BENGKEL NUTRISI SHAKLEE – PENUTUP TAHUN 2014

#throwback Disember 2014 – Bengkel Nutrisi Shaklee

Baru sempat duduk menaip tentang event yang satu ni. Yang pertama sebenarnya sejak saya join Shaklee. Tak termasuk online class yang lain-lain.

Dah lama sebenarnya berhajat nak ikuti bengkel atau kelas real time macam ni. Walaupun dah selalu join webinar dan kelas-kelas online yang lain bersama leader yang hebat dan tak pernah lokek ilmu, saya tetap rasa bahawa sentuhan daripada speaker atau sifu yang boleh kita lihat dengan mata sendiri, yang dapat kita sentuh dengan tangan sendiri adalah lebih memuaskan hati.

Bukan senang sebenarnya nak jadi SID Pro, yang kebal dengan cabaran dan teguh dengan fakta. Ilmu harus dicari dan digali. Walau sampai ke negeri China. Tapi yang saya pergi ni, takdelah sampai negeri China pun, naik flight pun tak. Dekat Sunway aje.. :)

the pinnacle sunway

Syukur, akhirnya saya diberi kesempatan untuk turut serta bersama keluarga besar syarikat nutrisi semulajadi ini untuk terus mencedok ilmu agar dapat digunakan untuk bantu customer-customer tersayang yang memerlukan.

Ingat lagi, dulu masa zaman tengah nak “membesar” dan “kenal isi dunia”, saya pernah “terjebak” dengan satu syarikat Multi-Level-Marketing yang selalu buat seminar-seminar begini. Saya disuruh membeli sepasang suit, atau setidak-tidaknya coat atau blazer untuk dipakai pada setiap event yang dianjurkan. Supaya orang respek, supaya orang kagum tengok penampilan kita, supaya orang percaya yang kita benar-benar “telah kaya”. Iyalah, majlis yang dibuat di hotel-hotel mewah, pakaian dan gaya pun harus mewah!

Tapi.. ianya sangat berbeza bila saya kenal Shaklee. Dalam team yang sakinah ni saya belajar, bila kita makin berjaya, makin rendah diri, makin dekat pula dengan pencipta yang pegang rezeki kita. Kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada berapa banyak duit yang kita terima, sebaliknya berapa banyak yang kita dapat beri pada yang memerlukan tanpa ada rasa sangsi dan ragu-ragu pada janji Allah.

Sungguh cantik perkongsian bagaimana rahsia meniti kejayaan yang sering dikongsi oleh mereka-mereka yang telah berjaya. Sehinggakan saya sendiri tak tau Shaklee ni pun Multi-Level Marketing. Tak macam MLM lain yang asal join je kena lawan tunjuk-menunjuk kekayaan, daripada sekecil-kecil harta sampai ke sebesar-besar aset. Rumah, kereta, income, segala-galanya seolah-olah wajib kena bagitahu orang. Serius saya rasa jengkel!

Tapi, sungguh.. pengakuan ikhlas dan lahir dari hati, saya tak pernah rasa betapa seronok, gembira dan rela hatinya saya mengikuti bengkel anjuran Shaklee ini. Ianya lansung tidak bersifat meraih keuntungan, tetapi lebih menjurus kepada perkongsian ilmu agar dapat melahirkan wakil-wakil produk yang berkualiti dan mampu memasarkan produk yang sudah sedia hebat dengan lebih baik.

Keadaan bilik training yang selesa dan serba lengkap dengan fasiliti membuatkan saya sendiri rasa ia tak berpadanan dengan harga yang saya bayar. Tak dapat pulang modal pun kata orang.

Tiket bengkel yang diposkan sehari selepas settle payment. Efektif!

Tiket bengkel yang diposkan sehari selepas settle payment. Efektif!

Dengan bayaran yang cuma RM40, saya bukan sahaja mendapat ilmu dari pakar nutrisi, malah juga pengalaman bekerjasama dalam kumpulan, cenderahati atas penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan, sijil, hidangan lengkap makan tengahari serta kesempatan bervitamin selama hampir 8 jam di bilik training. Saya bebas keluar masuk untuk menikmati minuman performance drink dan mealshakes yang disediakan untuk refreshment. Saya juga dapat kekal bertenaga berpanjangan sepanjang sesi bengkel berlansung.

Posing sket dkt HQ baru kite ni

Posing sket dkt HQ baru kite ni

Wah, dengar cerita sahaja pun dah sangat seronok bukan?

Ada juga sebahagian daripada distributor lain yang turut membawa anak-anak mereka. Sesi pembelajaran kami juga diselang-selikan dengan suara dan telatah anak-anak syurga yang menyejukkan mata dan halwa telinga. Sikit pun saya tak rasa terganggu dengan kehadiran anak-anak syurga ini. Malah, ia buat saya terkenang-kenang akan Nasuha dan Sufi yang ditinggalkan bersama abi di rumah.

Walaupun saya memutuskan untuk tidak membawa mereka berdua bersama, hikmahnya tentu ada. Saya dapat lebih fokus dengan ilmu yang dicurahkan oleh Nurul dan Ili – nutritionist yang bertauliah. Ternyata inilah yang dikatakan “family bisness”. Yang sering disebut-sebut oleh pengedar Shaklee seluruh dunia. Boleh kongsi ilmu sambil dukung anak di pentas, boleh tambah pengetahuan sambil menyusu anak di pangkuan. :)

Yang pasti, kami berada dalam persekitaran yang sangat santai, seronok dan menggembirakan. Belum pernah saya rasa, dan tak pernah saya fikir begini besar peluang yang Shaklee sediakan untuk kami. Jalan dah siap, peta dah ada. Saya cuma perlu memandu sahaja ke destinasi dan bertahan dgn pemandangan highway yang kadangkala memang membosankan.

Hidangan tengahari kami yang super duper large utk perut kecik macam saya

Hidangan tengahari kami yang super duper large utk perut kecik macam saya

Saja-saja je buat syarat bayar pendaftaran RM40, tapi yang saya peroleh pada hari tersebut adalah berkali ganda dari jumlah wang yang saya bayar. Bukan berbaloi, malah sangat-sangat berbaloi! Sangat-sangat berbeza dengan syarikat MLM terdahulu yang jika dihitung-kira dah beribu-ribu wang yang saya modalkan hangus, habis begitu saja tanpa sebarang jualan produk.

Nak subscribe member pun jumlahnya dah boleh beli seutas gelang emas dengan berat 20 gram. Dengan “barang” yang kita “terpaksa” terima walaupun kita tak suka. Tu belum campur dengan bayaran nak masuk hotel untuk event-event konon gempak yang dianjurkan.

Kalau dirujuk pada apa yang Islam tekankan mengenai isu ini, memang bukan syariah compliant. Sebab terdapatnya unsur-unsur penindasan dan keterpaksaan, serta tidak memberi manfaat yang diperlukan oleh ahli. Huh. Berat hati sebenarnya nak taip semua ini, sebolehnya dah tanak dah flashback balik cerita-cerita tak best suatu ketika dulu. Bila fikir-fikir balik, rasa menyesal pun ada juga. Kalaulah boleh ku undur masa…

Berkongsi tentang pengalaman menggunakan produk Shaklee

Haaa..memang tak sabar nak share part ni. Macam biasalah, sebelum sesi pembelajaran bermula kami diminta untuk mengadakan sesi ice-breaking ringkas yang dibuat secara rawak melalui volunteer yang sudi berkongsi pengalaman manis menggunakan produk Shaklee. Ada 5 hadiah yang ditawarkan kepada SID yang sudi tampil di hadapan dewan.

Dan… Dipendekkan cerita, saya terpilih menjadi orang terakhir untuk berkongsi melalui konsep mainan muzik yang ditiru daripada kotak beracun di mana barangsiapa yang memegang hadiah pada saat muzik dihentikan, dia harus ke hadapan untuk “bercerita kisah saya dan shaklee”.

Dengan tak disangka-sangka, saya yang kononnya confident melangkah ke pentas, akhirnya menangis sebak sebaik memulakan penceritaan kisah saya dan hero Malaya ostematrix yang saya kenali semasa hampir 7 bulan mengandungkan Nasuha. Selepas hampir setiap hari saya menderita krem, kekejangan otot akibat kekurangan kalsium. Sehinggalah masalah saya benar-benar selesai sepenuhnya setelah dibantu oleh pengambilan 4 tablet ostematrix Shaklee secara konsisten setiap malam sebelum tidur.

Lagi kisah tentang saya dan Ostematrix, klik SINI.

Yang hairannya, rakan-rakan di dalam dewan siap tergelak-gelak dengan sharing saya. Dah macam Maharaja Lawak Mega pulak aku rasa kat depan tu. Apa-pun, saya happy dapat berkongsi dengan mereka yang rata-rata mengangguk setuju dengan apa yang saya sempat luahkan walaupun hampir-hampir rasa taknak lepaskan mikrofon lepas dah seronok dapat bercakap ala-ala cikgu kat depan tu. hahaha, gila mic sungguh!

Antara ilmu-ilmu yang kami dapat dalam bengkel anjuran Shaklee yang dibuat khas untuk pengedar-pengedarnya yang sah di seluruh negara ini ialah sejarah dan latar belakang syarikat, cara pembuatan produk, fungsi produk serta kesan pengambilan jangka pendek dan panjang. Kami juga berpeluang untuk mencuba produk shaklee secara live untuk merasai sendiri sejauh mana kehebatan produk-produk Shaklee yang telah menjadi suplemen pilihan No. 1 di Amerika Syarikat ini.

Memandangkan Disember 2014 adalah bulan promosi kecantikan, setiap daripada kami mendapat sentuhan Shaklee Collagen Powder yang telah dibancuh pada permukaan tangan. Memang kulit rasa sangat lembut dan anjal u ollss!

Dalam kelas kali ini, ada lebih kurang 50 orang SID yang datang dari serata negeri. Gigih betul mereka ni yang sanggup datang dengan anak-anak, walaupun ada yang pertama kali sampai di Kuala Lumpur. Memang salute habis!

Sedikit gambar yang sempat diambil semasa di Bengkel Nutrisi The Pinaccle, Sunway – New Shaklee HQ

Perbezaan produk Shaklee dan perbandingan dengan jenama lain di pasaran.

Perbezaan produk Shaklee dan perbandingan dengan jenama lain di pasaran.

Antara topik best dan menarik yang dikongsi oelh si pakar

Antara topik best dan menarik yang dikongsi oelh si pakar

Lagi perkongsian tentang kelebihan suplemen Shaklee

Lagi perkongsian tentang kelebihan suplemen Shaklee

Modul merangkap buku latihan yang lengkap dan padat dengan ilmu nutrisi sebaik kelas tamat

Modul merangkap buku latihan yang lengkap dan padat dengan ilmu nutrisi sebaik kelas tamat

Kelas tamat jam 5.45 petang. rasa berat otak. fuh!

Kelas tamat jam 5.45 petang. rasa berat otak. fuh!

Saya harap saya tidak terlalu memuji kerana ia sememangnya lahir dari hati, yang bukan dibuat-buat atau dipaksa-paksa.

Tertarik dengan cerita ini?

Ingin turut serta dalam keluarga besar kami?

Cari saya,

Nusaybah Anuwar – 019.3832656

kita sok sek berdua ok! :)

sertai kumpulan besar kami hari ini

sertai kumpulan besar kami hari ini

871 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation