BENARKAH PSORIASIS TIADA UBAT ATAU PENAWAR SAMPAI SEKARANG ?

Psoriasis tergolong sebagai salah satu penyakit berkaitan autoimun yang berpunca daripada sistem pertahanan tubuh yang terlalu aktif dan tidak normal.

Psoriasis adalah sejenis penyakit keradangan misteri yang menyebabkan kulit menjadi tebal dalam tempoh yang singkat, kemerah-merahan dan mengelupas dengan teruk.

Ciri-ciri utama psoriasis ini adalah tompok-tompok (plak) merah dengan sisik putih tebal yang kelihatan di badan, siku, lutut dan kadangkala di kulit kepala dan muka.

Jika dilihat dari luaran, psoriasis kelihatan hanya seperti penyakit kulit biasa yang lain tetapi sebenarnya ia adalah penyakit kulit kronik akibat daripada gangguan autoimun yang dialami oleh kira-kira 1-3 % daripada penduduk di Malaysia.

Mengapa ia berlaku ? 

Psoriasis terjadi dalam keadaan di mana kitaran hidup normal sel-sel kulit mula berubah menjadi tidak normal. Ia menyebabkan sel-sel kulit dibina dengan terlalu cepat sehingga kelihatan timbul pada permukaan kulit sedia ada. 

Apa yang berlaku pada mereka yang menghidap psoriasis ini ialah penghasilan sel-sel kulit yang terlalu cepat daripada orang lain. Sel-sel kulit biasanya dibuat dan diganti setiap 3 hingga 4 minggu (21-28 hari), tetapi bagi penghidap psoriasis proses ini hanya berlangsung dalam kitaran 3 hingga 7 hari.

7 kali ganda lebih cepat tu!

Pengumpulan sel-sel kulit tambahan ini seterusnya membentuk kulit baru yang tebal dan muncul tompok-tompok merah dengan keruping putih yang gatal dan kadangkala menyakitkan.

Walaupun proses ini sukar untuk difahami dengan jelas, namun ianya dikatakan berkait rapat dengan kelemahan sistem imun. Seperti yang diketahui, sistem imun adalah pusat pertahanan badan kita daripada penyakit dan jangkitan, tetapi bagi pesakit psoriasis, ia menyerang sel-sel kulit yang sihat secara tidak sengaja.

Tahap keradangan psoriasis adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Bagi sesetengah orang, ia hanya keradangan kecil pada bahagian kulit yang sensitif, tetapi pada sebahagian yang lain pula penyakit ini sangat menjejaskan kehidupan mereka.

Jenis-jenis psoriasis ini selalu membuatkan orang keliru dan mungkin tidak dapat diambil tindakan yang sepatutnya kerana kerana ia kelihatan hampir sama dengan alahan kulit akibat alergi dan kekurangan nutrisi iaitu ekzema atau kelemumur.

Adakah psoriasis boleh berjangkit ?

Pengalaman melihat beberapa orang terhampir yang menghadapi masalah kulit dengan tompokan radang sebegini buat hati rasa berbaur. Bukan kerana geli atau jijik, tetapi kerana rasa simpati dan kesian sebab jika diri sendiri berada di tempat mereka tak dapat dibayangkan perasaan rendah diri itu.

Itu belum dikira bagaimana jika berada di khalayak ramai. Pasti akan ada mata yang memandang dengan perasaan kurang senang. Kalau bukan kerana takut berjangkit sekalipun,

Psoriasis sebenarnya tidak berjangkit seperti yang dianggap oleh sebilangan besar masyarakat yang jijik melihat kulit mereka yang bersisik.

Jadi, jika ada rakan terdekat atau ahli keluarga sendiri yang menghidapnya, janganlah kita risau atau susah hati sebab penyakit ni tak boleh merebak dari seorang ke seorang yang lain.

Peluang Sembuh

Punca berlakunya penyakit ini masih belum dapat dipastikan. Namun, psoriasis sangat berkait rapat dengan faktor imun, genetik, sejarah keluarga dan keadaan alam sekitar yang boleh menjadi pencetus yang meyebabkan ia menjadi lebih teruk.

Walaupun sehingga kini masih belum ada penawar, psoriasis masih boleh dikawal dengan disiplin terhadap penggunaan ubat-ubatan. Pesakit perlu mengenal pasti dan mengelak faktor-faktor yang boleh memburukkan lagi keadaan. Berjumpalah ahli dermatologi untuk membantu memilih rawatan sesuai untuk mengawal psoriasis.

Selain itu, langkah-langkah pengawalan ini boleh diambil bagi membendung dan mengelakkan gejala yang lebih serius :

  1. Berhati-hati dengan cahaya matahari direct. Seboleh-bolehnya elakkan. Cuba cari tempat teduh/sejuk di antara jam 11 pagi sehingga 3 petang.
  1. Sentiasalah gunakan pelindung matahari (sinaran UVA dan UVB) dengan faktor pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF15.
  1. Sentiasalah sapukan krim pelembap (moisturiser) di kawasan permukaan kulit dan bahagian yang bersisik supaya kulit sentiasa lembap dan tidak luka atau berdarah.
  1. Kawal pemakanan dan diet harian supaya paras kolesterol dan gula dalam darah sentiasa di paras yang sihat kerana ia turut dikatakan sebagai salah satu faktor pencetus gejala psoriasis yang lebih kronik.
  1. Lin­dungi diri dengan memakai pakaian yang sesuai seperti baju berlengan panjang, topi dan cermin mata hitam.
  1. Elakkan keletihan yang melampau kerana ia boleh menyebabkan stress. Uruskan rutin berjadual dengan baik kerana stress yang tidak terkawal boleh menjadikan gejala yang timbul lebih buruk memandangkan ia berkait rapat dengan emosi pesakit.

Benar. Banyak peringatan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan termasuk kulit dan cahaya matahari.

Ingat! Selaran matahari boleh berlaku di mana sahaja. Cahaya matahari yang cukup daripada sumber semulajadi sangat baik untuk penghidap psoriasis tetapi ia harus dalam kawalan supaya tak kena sunburn.

Walaupun belum ada penawar yang ditemui, satu-satunya kaedah yang boleh digunapakai ialah fokus untuk meringankan gejala yang dialami pesakit.

Doktor biasanya akan memberikan ubat-ubat dengan kandungan steroid bagi mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan kesan radang.

Ya, steroid. Tapi sampai bila?

Ia bukanlah penyelesaian terbaik untuk psoriasis kerana sehingga kini pun belum ada kaedah rawatan yang boleh menyelesaikan gangguan auto-imun berkaitan sel-sel kulit ini.

Diulangi, sehingga hari ini, penyakit berkaitan gangguan auto-imun ini masih belum diketahui puncanya. Sampai sekarang pun masih juga belum ada penawar yang ditemui bagi penyembuhannya.

Selain penggunaan ubat-ubat pakar perubatan turut mencadangkan pengambilan suplemen untuk menggantikan zat-zat yang kurang di dalam tubuh seperti vitamin B12, insulin, dan suntikan hormon tiroid. Suplemen ini akan membantu fungsi normal tubuh pesakit dan membantunya melawan penyakit yang dialami.

Telah ramai yang mengakui bahawa pengambilan suplemen secara konsisten dapat meringakan gejala yang dihidapi sekaligus dapat mengelak stress dan gangguan emosi yang sekejap datang dan pergi.

Baca Juga : Psoriasis Memang Tiada Ubat, Tetapi Vitamin Semulajadi Ini Ternyata Sangat Membantu Kami – Penghidap Psoriasis

Gangguan autoimun ini boleh memberi kesan lebih daripada apa yang kita bayangkan apabila ia melarat ke bahagian tubuh yang lain. Terdapat juga kes di mana seseorang terkena lebih dari satu gangguan autoimun pada satu-satu masa.

Psoriasis tidak membahayakan nyawa tetapi ia boleh menjadi beban psikologi yang berat pada penghidapnya kerana perasaan malu dan rendah diri yang tidak lagi dapat dibendung.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Kajang, Bangi dan kawasan berhampiran

Hubungi : Nusaybah Anuwar 019-3832656

346 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation