BAHAYA STROK HABA

Akhir-akhir ini selalu saya dengar updates dari rakan-rakan whatsApp, alam maya dan laman social  berkenaan kematian mengejut akibat strok haba. Pagi nya sihat menyarung office attire, kemudian petang hari pulang dari tempat kerja, dan kemudian meninggal dunia secara tiba-tiba.. Baru 2, 3 hari lepas abi bercerita tentang office mate yang tiba-tiba disahkan menemui ajal, tak ada sakit demam pun. Semalam upline Tupperware berkongsi kisah di WhatsApp seorang wanita berusia 35 tahun meninggal dunia secara tiba-tiba akibat pembuluh darah pecah ketika sedang makan di RnR selepas berulang-alik menghadiri mesyuarat di KL-JB. Selalu mengadu sakit kepala dan pecah-pecah bibir sebab panas dalam badan. Disahkan doctor kena “brain stroke” akibat “heat stroke” atau “strok haba” cuaca panas melampau sekarang ni..

Takut dan gerun bila dengar.. Di berita, hari-hari usaha pembenihan awan dibuat.. Sepanjang perjalanan balik ke rumah melalui Sg.Merab dan Teras Jernang ada saja kebakaran pada hutan-hutan kecil di sekeliling.. Pagi ini buat kesekian kali berita tentang bacaan IPU yang tidak sihat, jerebu.. Buka emel di ofis juga, ada perkongsian dan alert berkenaan strok haba.. Minggu lepas berkesempatan turut serta dalam majlis ilmu bersama Ustaz di Surau LHDNM Cyberjaya, pertama kali dengar dan tahu tentang solat istisqa’ – mohon diturunkan hujan.. Mungkin ini amaran untuk kita? Petanda supaya lebih kerap mengadu dan bermohon padaNya?

HeatStroke

APAKAH DIA STROK HABA ATAU HEAT STROKE ?

  • Strok haba/heat stroke adalah gangguan berkaitan dengan pengaturan haba (thermoregulation).
  • Suhu badan meningkat dengan cepat dan mekanisma berpeluh telah gagal
  • Suhu Pada 106 darjah Fahrenheit (40.5° C) boleh berlaku strok haba. Suhu badan normal adalah 37° Selsius.
  • Kematian atau hilang upaya kekal jika rawatan kecemasan tidak diberikan.

TANDA DAN GEJALA :

  • Kulit panas dan kering
  • Halusinasi
  • Sakit kepala berdenyut
  • Suhu badan yang tinggi (>40.5°C)
  • Keliru
  • Mual dan muntah
  • Suara yang tidak jelas
  • Nadi yang pantas
  • Tanda-tanda lain
  • Otot lemah dan kejang
  • Sawan/pitam

PUNCA/FAKTOR RISIKO :

  • Pendedahan berpanjangan pada Suhu melampau
  • Kurang meminum air (dehidrasi badan)
  • Antara aktiviti yang berisiko – Bersukan Tenis, olahraga,golf dah seumpamanya (di bawah panas terik matahari)
  • Bekerja di bawah terik matahari – Kontraktor

KAEDAH RAWATAN :

  • Letak pesakit di tempat teduh, berhawa dingin atau Kipas
  • Mengelap anggota badan (tuala basah)
  • Berendam di dalam kolam air (jika ada)
  • Banyakkan minum air (2.5 Liter sehari)
  • Strok haba merupakan keadaan kecemasan perubatan. Hantar individu terlibat selepas mendapat rawatan kecemasan

JANGAN : mandi ketika badan sedang panas membahang! BAHAYA!

 

1,624 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation