BANYAKNYA JENAMA PENAPIS AIR, YANG MANA SATU PATUT JADI PILIHAN

Adik sado bangun lambat dan baru siap mandi. Sejak ada penapis air jenama Korea ni, senang sikit kerja mak nak memandikan budak dengan air suam. Kerlas kan baby mandi air berturas. Kohkohkoh.

Kalau sebelum ni kami bergantung kepada smart jug jenama Shaklee untuk air minum dan penapis air jenama Cosway untuk masak-masak, sekarang ni kami tambah lagi satu jenama yang kian hari kian tersohor sebagai water expert. Ecewah.

Knowing #aiamme, memang saya sejenis yang sukakan jenama yang stabil, kukuh dan mempunyai kekuatan dan bukti. Lebih-lebih lagi bab yang masuk dalam tubuh badan kan. Bukan boleh main-main atau calang-calang. Water is life, katanya.

Untuk pasangan suami isteri #tilljannah yang masih sweet-sweet, yang masih baru-baru lagi tu boleh jenguk dulu water pitcher yang sangat value for money ni yang memang just nice je untuk kegunaan 2 orang. Harga pun lebih comel.

Long story cut short, atas kekangan keluasan dapur, saya dan suami memilih model Harry. Makanya tercapailah misi menjimatkan ruang table top yang sekangkang kera. (Nanti kita ubahsuai rumah lagi) Segak, tegap dan kacak bergaya dia di situ. Dah macam office pun ada.

coway harry-water-filter

Oh ya, Mr.Coway saya ni menghasilkan air mineral, bukan RO tau. Ternyata berbaloi-baloi jadi orang banyak tanya dan dah buat “homework” dulu sebelum buat keputusan mahu beli si dia.

Anak-anak pun asyiklah dahaga sahaja kerjanya. Al-maklumlah, dah senang nak picit ambil air sendiri. Kapasiti tank sehingga 12 liter tu. Puas hati sangatlah kalau ada kenduri kendara.

Kalau cakap pasal penapis air ni pulak, memang ramai yang tak tau nak pilih. Macam tu lah bila dah ada terlalu banyak pilihan.

Buat masa sekarang ni ada 2 jenama gah bab penapis air dari Korea. Yang tu ramai yang memang dah tau kan? (sebab selalu tengok orang tanya-tanya dan survey dua jenama ni)

Hat ni saya ambil sebab :
1. Memang nak yang jenis stand, jimat ruang.
2. Kapasiti tank memuaskan hati untuk family besar – 12 liter (cold + hot)
3. Airnya mineral bukan RO (yang ni boleh pilih, lain model lain specs)
4. Kesemua filter yang digunapakai dalam tu ada pengesahan Halal Jakim.
5. Diiktiraf Water Specialist WQA – macam water pitcher kebanggaan kita tu.
5. Monthly fee RM130 – sewa untuk 5 tahun.

Beza lain-lain dengan satu jenama lagi tu, ibaratnya macam kereta Honda vs Toyota la. Both ada pro and conts @ kehebatan masing-masing.

Dari segi design saya tengok lebih kurang sama je. Dua-dua cun dan smart. Nak letak kat dapur yang dah siap sedia dengan kitchen kabinet yang cantik kan, penapis air pun mestilah nak yang canggih jugak, ye dak?

Oh ya, kalau ada yang dah berangan-angan nak ada penapis air jenama yang sama ni tapi dapur belum siap extend, atau ada hajat nak besarkan dapur.. bolehlah berbuat demikian tanpa risau. Sebabnya, Coway menawarkan servis percuma untuk alihkan lokasi penapis air kita ni setiap setahun sekali tau.

Amboi, dah ada gaya macam penjual Coway pulak dah kan. hehehe.. Barang baik macamni memang kita kena kongsi ramai-ramai.

Diri sendiri, setiap kali melihat mesti teringatkan kak Norshamlizawaty Ali yang “after sales service” nya sangat baik. Berjodohan pula dengan kami walaupun jauh nun di utara. Saya jumpa Kak Wati ni masa balik kampung sambut puasa baru-baru ni. Sempatlah beraya dengan penapis air baru selepas bersalin. Bukti, berbisnes dalam dunia tanpa wayar memang sangat mudah.

Kalau ada yang berkenan, boleh cari beliau yang memang mesra pengguna. Jajahannya serata Malaysia. Kini, memiliki air minuman yang sihat di rumah bukan lagi masalah. Cia cia cia.

Apapun, bila travel, jalan-jalan cari makan, balik kampung atau ke mana-mana pun saya tetap akan bawa penapis air mudah alih kesayangan yang bila campur tolak bahagi, dah masuk tahun keempat dah saya guna ni.

Walau dah ada gading gajah, tanduk masih berguna juga. :)

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID: 932852
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

120 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation