BENARKAH MINUM SOYA AKAN BUAT KULIT JADI SENSITIF DAN EKZEMA YANG TERUK?

Disebabkan eczema kakak Iman Nasuha dah flares balik dengan begitu teruk lepas minum susu kurma, harini saya nak bebel sikit pasal alahan protein.

Ada banyak jenis alahan, tapi kita cerita tentang protein saja dulu kali ini.

Alahan atau alergi adalah reaksi hipersensitif tubuh badan yang luar biasa terhadap bendasing terutamanya di kalangan kanak-kanak di mana bilangannya juga semakin meningkat.

Hampir 40 % kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah alahan pada makanan dan kes tertinggi ialah alahan pada sumber protein yang sehingga kini masih belum ada penawarnya.

Ada 2 jenis alahan pada protein yang paling biasa terjadi.

1. Alahan pada kandungan protein dalam susu lembu
2. Alahan pada kandungan protein dalam kacang soya

Kedua-duanya adalah sumber protein. Yang membezakan ialah, satu daripada protein haiwan (lembu), yang satu lagi daripada tumbuhan (soya).

Semua kanak-kanak mempunyai risiko alahan sebanyak 5 hingga 15 % walaupun dilahirkan dalam keluarga yang tidak pernah mengalami masalah berkaitan.

Jika ibu atau bapa ada alergi, setiap anak yang bakal dilahirkan mempunyai risiko 20 sehingga 40 %. Risiko ini akan jadi lebih tinggi iaitu antara 40- 60 % jika kedua-dua ibu dan bapa mempunyai alergi.

Tanda alergi paling jelas dan biasa akan kelihatan pada permukaan kulit atau menjejaskan saluran penghadaman. Samada pesakit akan mengalami muntah-muntah, cirit-birit atau timbul ruam yang dipanggil eczema.

Clear tak, clear tak?

Kami sendiri pun baru tahu yang Iman Nasuha ada eczema bila kulit dia naik ruam yang basah dan melecet lepas minum fresh milk.

Kami memang sedia maklum dia ada alahan susu lembu (lactose-intolerance), cuma sekarang ni baru kami tahu dia ada eczema yang mesti dijauhkan daripada susu lembu.

Kalau compare dengan adik, memang kulit Iman tak cantik mulus. Kami baru sedar pasal alahan dan source food to avoid recently selepas beberapa kali insiden berulang. Confirm Iman memang ada eczema dan gejala yang muncul hanya apabila ada sesuatu yang trigger. Setakat ini cuma susu daripada haiwan yang bernama lembu.

Oh ya, Iman have no problem with soy protein. In fact, dia sangat suka.

Seafood pun Iman OK, dia boleh makan ketam, udang, sotong kegemarannya dengan gembira.

So.. kalau dah faham, lepas ni jangan blame-blame lagi soya tau. Sama je macam alahan susu lembu jugak. And it depends on our body. Bukan salah sesiapa. Badan kita yang ada reaksi berlebihan.

Sampai sekarang pun masih belum ada ubat untuk penyembuhan 100% tetapi ia boleh dicegah daripada pemilihan makanan yang tidak berisiko.

Kalau anak kita alah susu lembu, for sure kita akan cari alternatif susu lain kan. Macam kes Iman, walopun sekarang dia dah stop menyusu, sebelum-sebelum ni kami bagi dia susu kambing. Bukannya pergi serang orang yang jual susu lembu tu dan cakap yang bukan-bukan.

Bila difikir-fikirkan balik, ini kot hikmahnya tekak saya tak boleh telan susu. Mungkin saya pun ada alahan yang sama macam anak sulung saya ni. Kulit kami sensitif dan manja.

Bukan soya yang buat jadi sensitif, tapi body yang tak boleh terima sebarang-sebarang benda masuk.

Tapi tapi tapi.. bab soya tu kenalah pilih yang non-GMO macam Energizing Soy Protein jenama Shaklee. Barulah terhindar daripada kanser dan boleh minum dengan senang hati. Tak semua soya sama tau.

Saya sendiri ada pengalaman best dengan minuman soya ESP semasa mengandungkan anak kedua. Walaupun diri sendiri mempunyai alahan kulit yang sangat teruk (kerana perubahan hormon), tetapi alhamdulillah baby yang lahir kulitnya bersih, putih dan sangat gebu.

Benarlah, soya adalah pilihan protein yang terbaik dan paling seimbang. Lebih baik daripada daging, susu dan telur.

TESTI ESP AIN NUSAYBAH

Baca Juga : 7 Ciri minuman soya yang selamat diamalkan dan bebas daripada risiko kanser

Lembu?

Kalau nak pilih lembu organik pun bolehh.. tapi ada ke?

Kalau ada, senang tak nak cari? Huhuhu…

Penjual soya Non-GMO.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD available sekitar Bangi dan Kajang

Nusaybah Anuwar

019-3832656

1,117 total views, 4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation