ni adalah salah satu akibatnya yang kita selalu tak perasan.. sebab tu badan senang naik.

Bila tak cukup kolagen, usus kita senang ‘bocor’ yakni ia akan menyerap benda yang tak patut masuk dalam badan, termasuklah toksin yang sepatutnya disingkirkan daripada tubuh kita tu!

Fungsi usus sepatutnya menyerap nutrient dan buang toksin tapi kalau dah bocor apa jadi? Semua pun dia kasi lalu.. haaa..kan dah rugi tu ambil suplemen atau makan makanan tinggi nutrisi.

Haaaa. Sape kata kolagen tak penting?

Banyak lagi manfaat kolagen dan kolagen ni bukan senang-senang nak dapat tau! Nak yang pure, halal, bebas toksin… Nun jauh di dasar lautan sana tempat asalnya. Yang bebas toksik dan pencemaran.

Nak kolagen ni senang je orang kata… Makan kaki ayam.. Tapi kalau ayam cucuk? Dapat kolagen pakej dengan hormon sekali. Alang-alang nak terbaik, biarlah semua pun terbaik ye tak?

Keperluan kolagen ini sama pentingnya seperti kalsium yang diperlukan untuk kesihatan tulang. Ia turut membantu menguatkan tulang dan mengelakkannya menjadi mudah rapuh disamping mengurangkan kesakitan akibat geseran pada sendi.

Kolagen juga baik untuk membantu mengekalkan keanjalan pada otot di kornea mata serta dapat membekalkan nutrisi kepada otal, memastikan minda kita sentiasa berkeadaan sihat walaupun mumur semakin menua.

Dengan pengambilan kolagen, kita bukan sahaja akan kelihatan lebih muda, malah turut akan berasa lebih muda juga. :)

kesan penggunaan kolagen powder shaklee

Bagus rupanya khasiat kolagen ni. Memang setanding dengan harga lah sebab dihasilkan daripada sisik ikan dan kerang-kerangan lagi. Ikan merah tu kalau beli kat pasar memang walaweehhh.. mahal oii..

Ada pula yang kata kolagen Shaklee bau busuk, tak lalu nak telan.

Hahaha.. yes. I feel it before. Memang tau dah sebab dah pernah rasa.

Orang putih kata beautiful is pain. No pain, no gain. Kann.. Tapi saya takdelah sampai macam tu sekali.

Apa yang saya buat? Bila nak minum kolagen, saya buka sachet dan campurkan dengan oren sunquick atau apa-apa jus minuman yang lain. Jangan kata bau, sedap bukan main lagi sampai anak mintak nak minum sama. hehehe..

Kalau ada masa rajin datang, saya campurkan dengan moisturiser buat jadi masker. Kenyal-kenyal gitu, macam putih telur pun ye. Tegang je muka rasa lepas tu. Suka giler! hihihi..

OKlah, dah habis cerita pasal serbuk kolagen Shaklee yang baunya busuk.

Kalau harapkan air bancuhan kolagen yang sedap, yang manis, ada gula tambahan, berperisa oren, strawberi dan berwarna romantik… So, jangan beli yang ini tau!

Maaf ya, Shaklee tak ada semua tu sebab yang semulajadi memang begini. Tak sedap, warna pun tak menarik. Di pasaran luar memang banyak yang sedap, murah dan banyak campuran ikut selera tekak. Itu kalau ada yang jenis tak kisah ler berapa banyak isi kandungan kolagen dalam tu, yang penting nak sedap. Lepas tu, dah makan berbotol-botol pun macam tu jugak.. Opsss!

Nak order serbuk kolagen kureng sedap tapi resultnya ohsem ini jugek?

Contact ahkak cepat-cepat tau!

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia untuk berbisnes dan makan sendiri

COD sekitar Bangi, Kajang dan kawasan berhampiran

Hubungi Nusaybah Anuwar 019-3832656

1,490 total views, 2 views today

One Thought on “BETAPA ISTIMEWANYA KOLAGEN SHAKLEE – BUKAN SETAKAT NAK JADI CANTIK !!

  1. Pingback: PANDUAN MEMILIH KOLAGEN YANG TERBAIK | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation