BERJAYA MENYUSUKAN ANAK PREMATURE DENGAN BANTUAN SUPLEMEN

Menjadi seorang ibu pastinya menjadi momen paling indah dalam kehidupan berumahtangga terutamanya buat mereka yang pertama kali melaluinya.

Namun, tidak semua ibu bertuah dapat menikmati momen-momen indah tersebut sejak tahu akan kehamilannya, menjalani antenatal checkup selama bayi di dalam kandungan, melahirkan dan menyusukan.

Inilah rencah kehidupan yang sentiasa sarat dengan rempah dan emosi yang ada kalanya boleh buat kita asyik rasa nak berendam air mata.

Salah satunya ialah apabila bayi yang dikandung lahir lebih awal daripada tarikh jangkaan EDD, di mana cabaran menjaganya menjadi extra sukar dan menuntut kecekalan yang paling maksimum. Apatah lagi apabila melihat si kecil yang super comel harus diletakkan di dalam inkubator dengan dikelilingi wayar yang sarat. Oh, sangat sedih dan hiba ok!

bayi pramatang perlu diberi pemerhatian khas

bayi pramatang perlu diberi pemerhatian khas

Ada sebab kenapa Allah jadikan semua ibu kuat dan mampu melawan kesakitan yang maha hebat sejak dari disahkan hamil, detik-detik melahirkan serta selepas kelahiran sepanjang tempoh membesarkan anak yang nyata bukan mudah.

Mari sama-sama dengat dan rasa kata hati ibu muda yang kuat dan penuh dengan inspirasi ini.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Sebak?

Pasti.

kerana kita ibu. emak. mama. ummi. bonda.

yang bertarung nyawa melahirkan zuriat penyambung generasi keluarga.

Kalau ibu tumbang, pincang seluruh rumah. Ibu seharusnya jadi insan yang paling kuat, paling tabah, paling sihat supaya dapat terus memberi tanpa had buat seisi keluarganya. Moga bakal jadi inspirasi buat ibu-ibu lain di luar sana.

Ibu tunggak segala-galanya. Dia telah dipilih dan diamanahkan oleh Maha Pencipta untuk menggendong nyawa khalifah buat dunia. Semua itu bersebab, kerana Allah tahu apa yg si ibu mampu buat dan lakukan.

“tangan yang menggoncang buaian itulah tangan yang bakal menggoncang dunia”

Pasti ganjaran syurga buatmu, ibu.

906 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation